Sunday, September 06, 2009

Tiada siapa yang disaman

Kebelakangan ini agenda untuk jatuh menjatuh ini semakin ganas dan menunjukkan belangnya. Mana sahaja ada ruang untuk melompat dan mencederakan musuh, akan diperguna tak kiralah ianya berasas atau bersandarkan igauan dan cerita-cerita karut. Itulah dunia hari ini.

Saya sendiri terkejut semalam apabila dihubungi oleh seorang wartawan akhbar harian Cina, benarkah EXCO Agama Selangor, Dato Dr Hasan Mohamed Ali disaman (dititahkan mengadap) Tuanku Sultan Selangor? Saya lalu bertanya dari mana saudara dapat maklumat ini, katanya berdasarkan laporan beberapa portal berita diinternet. Begitulah kalau kita ada agenda tertentu.








Saya jelaskan Dr Hasan ini memegang portfolio Agama dan Adat Istiadat Melayu (selain infrastruktur dan kemudahan awam), oleh kerana bidang ini berkait rapat dengan Tuanku Sultan maka bila sahaja perlu Dr Hasan boleh dipanggil mengadap. Malah beliau pun sendiri apabila sahaja merasakan perlu untuk menyembah maklum kepada Tuanku, boleh mohon untuk mengadap.

Pertemuan ini bukan luar biasa, malah sebahagin dari rutin seorang EXCO yang memegang portfolio berkenaan.

Sementara itu pelbagai spekulasi dijaja dan dijual oleh laman-laman web dan portal berita tertentu.

Yang sahihnya Dr Hasan tidak disaman tetapi beliau sendiri yang mohon mengadap. Pemberita mengadu Dr Hasan tidak berhenti dipagar istana, tempat dimana pemberita menunggu beliau untuk mendapatkan maklumat.Jawapnya ini pertemuan rutin dan ini melibatkan Tuanku Sultan, tiada apa yang mahu dilaporkan malah kalau pun ada itu prerogatif dan hak Tuanku bukannya ahli EXCO.

Kepada sepkulator murahan, minta maaf, Dr Hasan masih EXCO Selangor, masih Pesuruhjaya PAS Selangor masih AJK PAS Pusat. Esok kalau senang bolehlah berjumpa beliau di tempat letak kereta Komplek PKNS Shah Alam bermula jam 5 petang dimana PAS Selangor akan mengedar-edarkan bubur lambok kepada rakyat.

4 comments:

Tabib Haji Norjae said...

Salam perkenalan buat Tuan rumah. Apakhabar ? Semoga kita mendapat lebih barakah di bulan Ramadan ini. :)

amirul said...

Maybe they said, summon = mengadap, Is is true that Dr Hassan has been summon by Sultan of Selangor, maksudnya, betul ke Dr Hassan dipanggil menghadap Sultan, mungkin itu yang cuba ditanya..

Anonymous said...

dalam surat khabar thestar.com.my, menyatakan DrHasan summon by sultan selangor atau translation dlm bahasa Malaysianya 'dititah' mengadap. mungkin reporter tu bertanya dlm bahasa campur English/Bm sebagai mana biasa rakyat Malaysia bercakap. Jadi, Tuan Roslan tak perlu lah emosional atau melatah kerana statement itu adalah benar, Dr Asri mmg di'summons' atau diarah mengadap sultan.

-azlan-

roslan sms said...

Salam Ramadhan

Sdr Azlan insyallah saya tidak melatah kalau sdr baca teliti posting saya ini Dr Hasan tidak di summon tetapi memohon mengadap. Maksudnya dalam bahasa tak campur BM Dr Hasan yang meminta untuk mengadap Tuanku dan bukan sebaliknya.

Terima kasih.