Allah swt berfirman dalam al Quran:
…….dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan
mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan
mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta
memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah),
sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya
(untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan
segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa
bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (at Talaaq 2-3)
Saya teringat akan ayat ini apabila terbaca berita terkini
dari The Star Online http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/10/30/nation/20121030135301&sec=nation berkenaan penemuan telaga minyak
terbaru di perairan Semenanjung Malaysia iaitu 160km dari Pantai Pahang iaitu
di Bertam sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri.
Menurut PM telaga berkenaan dianggarkan mempunyai rizab
pengeluaran sejumlah 64 juta tong minyak mentah. Iaitu bakal mempunyai
pengeluaran sebanyak 17,500 – 20,000 tong sehari. Ini bermakna Negeri Pahang
dijangka menerima royalti tunai sebanyak RM100 juta setahun dari kerajaan
Persekutuan.
Kita bersyukur kehadrat Allah swt dengan hasil terbaru ini
dan semoga Allah swt terus menerus melimpahkan rezeki Nya buat kita.
Cumanya kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri Pahang juga
wajarlah bersyukur dan wajarlah juga mengambil langkah menyekat dan membenteras
hasil-hasil haram selama ini yang membantu menampung ekonomi Pahang. Sudah
pastilah antara yang terbesar adalah kasino di Genting.
Sekiranya kita bersyukur dengan nikmat Allah ini wajib kita
menunjukkan kesyukuran itu dengan menghentikan segala yang dilarang itulah tanda
kerajaan yang bertaqwa. Jangan nanti segala yang ada ditarik balik oleh Allah
swt.
Dan sesungguhnya menjadi pemimpin yang bertaqwa dan membentuk kerajaan yang bertaqwa bukan hanya tanggungjawab kerajaan-kerajaan ini tetapi semua pemimpin dan kerajaan. Tiada alasan yang boleh dipersembahkan kehadrat Allah swt nanti apabila setelah diberi kuasa kita berdolak-dalik.
Sebelum dapat kuasa kita menabur janji dan berbagai tetapi apabila dipinjamkan kuasa kita tabur pula alasan dan dalih.
Semoga Allah swt terus memimpin kita.
No comments:
Post a Comment