Thursday, November 25, 2004

AL JAZEERA PILIH MALAYSIA BOLEH

Siaran Satelit TV berbahasa Arab Al Jazeera yang berpengkalan di Qatar dilaporkan mahu melabur sekitar US$30juta untuk membangunkan siaran bahasa Inggerisnya dan Malaysia dilaporkan telah dikenalpasti sebagai pusat siaran tersebut.

Sudah tentulah langkah ini akan membuka pelbagai peluang kepada syarikat dan anak-anak tempatan untuk menerima limpahan dari pelaburan dan operasi badan penyiaran antarabangsa tersebut nanti.

Al Jazeera dikenali sebagai news network yang telus, seimbang dan berani serta kadangkala lebih terkehadapan dari CNN dan BBC dalam melaporkan isu dan berita tertentu terutama yang melibatkan masyarakat dan dunia Islam. Malah kerajaan tajaan AS di Iraq dan Afghanistan telah berkali-kali mengambil tindakan terhadap Al Jazeera oleh kerana laporan rangkaian tersebut yang tidak disenangi oleh mereka. Malah Arab Saudi juga pernah mengambil tindakan yang sama.

Kalau nak dibandingkan dengan RTM, TV3 dan lain-lain saluran TV di Malaysia, memang jauh sangatlah mutu pemberitaan Al Jazeera dengan produk-produk berita Malaysia ini.

Reaksi menarik darihal langkah Al Jazeera ini telah diberikan oleh Menteri Penerangan Kadir Sheikh Fadzir sebagaimana yang dilaporkan dalam THE SUN hari ini. Kata beliau:

The government hoped the network would provide fairer reporting about Malaysia than western based media.

Kadir menyalahkan laporan berat sebelah media barat terhadap Malaysia. Kadir sepatutnya turut mendedahkan keluhan laporan berat sebelah dari media tempatan terhadap Kelantan dan parti-parti politik bukan BN. sejak berpuluh tahun di Malaysia ini.

Al Jazeera dikenali dunia sebagai rangkaian bebas, melaporkan berita sebagaimana ianya berlaku dan dari kacamata dunia bukannya kacamata pihak yang berkuasa dan berkepentingan semata-mata. Al Jazeera pernah mengadakan siri temubula dengan Tuan Guru Hj. Abd Hadi Awang ketika beliau MB Terengganu dan Ketua Pembangkang Parlimen satu ketika dahulu. Di bumi Malasia Boleh ni jangan haraplah.

Khabar angin perletakan jawatan TG Nik Abd Aziz dua tiga hari ini adalah bukti jelas betapa berat sebelah, tidak adil dan tidak beretikanya media tempatan yang Kadir sendiri ketahui.

Baguslah Al Jazeera dapat berpengkalan di sini, mudah-mudahan dengan langkah tersebut media tempatan juga akan dapat ditransformasi dari menjadi lidah dan tunggangan Umno/BN kepada rangkaian yang bebas sebagaimana Al JAzeera. Takut-takut Al Jazeera pula nanti yang jadi macam mereka.



No comments: