Saya cukup terganggu melihat gambar dalam akhbar The Star hari ini. Gambar menunjukkan ADUN Sarawak dari PKR Dominique Ng ditahan oleh anggota polis apabila beliau bertindak untuk masuk ke bangunan DUN Sarawak.
Dominique telah digantung oleh DUN beberapa hari lalu apabila enggan mematuhi arahan Speaker.
Bagi saya penggantungan tidak bermakna beliau tidak boleh masuk ke bangunan dewan untuk apa sahaja urusan lain. Sejak bilakah negara kita mengamalkan peraturan kuku besi sebegini?!
Bayangkan gambaran dunia antarabangsa melihat seorang wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi tetapi diperalakukan begini bagaikan seorang penjenayah.
Saya pasti rakyat Sarawak mengikuti perkembangan ini. Tidak mustahil rakyat akan bertindak balas, dan mangsanya sudah pastilah BN dalam pilihanraya negeri tidak lama lagi.

1 comment:
Assalamu alaikum. Apabila dikaji dan dilihat kepada peristiwa-peristiwa silam khususnya yang berlaku selepas merdeka, apabila sesuatu negeri bertindak ganas kepada rakyat ini menunjukkan bahawa sesuatu perjuangan telah diterima oleh rakyat. Ingat, ketika PAS lemah di Selangor, Pahang, Perak, Puilau Pinang dan Kedah, kita dapati ceramah dan aktivita PAS tidak diganggu oleh pihak berkuasa. Sebaliknya apabila rakyat semakin menerima perjuangan PAS maka mula aktiviti kongkongan dilakukan oleh pihak berkuasa melalui polis dan yang lainnya. Ternyata apabila ada rakyat dari negeri berkenaan yang dipukul, dicederakan, dipenjara dan seumpamanya maka negeri tersebut akan terlepas dari cengkaman Barisan Nasional. Itulah yang terjadi di Selangor, Perak dan Kedah. Kini kongkongan telah merebak ke Johor dan Negeri Sembilan dan terbaru di Sarawak. Maka, yakinlah Sarawak akan jadi negeri seterusnya untuk Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang. Sesungguhnya perjuangan mahal harganya. Ia akan terbayar mungkin dengan air mata, darah dan tak mustahil nyawa. Lihat sendiri apa yang terjadi kepada Datuk Sri Anwar, semakin berat tekanan terhadapnya semakin kental dan padu sokongan rakyat kepadanya. Katakanlah, andai Najib atau Muhyiddin mengalami kejatuhan dalam kerjaya politiknya, mereka tidak akan dapat apa yang Anwar perolehi. Buktinya ada pada Mahathir dan Pak Lah. Apakah mereka mampu dengan pengaruh mereka mengumpulkan 100,999 orang dalam satu himpunanhanya menggunakan perngaruh mereka? Kita cabar mereka. Sebaliknya, Datuk Sri Anwar, Tuan Guru Haji Hdi Awang dan Tok Guru Nik Azaz, cukup dengan sebut nama mereka mungkin sejuta boleh keluar jika diperlukan walau pun dimaklumkan dalam masa cukup satu hari. BN! kamu sedang naza'. Buat rakan-rakan dalam PR, marilah kita memenuhi ajaran Rasulullah iaitu mentalkinkan UMNO agar UMNO sempat mengucap sebelum matinya.
Post a Comment