Thursday, November 25, 2004

BERCAKAP BOHONG LAMA-LAMA JADI PENCURI

Demi menghilangkan kekeruhan akhirnya Tok Guru Nik Abdul Aziz (sila lihat harakahdaily) terpaksa juga mengeluarkan kenyataan dari Makkah dan yang saya tertariknya beliau memetik pepatah Inggeris:

It takes a thief to catch a thief


Dalam tulisan saya sebelum ini di bawah tajuk SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI rupa-rupanya demikianlah juga anologi Tok Guru, pencuri dan pembohong belaka penyibar berita dusta dan tidak bermoral ini.

Akhbar dan media di Malaysia perlu mengembalikan kewibawaan mereka yang jelas telah teruk tercemar. Jangan sampai rakyat hilang kepercayaan dan keyakinan terus terhadap mereka. Lihat apa yang terjadi pada Badan Kehakiman sejak kes pemecatan zalim terhadap Tun Salleh Abbas. Sehingga hari ini Badan Kehakiman dipandang serong oleh banyak pihak.

Ramai rakan-rakan kita yang baik dan bertanggungjawab berada dalam industri media di Malaysia akan tetapi lantaran ketaksuban ketua mereka terhadap individu yang berkuasa maka diterbitkan juga berita sensasi berupa nista dan fitnah semata-mata atas alasan untuk cari makan.

Benarlah ayat yang dipetik oleh Tok Guru dalam kenyataannya:

Dan tiap-tiap manusia itu telah kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya. Dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka. Bacalah kitab mu, cukuplah diri mu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadap mu .( Maksud surah Al Isra ayat 13 - 14 ) .

No comments: