Thursday, September 24, 2009

Suburkan budaya tegur-menegur
Hapuskan budaya ugut-mengugut

Baru sebentar tadi wartawan dari Nanyang menghubungi saya dan meminta komen berhubung isu SELCAT yang didakwa kini sudah menjadi begitu kontroversial. Ada pemimpin PAS Selangor menurutnya kononnya telah memberi kata dua minta Dr Hasan Ali menyokong kerajaan negeri Pakatan Rakyat atau keluar sahaja dari PR. Begitu juga kata beliau beberapa pemimpin PR yang lain (selain PAS).

Saya tidak berhasrat mengulas kata dua pemimpin itu, biarlah beliau begitu kerana orang PAS Selangor kenal sangat beliau dan gelagatnya.

Saya menjelaskan kepada wartawan tersebut yang penting kita tidak lari dari isu sebenar yang perlu menjadi perkara pokok dalam membincangkan permasalahan ini. Jangan tokok-tambah cerita-cerita lain, jangan humbankan sekali dendam kesumat dan hasad dengki peribadi, jangan ada agenda tikam dari belakang dan lain-lain.

Yang paling penting apa yang diutarakan oleh Dr Hasan adalah teguran ke arah memperbaiki perjalanan SELCAT. SELCAT ini tidak wujud dizaman BN. Ia lahir setelah PR memerintah Selangor, ia disokong oleh PKR, DAP dan PAS. Oleh kerana ia suatu institusi yang baru, walaupun falsafah dan objektifnya baik, namun ia perlu melalui proses pembaikian dari masa ke semasa supaya ia benar-benar menjadi sebuah badan yang berwibawa dan dihomrati rakyat.

Membuat teguran terhadap SELCAT bukan bermakna menentang kerajaan. Isu ini bukan perkara baru malah pernah dibincangkan diperingkat Majlis Pakatan Rakyat Negeri Selangor, dan saya berani menyatakan yang Dr Hasan serta PAS Selangor bukan keseorangan dalam hal ini.

Kerajaan Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat kerana ia menjanjikan sebuah pentadbiran yang bersih, telus dan adil. Ia mahu menjadi alternatif kepada kerajaan BN yang kotor, korap dan zalim terhadap rakyat itu. Kalau semasa zaman BN dahulu ruang untuk tegur menegur ke arah kebaikan tidak pernah terbuka. Sesiapa menegur dikira anti kerajaan, anti MB lalu dilibaslah pedang untuk mencantas pemimpin tadi.

Budaya cantas-mencantas tidak sewajarnya wujud dalam sebuah kerajaan yang bersih, telus dan adil. Pemimpin dalam Pakatan Rakyat berhak bersuara, dan untuk pengetahuan dalam isu yang melibatkan SELCAT termasuklah kakitangan awam ini Dr Hasan pernah bersuara bukan sekadar diperingkat Majlis Pakatan Rakyat Negeri Selangor malah sehingga Majlis Pakatan Rakyat Pusat yang dihadiri pimpinan terkanan ketiga-tiga parti peringkat kebangsaan.

Semalam Dr Hasan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung isu ini (saya sertakan di bawah). Kenapa ada pihak pandang serong terhadap teguran beliau? Tidak ada sesiapa pun dalam PAS Selangor yang mahu melihat kerajaan PR yang dibentuk bersama dengan PAS ini jatuh gugur setelah bersusah payah kita menegakannya. Mengapa beliau ditohmah begitu sekali?

PR Selangor mesti mantap dan padu. Mana-mana ruang yang longgar dan lemah perlu diperbaiki. Saya teringat dalam satu mesyuarat PR Selangor YB Ronnie Liu menjelaskan bahawa jangan sampai rakyat ada persepsi tidak baik terhadap kita angkara keghairahan kita.

PAS Selangor berbangga kerana menjadi sebahagian dari kerajaan PR. PAS Selangor mahu menyumbang dan berperanan secara aktif dalam kerajaan bukan sekadar menjadi pemanas kerusi. PAS Selangor mahu kekal bertapak di Selangor malah kalau boleh dengan izin Allah swt mahu menang banyak lagi kerusi dalam PRU ke 13 nanti sekaligus memantapkan lagi kedudukan PR.

Sebagai ahli “team” kerajaan PR Selangor ini saya yakin Dr Hasan dan EXCO PAS yang lain mahu menjadi “team player” yang efektif. Bukan yang bisu atau yang “pak angguk” atau “pak pacak”. Bukti PAS Selangor mahu demikian, PAS Selangor tidak pernah mengugut mahu keluar PR seperti yang berlaku pada DAP di Kedah apabila berhadapan dengan isu “panas”.

