Tuesday, November 02, 2004

Siapa dia Annuar Musa

SIAPA DIA ANNUAR MUSA

Lanjutan dari artikel saya semalam berkenaan siaran Berita Radio IKIM yang melaporkan darihal kenyataan Ketua Perhubungan Umno Kelantan, Annuar Musa berkenaan peristiwa di Tak Bai, kebetulan semalam dalam akhbar THE STAR terbit berita kecil berikut:

ANNUAR: STAY IN ELECTION MODE



Berita tersebut melaporkan bahawa Annuar Musa mengarahkan jentera UMNO Kelantan agar sentiasa berada ditahap bersiap-sedia untuk menghadapi pilihnaraya umum negeri lantaran rapuhnya kedudukan kerajaan negeri di bawah PAS pada hari ini. Inilah merupakan arahan pertama Annuar setelah di"mahkotakan" oleh Presiden Umno sebagai Ketua Perhubungan Umno yang baru menggantikan Mustapha Mohamad.

Membaca laporan keghairahan Annuar ini saya teringat buku karangan Mohd Sayuti Omar: Pilihanraya Umum ke 11 Suautu Tragedi. Dalam buku tersebut MSO dalam bab ke 5 di bawah tajuk "Kerajaan Campuran di Kelantan?" mendedahkan darihal peranan Annuar Musa disaat genting penubuhan kerajaan negeri Kelantan baru-baru ini.

Menurut MSO dalam buku tersebut pada jam 2.00 pagi pada 22 Mac 2004 beliau menerima SMS daripada Annuar Musa yang berbunyi:

KEADAAN KRITIKAL, RAKYAT KELANTAN PERLU DISELAMATKAN, DEMI MASA DEPAN KELANTAN SEBUAH KERAJAAN CAMPURAN PAS DAN BN PERLU DIWUJUDKAN.

Bermakna disaat krtitikal tersebut Annuar mengakui Umno telah tewas kepada PAS dengan majoriti tipis namun barangkali demi masa depan politiknya beliau memohon MSO memujuk Tok Guru Nik Abd Aziz agar menimbangkan bagi membentuk kerajaan campuran. Berkemungkinan jika Tok Guru bersetuju Annuar akan beroleh political mileage yang besar dan sudah tentu kurang-kurang dilantik menjadi Timbalan MB.

Lalu apabila MSO sampaikan perkhabaran ini kepada Tok Guru, apa kata Tok Guru:

TIDAK BOLEH HENDAK TUBUH KERAJAAN CAMPURAN. MACAM MANA HENDAK BERGABUNG, UMNO TIDAK IKHLAS DAN JUJUR KITA SUDAH SERIK DENGAN BN DAHULU. BALAS KEPADA DIA TIDAK BOLEH, KITA TIDAK NAK.

Ramai tidak tahu darihal kisah ini. Ramai melihat Annuar sebagai Singa yang bertaring. Rupanya bila tersepit demi mendapat kedudukan yang selesa Annuar sanggup tidur sebantal dengan Sang Kancil yang beliau perlekeh dan gelar musuh!

Tiba-tiba hari ini Annuar desak supaya jentera Umno masuk "gear" dan tunggu kerana kerajaan PAS bila-bila boleh jatuh. Aduhai kerajaan Kelantan kini sedang sibuk bergerak beroperasi membantu rakyat dan membela negeri, tunggulah 4 tahun lagi, jangan kacau-kacau. Buatlah kerja sebagai seorang anggota pembangkang yang terhormat.



No comments: