Monday, May 24, 2010

Menghapuskan subsidi atau menaikkan harga?

Hari Khamis ini bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) rakyat Malaysia dipelawa untuk memberikan pandangan tentang usaha kerajaan untuk menurunkan subsidi ke atas barangan dan perkhidmatan pengguna tertentu.

Menurut angkanya kerajaan menyerap sejumlah RM74bilion bagi memberikan subsidi kepada rakyat Malaysia yang melibatkan barangan dan perkhidmatan tertentu. Ini bersamaan purata RM12,900 setiap isi rumah setiap tahun.

Antara barangan yang dimaksudkan termasuklah minyak masak, tepung, gula , petrol, dan perkhidmatan kesihatan serta tol.

Kerajaan dikatakan tidak dapat bertahan lama dengan pemberian subsidi seumpama ini kerana ia mengakibatkan hutang kerajaan terus meningkat iaitu pada RM362 bilion tahun lepas iaitu 54peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Apa akan jadi jika subsidi ini diturunkan atau ditarik balik?

Ini bermakna kita akan membayar lebih bagi satu-satu barangan atau perkhidmatan itu. Contohnya caj yang dikenakan untuk khidmat pesakit luar di hospital kerajaan adalah RM1. Caj ini menjadi RM1 setelah kerajaan memberikan subsidi yang besar ke atasnya. Dengan penurunan atau pengurangan subsidi bermakna kita akan membayar mungkin RM3 atau RM5 atau lebih bagi perkhidmatan berkenaan.

Adakah dalam keadaan hari ini, rakyat Malaysia sudah bersedia untuk menyerap pengurangan atau penghapusan subsidi ini sehingga menanggung kos yang lebih tinggi? Tiadakah jalan lain bagi kerajaan contohnya menarik balik atau mengurangkan subsidi ini ke atas golongan atau kelas tertentu, dalam erti kata lain mereka yang kaya dan selesa membayar lebih sedang yang kebanyakkan tidak.

Contohnya air percuma 20meter padu pertamayang diberikan oleh kerajaan Selangor hanya diberikan kepada pengguna domestic atau individu. Sedangkan pengguna komersilatau perniagaan tidak menikmati subsidi ini. Apakah tiada mekanisma yang serupa yang boleh diperkenalkan bagi melindungi rakyat kebanyakkan, biar yang mewah dan meraih keuntungan membayar lebih?

Saya kira rakyat Malaysia rata-rata masih memerlukan subsidi ini kerana kos hidup masih tinggi dan pendapatan tidak pun meningkat sebegitu mendadak.

Kalau di Selangor kerajaan negeri sedang memikirkan bagaimana rakyat negeri dapat menikmati dan mencecah kekayaan negeri melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), tetapi di Pusat, kerajaan sedang memikirkan bagaimana mahu memeras ekonomi rakyat untuk menanggung beban hutang besar yang ditanggungnya!

Rakyat perlu merenung perkara ini dan bijak membuat keputusan apabila diamanahkan memberi mandat. Apa guna negara maju dan kaya tetapi rakyat menderita dan menanggung susah.

1 comment:

Anonymous said...

Tuan tolong gerakkan satu usaha untuk memohon bantuan untuk adik Muhammad Danial Hakimi yang memerlukan bantuan perubatan.

Sila HUBUNGI Puan Mas Inzati,ibu kepada adik Danial di no. ini: 017 372 9230 dan terus ke Kg Bukit Lanchong untuk berjumpa sendiri dengan Puan Mas Inzati.

Mohon tuan mengesa wakil rakyat ISLAM dan semua insan yang berkemampuan untuk sama-sama membantu Adik Muhammad Danial Hakimi.

Beritahu semua YB jgn sibuk berpolitik tetapi terlupa akan RAKYAT yang susah dan yang memerlukan bantuan.

Saya dan rakan dah berjaya mengumpul RM3,000 untuk adik Danial.

HArap tuan dapat membantu usaha murni ini.

semoga Allah memberkati semua.