Kandang BN semakin sendat dengan pembelot
Sebentar tadi wartawan dari sebuah akhbar Cina menghubungi saya. Saya sudah menjangka,sudah pastilah komen yang beliau mahukan adalah mengenai “lompatan” terbaru melibatkan ahli parlimen Wangsa Maju dari PKR Sdr Wee Choo Keong yang telah isytihar keluar PKR menjadi ahli parlimen Bebas.
Saya mengenali Sdr Wee sejak tahun 1989 lagi ketika itu beliau adalah ahli DAP. Saya pernah berkempen dan berceramah bersama beliau sehinggalah kemudiannya beliau menang sebagai ahli Parlimen Bukit Bintang. Kemudian hubungankami terputus. Pada pilihanraya 2008 lalu beliau dicalonkan oleh PKR untuk bertanding di kerusi parlimen Wangsa Maju dan berjaya mengalahkan calon BN di sana.
Saya beritahu wartawan tadi saya yakin para pengundi Wangsa Maju akan berasa kecewa dengan tindakan Wee itu. Pengundi di Wangsa Maju sebagaimana kebanyakkan pengundi di Lembah Kelang telah bangkit menolak BN tak kiralah dari MCA, Gerakan atau Umno kerana hilang keyakinan kepada BN. Rata-rata calon-calon DAP, PKR dan PAS menang khasnya di Lembah Kelang lantaran sentimen kebencian rakyat itu.
PAS sendiri menang buat pertama kali di Wilayah Persekutuan apabila calon kami Dr Lo’lo Dato Ghazali menang di kerusi parlimen Tititwangsa.
Pada saya Wee telah medurhakai amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh para pengundi Wangsa Maju. Bayangkan sumbangan tenaga dan wang ringgit para pekerja dan petugas parti termasuklah dari PAS yang telah bermati-matian bekerja dan berkempen untuk kemenangan beliau, tiba-tiba dengan mudah beliau lompat keluar begitu sahaja.
Waratawan yang sama turut bertanya kepada saya tentang impak tindakan Wee itu terhadap pilihan raya kecil Sibu yang hari mengundinya esok.
Saya katakan insyallah para pengundi di Sibu telah pun membuat keputusan. Tindakan Wee hanya akan mendorong rakyat untuk berhati-hati agar tidak memilih calon yang seumpama Wee. Bagi saya harapan Pakatan Rakyat tidak akan terjejas dengan tindakan paling tadah Wee itu.
Beliau juga bertanya tidakkah agenda Pakatan Rakyat terjejas dengan tindakan seumpama ini mengambil kira beberapa kes lompatan sebelum ini. Saya berharap rakan-rakan dari PKR segera mengambil tindakan merawat penyakit ini. Ia sudah pastilah sesuatu yang tidak sihat buat PKR dan Pakatan Rakyat sendiri. Kejadian seumpama ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap PR.
Namun saya yakin rakan-rakan dari PKR akan segera bertindak dan mengambil langkah yang sewajarnya. Mereka yang berpaling tadah dan pembelot seperti ini tidak akan dapat kekal bertahan.
Dalam sejarah Melayu Melakapun banyak kit abaca berkenaan pembelot. Salah seorang adalah saudagar (korpratlah kalau pada hari ini) Jawa bernama Utimutiraja. Kerana rasa tidak puas hati dan mhukan kesenangan dan kekayaan berlebihan beliau telah mengarahkan hamba-hambanya seramai 5,000 orang membantu Portugisdalampenaklukan Melaka. Khabarnya beliau kemudiannya dibunuh sendiri oleh Portugis kerana Portugis bimbang manusia seumpama ini kalau boleh belot sekali takmustahil dia belot berkali-kali.
Jaga-jagalah BN banyak pembelot dalam bilik tidur mu!
1 comment:
Assalamu alaikum. kalau ada penjual adalah pembeli. Kalau ada penawaran adalah permintaan. Sebenarnya sama ada ada si pelompat atau penjemputnya adalah mereka yang melakukan pemerdagangan manusia dalam politik.
Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar dari perdana menteri, menteri-menteri berkenaan termasuk Sharizat Abdul Jalil bercakap berkenaan pemerdagangan manusia. Polis juga burusaha dalam bidang kuasanya untuk menghalang jenayah berkenaan. Tapi malang, ketam tak pernah tahu yang dia berjalan bengkok tapi cuba mengejar anaknya nknya berjalan lurus. Yakinlah bahawa pemerdagangan manusia tidak terhenti kerana ia adalah bala dari Allah kepada kita akibat sikap kita sendiri. Yang jelas, bersih dulu parti BN dari pemerdagangan manusia secara politik baru kamu layak bercakap mengenai kegiatan tersebut.
Post a Comment