Oleh itu semua pihak perlu berlapang dada. Usahakanlah agar PAS, PKR dan DAP Selangor dapat terus mantap dan memantapkan pentadbiran kerajaan. Budaya tegur-menegur ini perlu disuburkan, yang perlu ditembak mati adalah budaya ugut-mengugut, kata dua dan politik hasad dengki.

PAS Selangor insyallah akan terus kekal dalam PR dan tiada kata dua oleh sesiapa pun yang dapat memecah-belahkan kepimpinan dan jemaah ini.



KENYATAAN MEDIA
DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR/ PESURUHJAYA PAS SELANGOR

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa selaku ahli EXCO kerajaan negeri Selangor serta Pesuruhjaya PAS Negeri, saya menyokong penuh obejektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Walaubagaimanapun ekoran siasatan awam yang dilakukan baru-baru ini khasnya yang melibatkan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri ternyata SELCAT perlu mengkaji semula prosedur serta teknik penyiasatan yang dilakukan.

Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.

Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan. Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.

Oleh itu dalam hal ini, saya ingin mencadangkan agar segera diadakan petemuan antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO dengan SELCAT bagi membincangkan segala pandangan, hujah dan dakwaan terhadap para pegawai kanan kerajaan negeri yang telah dipanggil SELCAT. Selepas itu perlu disusuli dengan rundingan tiga penjuru antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO serta SELCAT dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terbabit demi menjernihkan suasana.

Sesungguhnya pentadbiran negeri tidak mampu berfungsi dengan baik seandainya tidak wujud suasana harmoni antara ketiga-tiga pihak ini.

Sesuai dengan semangat Hari Raya Idul Fitri saya merasakan sangat molek diadakan satu majlis ramah mesra dalam susana yang informal untuk membolehkan ketiga-tiga pihak ini berinteraksi dan berkomunikasi dalam susana kesetiakawanan dan mahabah.

Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak sekali-kali berniat untuk menjejaskan pentadbiran kerajann negeri, sebaliknya pandangan yang diberikan adalah demi memperbaiki dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri bagi menjamin kerjasama erat diantara penggubal dasar dan pihak yg melaksanakannya. Saya yakin dengan pandangan jujur dan ikhlas yang diberikan ini, insyallah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menjadi bertambah kukuh dan dihormati rakyat.

Sehubungan dengan itu saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mencadangkan agar keanggotaan SELCAT dirombak dan dilantik dari kalangan bekas-bekas hakim, penjawat awam dan individu yang berpengaruh sebagaimana yang dilaporkan. Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.


23 Sept, 2009

14 comments:

penduduk seksyen 11 said...

saya sudah meluat dengan PR.
tidak ada bezanya dgn UMNO dulu.
pantang ditegur..terus nak kena amik tindakan..mana kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan?????
mcm la diorang tu malaikat tak buat silap.
poooorah!!!!

amirul said...

Salam, terima kasih saudara roslan atas penjelasan ini. Mudah-mudahan Allah swt sentiasa memberkati dan memudahkan urusan Parti Islam. insyaallah, hanya yang benar-benar ikhlas sahaja akan terus bersama Parti Islam..

ibnmustaffa said...

nampak seperti kerajaan pr hendak menjadi yseperti kerajaan ubn. Tidak boleh ditegur sapa walau untuk kebaikan.

Bahaya yang amat ini. Perlu ada tindakan membetulkan keadaan.

Anonymous said...

Syabas buat saudara yg menulis...Allah Sentiasa Bersama dgn Mereka yg Ikhlas Berjuang di Jalan Allah....ALLAH sentiasa bersama mereka yg ikhlas berjuang,....... insyaallah PKR dan DAP atau Puak2 JIM, ABIM dan IRC di dlm PAS akan paham kelak ttg Apa itu PAS yg sebenarnya....Insyaallah Moga PAS bersih dr golongan Munafiq dan saya yakin pd Keikhlasan Dr Hasan Ali dlm isu SELCAT ini.....

weber said...

sdra roslan,

saya mengambil kenyataan sdra sebagai bukti yang dr hasan ali tidaklah melulu dalam tindakan beliau. yakni dr hasan ali telahpun membuat beberapa teguran membina di dalam siri perbincangan bersama pemimpin PR yang lain.

kemungkinan suara dr hasan tidak didengari di dalam perbincangan terdahulu yang menyebabkan beliau terpaksa buat statement sebegini.

apa pun,kalau semua jalan demokrasi telah diambil, saya tidak nampak kepincangan perbuatan dr hasan ali.

Anonymous said...

Saya setuju teguran harus diberikan tapi mungkin dengan saluran yang lebih aman... Bagi mereka yang menegur Dr. Hassan Ali juga perlu tidak mengguna media untuk menegur Dr. Hassan Ali. Jangan cakap tidak serupa bikin..

Anonymous said...

