Friday, November 19, 2004

FALLUJAH: DIMANAKAH ABU BAKAR, DIMANAKAH AL MUKTASIM

Kita melihatnya dengan mata kepala kita sendiri, di bumi Fallujah Iraq. Betapa umat Islam disembelih terang-terangan. Betapa masjid dan madrasah di bedil dan diserbu. Malangnya kita tidak berdaya melakukan apa-apa. Kita sekadar menjadi penonton, menonton kebiadapan dan keangkuhan musuh-musuh Islam kerana kita kononnya adalah pengganas.




Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a pernah berkata:

Tidak meninggalkan suatu kaum (umat Islam) akan jihad, melainkan Allah akan mengenakan ke atas mereka semua kehinaan dan kemusnahan.




Di zaman pemerintahan khalifah terakhir Bani Abassiyah, sungguhpun kerajaan Islam ketika itu terlalu lemah namun diriwayatkan berlaku satu peristiwa yang mengaibkan seorang individu Muslim di negara asing sehingga khlaifah yang lemah itu mampu mengerahkan bala tentera Islam ke negara tersebut semata-mata kerana menebus maruah seorang Muslim yang dizalimi. Kisahnya:

Seorang perempuan Islam berniaga di sebuah negara bukan Islam. Satu ketika perempuan tersebut terjatuh sehingga sebahagian auratnya dilihat oleh orang-orang kafir lalu diejek-ejek dan ditertawakan oleh orang-orang kafir tersebut. Perempuan itu mengadu dengan katanya: "Ya al-muktasimaah" (Wahai Khalifah Muktasim).

Kejadian ini dilihat oleh seorang lelaki Islam lalu beliau datang ke Baghdad mengadu kepada Khalifah al-Muktasim tentang penghinaan yang diterima oleh perempuan Islam tersebut. Apabila sampai kepada pengetahuannya, Khalifah al-Muktasim berkata "Labaik ya ammah" Ya wahai ibuku. Lantas al-Muktasim mengarahkan tentera Islam menuju ke negeri tersebut, menyerang dan menawan dengan sebab seorang perempuan Islam dihina.




Aduhai Fallujah kezaliman ke atasmu tak mampu kami lakukan apa-apa. Kami sekadar penonton lebih selesa menonton, menitiskan airmata namun tiada kudrat dan tenaga untuk membantu. Walaupun kamu terang-terang dizalimi, kami takut bertindak kerana takut kehilangan kuasa, kedudukan dan harta.




Muncullah wahai Abu Bakar, muncullah wahai al Muktasim, perkenankanlah Ya Allah!

No comments: