UMNO SELINDUNG PENJENAYAH
Masing-masing masih dalam mood Hari Raya lagi. Rumah terbuka sedang rancak dianjurkan dimerata pelusuk. Baik Raja, Menteri, Pembesar, Rakyat Jelata semuanya terlibat meraikan hari kebesaran ini.
Dalam bersuka-ria tiba-tiba kita dikejutkan dengan kenyataan berani seorang bekas TPM di dalam satu majlis rumah terbuka baru-baru ini. Tan Sri Musa Hitam telah berkata bahawa ahli-ahli Umno yang didapati bersalah terlibat dalam politik wang seharusnya turut didakwa di mahkamah terbuka. Memang tepat sekali kenyataan tersebut tambahan pula kebetulan Umno merupakan parti tulang belakang yang membentuk kerajaan pusat hari ini. Sewajarnyalah sekiranya ada ahli atau pimpinannya yang tidak bermoral lebih-lebih lagi melanggar undang-undang negara maka yang tertuduh itu perlu dihadapkan ke mahkamah sebagaimana orang awam yang lain. Parahlah kiranya Umno masih membiarkan anasir-anasir seumpama ini berterusan menjadi ahli partinya, bayangkan apa akan terjadi pada negara? Baru-baru ini contohnya ahli Parlimen Titiwangsa turut dibabaitkan dengan politik wang, namun beliau berterusan menjawat jawatan penting ahli parlimen begitu juga dengan seorang EXCO di Melaka.
Umno perlu berani kerana benar. Kalau ahli-ahli parlimen pembangkang yang kononnya membuat tuntutan palsu terhadap Parlimen dengan berani diseret ke mahkamah maka apakah keistimewaannya ahli-ahli Umno? Raja-raja Melayu pun telah hilang kekebalan mereka tak kanlah ahli-ahli Umno mengatasi Raja-raja Melayu?
Yang malangnya ekoran kenyataan Tan Sri Musa itu Najib Tun Razak Timbalan Presiden Umno berkata, sebagaimana dipetik oleh NST:
Dari segi proses perundangan negara, pada masa sekarang kita (Umno) tidak membawa BPR dan polis untuk melakukan siasatan kerana kita anggap perkara itu berlaku dalam parti.
Kalau undang-undang negara dah dilanggar tidak kira samada berlaku dalam parti atau luar parti, ianya tetap kesalahan dan mesti di bawa ketengah. Berikut adalah petikan istilah RASUAH yang diambil dari laman web BPR:
Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi “bribery and corruption” sebagai perbuatan “giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward” John B. saunders pula dalam kamus Mozley and Whiteley’s Law Dictionary memberi definisi “the Taking or giving of money for the performance or non-performance of a public duty”.
Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama. Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud:- “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim- hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”.
(Surah Al-Baqarah, ayat 188)
Di depan rakyat kita bersungguh mahu memerangi rasuah, tapi rasuah secara terang-terangan berlaku dalam kelambu kita sendiri kita diamkan.
No comments:
Post a Comment