Melihat termetrainya perjanjian damai antara kerajaan Filipina
pimpinan Benigno Aquino dan MILF
diwakili Hj Murad Ibrahim yang membuka laluan kepada otonomi rakyat Islam Bangsa
Moro di Selatan Filipina sudah pasti menyenangkan hati mereka yang prihatin.
Setelah lebih 40 tahun berkonflik yang menyaksikan ramai yang terkorban
akhirnya perjuangan mereka diberi pengiktirafan dan penghormatan.
Semoga tiada lagi yang terkorban dan menderita di sana dan
semoga rakyat Islam dapat mentadbir sendiri urusan dan masa depan mereka.Malaysia diwakili PM Malaysia menyaksikan termetrainya perjanjian ini di Istana Malacanang dan sebentar tadi Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi turut mengeluarkan kenyataan mengalu-alukan perjanjian ini. http://www.nst.com.my/latest/opposition-welcomes-philippines-milf-peace-accord-1.157859#
Sesungguhnya perjuangan Bangsa Moro ini mendapat simpati dan
sokongan rakyat Malaysia tanpa mengira anutan politik khasnya dikalangan umat
Islam di sini.
Kita berdoa selepas ini bukan hanya saudara kita di Selatan
Filipina sahaja yang akan terbela nasib dan masa depan mereka, semoga saudara
kita di Selatan Thai juga akan demikian, begitu juga saidara kita di Kashmir,
Rohingya di Myanmar, Chechnya dan lain-lain.
Mudah-mudahan melalui perdamaian ini Bangsa Moro dapat
membuktikan yang Islam adalah penyelesaian terbaik dan Islam mampu merobah
nasib dan masa depan rakyat di Selatan Filipina, insyallah.
No comments:
Post a Comment