Hai baru jadi ahli parlimen dah nak beri kata dua pada orang......belajar-belajarlah hormat orang, jangan kerana gelaran yang berhormat maka orang lain tak dihormati.

-JAWA MERU-

Abu Razeen 2 said...

dalam iklim politik di s'ngor terkini, memang susah cari pemimpin Pas s'ngor ( samada mp atau adun) yg berani pertahan PJ Pas s'ngor........takut di chop anti establishment , anti pakatan dsbnya.

nampak budaya umno yg anggap 'difference in opinion' bererti 'voice of dissent'seolah2 menular di kalangan pr( walau tak semua).


malahan masa PJ Pas berjuang benteras hapus gejala arak di kalangan remaja melayu (Islam) dan tak sentuh pun hak org bukan Islam, blogger yg dok kritik Dr Hasan tak buat kerja sebagai exco agama............membisu shj.

yg paling mendukacitakan ,harakahdaily yg patut buat laporan harian dan terkini, seolah2 takda haluan dan 'stand' dlm isu selcat ini, sedangkan PJ Pas s'ngor di lanyak sebegitu rupa oleh media massa umno.

klu JIM boleh bangkit perbetul mulut celupar jeff ooi bila hina ahli JIM di p.pinang, Pas s'ngor bisu sahaja bila jeff ooi celupar lagi hina PJ Pas ????????

Abu Razeen 2 said...

sila baca juga komen saya dlm blog bongkarsauh.

Anonymous said...

SELCAT ni umpama trial yg di buat oleh Bintang Tiga zaman kominis dulu. Namun begitu, DO2 yang bersekongkol dengan UMNO yang korap tidak boleh di biarkan begitu saja.Mereka ini perlu bertanggongjawab, bukan macam tentera Nazi yang cuba lepaskan diri! PAS walaubagaimanapun mesti sedar bahawa PKR, DAP bukan rakan yang baik, tak gitu?

Othman said...

Assalamualaikum Semua,
Pada pendapat saya budaya tegur-menegur tak salah cuma masalahnya apabila teguran itu dibuat melalui kenyataan media. Ia seperti memberi peluru pada UBN. Kita kan ada Sekretariat PR samada diperingkat Pusat dan Negeri, gunakan saja platfom ini kan senang. Bila kita cakap dengan media terutama media UBN habislah, kritikan yang dibuat secara jujur akan menjadi sebaliknya. Takkan kita masih tak kenal sape tu Utusan, NST, BH, TV1,2,3...

Anonymous said...

Kebanyakan orang politik kena main nada berbeza ikut senario. Contohnya, dalam UMNO kalau nak naik ke puncak pimpinan tertinggi mesti tunjuk betapa ultra-nasionalis. Tapi, bila dah jadi presiden dan PM, mesti kena ultra 1Malaysia pulak. Prinsip ikut keadaan, bukannya prinsip mengubah keadaan.

Green Peace

Anonymous said...

Apa yang Dr Hassan Ali utarakan sememangnya tidak salah. Tetapi platform yang digunakannya itulah yang dipersoalkan.

Selaku EXCO susah benarkah untuk beliau berhubung terus dengan MB atau ahli-ahli SELCAT untuk mengajukan cadangan dan teguran beliau.

Kritikan terbuka seperti ini hanya menunjukkan kerajaan Selangor yang dianggotai PAS PKR dan DAP tidak mempunyai mekanisme kerja yang efisyen. Sehinggakan seorang EXCO terpaksa menggunakan media untuk menegur entiti kerajaan yang dianggotainya sendiri.

Saya harap Dr Hasan Ali hendaklah mengelakkan dirinya didalam posisi ini lagi. Tindakan beliau seolah-olah menunjukkan kerajaan Selangor tidak perihatin terhadap maruah pegawai kerajaan. Hanya Dr Hasan Ali yang perihatin. Ini persepsi. MUngkin niat Dr Hasan Ali adalah tulus ikhlas. Sebagai ahli politik seharusnya beliau sedar dengan peranan persepsi. Apatah lagi meletakkan diri beliau sebagai peluru musuh untuk menembak Pakatan Rakyat?

Off course we have to do the right thing. But it must be done in the right way!

Anonymous said...

Aku teringat dulu2 sekitar awal 90an, dlm mesy ketua2 bah di pej aku yg 99.9% Islam, aku sorang yg bantah nak adakan kareoke di mlm hari keluarga (mlm tu mlm nesfu saaban yu!).

Sekarang pun kat mana2 mesy masih dibincangkan perkara2 yg sia2 spt tu. Di mesy puspanita, hari keluarga dll. Dan klu ada sorang 2yg tak sokong, akan dipandang serong.

Tak de kena mengena dgn tajuk tu..sekadar nak cerita pengalaman..