Monday, November 22, 2004

ANTARA TUNTUTAN ISLAM DAN KEPENTINGAN POLITIK

Letaklah nama apa sekali pun sekiranya kita berhasrat benar-benar mahu kembali kepada Islam kita tiada pilihan lain kecuali berpandukan al Quran dan Hadis. Sekiranya akal fikiran digunakan untuk membuat pentafsiran maka akibatnya kita akan kelihatan janggal malah kadangkala akan tersepit dengan kekeliruan buatan kita sendiri.

MB ISLAM HADHARI TERENGGANU

Idris Jusoh mengambil alih kerajaan negeri Terengganu dari MB lama seorang Tok Guru, yang memimpin sebuah parti Islam. Kerajaan yang lalu meletakkan Islam sebagai agenda utama pentadbiran negeri, dalam keadaan serba kekurangan ia mampu juga menonjolkan Islam dalam erti katanya yang sebenar. Lalu apabila kerajaan negeri bertukar tangan MB barunya mahu tak mahu terpaksa meneruskan juga agenda Islam ini namun menurut pentafsiran dan ruang yang dibenarkan oleh partinya.

Oleh itu tidak hairanlah akhbar THE STAR hari ini melaporkan:

UN-MUSLIM CONCERTS WILL NOT BE ALLOWED

Menurut laporannya Idris Jusoh mengumumkan bahawa konsert atau pertunjukkan pentas yang tidak mencerminkan nilai-nilai Islam tidak akan dibenarkan di Terengganu. Ini berikutan langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk mengeluarkan garispanduan kod pakaian untuk artis-artis yang ingin membuat persembahan.

Apabila ditanya adakah artis-artis tersebut nanti akan dikehendaki menutupi tubuh masing-masing (to fully cover themselves), kata Idris langkah sedemikian terlalu ekstrim (he described such a step as extreme).

Nampak semacam ujud kekalutan. Pada satu ketika kelihatan macam mahu mengenakan larangan terhadap pertunjukkan ataupun konsert yang tidak Islamik namun pada ketika yang lain menganggap pula yang menutup aurat bagi artis itu suatu tindakan yang ekstrim, subbhanallah!

Demikianlah bila kita mentafsir ataupun menyesuaikan Islam untuk kepentingan politik kita semata-mata. Kerana itulah label Islam Hadhari, Islam liberal perlu untuk mengizinkan pentafsiran yang haru-biru ini. Idris turut dilaporkan sebagai berkata:

The attire worn by artistes must also reflect the communitys culture.

Yang jelas budaya orang Melayu yang beragama Islam adalah bersopan-santun menggunakan pakaian Melayu, baju kurung dan seumpamanya yang tidak melanggar syarak, yakni mestilah menutup aurat. Itulah nilai-nilai Islam yang diajarkan kepada kita yang dicungkil dari al Quran dan Hadis. Kalau itu dikatakan ekstrim, maka usahlah menutup aurat, biarkanlah kain terbelah, rambut terurai, campur bebas lelaki dan wanita dengan syarat jangan guna pakai label Islam, jangan Islamkan perbuatan yang bercanggah dengan ajarannya.

Kenapa Datuk Seri tidak labelkan Tok Puan di rumah yang menutup aurat itu sebagai ekstrim?


No comments: