Tahniah akhirnya naik juga harga rokok. RM0.20sen mulai
esok!
Saya percaya usaha seumpama ini adalah salah satu langkah
terbaik dalam menangani gejala merokok dikalangan rakyat Malaysia khasnya
anak-anak muda kita. Kalau boleh semak semula dan naikkan lagi dalam suku
pertama tahun depan kalau jumlah atau bilangan perokok dikalangan rakyat
Malaysia tidak turun-turun.
Dalam waktu yang sama, yang malangnya tak pula kita dengar
dibangkitkan oleh mana-mana ahli Parlimen semasa sidang Bajet baru-baru ini,
iaitu menuntut agar dinaikkan cukai ke atas industri perjudian. Mana suara
wakil rakyat Islam?
Industri judi berkembang biak dalam Negara kita, walau pun
dari segi perundangan dilarang umat Islam membeli atau mengunjungi kasino
tetapi semua kita tahu betapa ramainya orang Melayu Islam terjebak dalam
aktiviti ini. Tak ada cara lain melainkan dinaikkan cukai ke atas industry ini biar pemilik ibndustri
memindahkan beban mereka kepada pengguna (tahi-tahi judi).
Begitu juga industry arak. Sekali lagi tiada yang bersuar
atau bangkitkan dalam isdang Bajet baru-baru ini, tepuk dada Tanya iman?
Berbalik kepada tajuk harga rokok ini, biar ia terus naik
kalau kita serius mahu katakana TAK NAK.
No comments:
Post a Comment