Wednesday, May 12, 2010

Happy birthday to you Umno

Umno dah 64 tahun usianya. Diasasakan oleh Allahyarham Dato Onn Jaafar dengan matlamat menentang Malayan Union. Dari tahun ke tahun ia berkembang akhirnya menjadi teraju negara sehinggalah ke hari ini.

Tiadalah yang selebih kuat dan perkasa dikalangan parti politik melainkan Umno, tapi itu pun satu ketika dahulu.

Hari ini mencecah usia 64 tahun laksana seorang lelaki yang usia begitu, Umno sudah tidak segagah dahulu. Tubuh sudah mula berkedut, rambut beruban dan mula gugur, penglihatan sudah kabur, pendengaran sudah kurang. Malah ingatan pun sudah mula timbul tenggelam.

Kata Presiden Umno Najib Tun Razak, Umno perlu kembali menghayati semangat jati diri parti yang berjuang untuk rakyat dan bukannya mengamalkan politik sempit yang menguntungkan kelompok tertentu.

Bermakna setelah 64 tahun berjuang kini pimpinan Umno sedar mereka telah jauh lari dari semangat asal parti mereka. Mereka kini mengamalkan budaya perjuangan yang sempit. Mereka kini berjuang untuk kepentingan diri, menguntungkan kroni mereka sedangkan yang ramai diabai dan dipinggirkan atau diguna hanya bila perlu.

Bermakna semuanya telah berubah. Bukannya berubah untuk kebaikan tetapi sebaliknya. Bukannya mencatat kemajuan tetapi mundur terus mundur.

Dalam semangat 64 tahun itu baru-baru ini mantan MB Selangor Khir Toyo menyatakan yang Umno sesungguhnya masih relevan. Saya tidak tahu tentang tempat lain tetapi kalau Khir merujuk negeri Selangor,saya kira beliau masih belum kebah dari demam panas yang menimpanya pada 8 Mac 2008 lalu.

Bukankah kerana tidak relevanlah maka beliau hilang negeri 8 Mac 2008 lalu. Memang Umno mungkin mampu bertahan di 18 kerusi di Selangor tetapi pasukan Umno pimpinan Khir tewas dan tersungkur di 16 kerusi. 18 kerusi yang menang pun ada yang tipis-tipis, paling tipis 45 undi di Seri Serdang.

Umno bersarang dengan masalah. Di Selangor rakyat sudah hilang kepercayaan pada Umno. 64 tahun satu usia yang lama tetapi bagi Umno ia sudah hampir ke Maghrib usianya. Jangan ingat menang di Hulu Selangor tiba-tiba Umno Selangor kembali tegap! Yang menang tu bukan Kamal tetapi Kamalanathan dari MIC. MIC pun orang tak percaya boleh bangkit kembali dengan kemenangan ini, apatah lagi Umno.

Selamat hari jadi Umno…..yang hidup pasti mati.

4 comments:

Part Timer said...

dah masuk 64 tahun..patut nyanyok semacam jer...

suratkhabarlama said...

I like your last sentence..yang hidup pasti mati...

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum. Kalau diukur pada umur manusia dan Parti politik pun berdasarkan pengalaman di mana-mana, umurnya macam manusia. Jadi, 64 tahun:

1. Dah dekat 10 tahun pencen.

2. Nikmat tenaga, daya ingatan, pendengaran dan penglihatan mula menjauh.

3. Nak makan pun dah tak larat dari segi selera dan upaya.

4. Nak kejar cucu umur setahun pun belum tentu larat.

5. Nak baca surah yasin pun terkial-kial sebab masa muda tak ingat nak mengaji.

6. Nasib tak baik jalan pun bertongkat, kadang-kadang dipimpin pula oleh orang buta yang juga bertongkat.

7. Kalau ikut umur Rasulullah, 64 tahun tu dah subsidi pun.

Jadi, UMNO, tamsilkanlah sendiri perkara-perkara di atas.

Anonymous said...

umno tak pernah sampai 64 tahun, umno telah telah mati tahun 1988, bunuh diri dimahkamah tinggi kuala lumpur.

pomen seksen7