Singapura tidak mahu politik dicampur-adukkan dengan agama.
Menurut TPM Singapura Teo Chee Hean di Parlimen Singapura ketika menjawab
soalan ahli-ahli parlimen di sana:
“GARISAN jelas antara politik dengan agama harus dikekalkan
di Singapura, jika tidak negara ini akan mengalami risiko keretakan dalam
keharmonian sosial”Singapura tidak membenarkan ahli-ahli politiknya menjuarai isu agama walaupun ahli-ahli agama dibenar bebas melaksanakan hak politik masing-masing namun mereka tidak boleh memasuki ruang politik begitu juga ahli politik tidak boleh menerobos masuk ruang agama.
Begitulah LUAS nya jurang perbezaan suasana dan lanskap
politik Malaysia dan Singapura. Adakah kita mahu ikut Singapura atau mahu kekal
status quo yang ada di Malaysia? Tepuk dada tanya iman.
Di Malaysia bukan hanya parti politik berteraskan agama
seperti PAS, malah semua parti politik bebas menyuarakan tuntutan agama dalam
berpolitik. Ada pengamal atau aktivis agama yang masuk politik dan berjawatan,
selain PAS, mereka ini juga mengunakan platform politik mereka menyuarakan
tuntutan kepercayaan mereka. Ada aktivis Kristian, Hindu dan lain-lain
berpolitik di Malaysia. Malah dalam Umno pun aktivis agama masuk berpolitik
juga.Jelas pendekatan dan suasana Singapura berbeza dengan Malaysia. Singapura bimbang pengaruh puak agama, takut dan malah agaknya berusaha membendung dan kalau boleh membenterasnya. Berdasarkan pendirian ini bagi mereka orang agama duduklah di masjid atau gereja, biar orang politik sahaja yang berpolitik.
Kalau ada yang bersikap begitu di sini, eloklah berhijrah saja ke Singapura.
No comments:
Post a Comment