Monday, September 14, 2009

PR kekal memerintah Selangor

Dalam perjalanan ke Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat tengahari tadi saya menerima sekurang-kurangnya dua panggilan telefon dari rakan-rakan media. Sekali lagi soalan berkisar pada khabar angin kononnya ada beberapa ADUN termasuk dari PAS yang akan melompat lantas merebahkan kerajaan PR Selangor.

Pada seorang pemanggil saya menafikan sekeras-kerasnya, tiada mana-mana ADUN PAS Selangor yang akan melompat. Khabar angin ini saya jelaskan dimain oleh puak-puak dan juak-juak Umno/BN sedangkan jangankan pokok, batang taugeh pun tidak bergoyang.

Apabila menerima lagi satu panggilan saya berasa malas, lalu untuk melonjakkan keghairahannya saya nyatakan ya memang ada ADUN PAS yang akan melompat di Selangor, bukan satu bukan dua kara saya tetapi sembilan. Terus sipemanggil melompat. Tiba-tiba apabila dia sedar, eh mana ada 9 ADUN PAS cuma 8 saja!

Saya maklumkan kepada rakan-rakan berkenaan, saya sebenarnya dalam perjalanan ke mesyuarat di atas yang mana barisan EXCO dan pimpinan terkanan PR Selangor dijangka hadir dalam mesyuarat yang korumnya merupakan pimpinan tertinggi PR Pusat. Tiada masalah, tidak akan berlaku lompatan dan tiada kerajaan negeri yang akan jatuh selepas Perak insyallah (kecualilah Negeri Sembilan jika PAS menang di Bagan Pinang, mana tahu akan ada dua atau tiga orang ADUN BN yang mahu tukar selera).

Sesampainya saya di tempat mesyuarat terbukti semua pimpinan kanan PR hadir dan dipihak Selangor, pimpinan terkanannya termasuklah Dato MB, Dato Dr Hasan, pimpinan DAP semuanya hadir. Mesyuarat berjalan dengan penuh mesra dengan luahan hati ikhlas dalam semangat mesyuarah yang penuh tertib. Ternyata segala khabar angin dan dongeng yang dimain-mainkan oleh pihak tertentu jatuh meleset. PR Selangor “is here to stay” dan selepas ini semua kami akan berhimpun di Bagan Pinang bagi bekerja dalam satu pasukan untuk membawa kemenangan buat calon PR dari PAS di sana.

(Kepada sahabat saya Sdr Lim Hong Siang dari meredekareview.com nampaknya ramalan tarikh 16 September yang dibuat penulis anda Wong Shu Qi, iaitu tarikh kerajaan PR Selangor akan roboh, semakin hampir........dua hari lagi).

1 comment:

Anonymous said...

slm.. saya cadang pas selangor adakan sidang media khas kesemua adun dan umumkan tkkan lompat.. dan bg peluang wartawan2 bengong ni tanya banyak2 soalan pasal sapa nak lompat.. supaya lepas ni tak ada lagi khabar2 angin... semua khabar angin ibarat kentut (maknanya bau busuk) sahaja hari ini.. ni cdgn la...