Wednesday, September 17, 2008

Perkembangan yang semakin mencabar

Najib bertukar portfolio dengan Dollah, pasti berita itu menjadi bahan bualan hangat orang-orang politik. Najib ambil-alih jawatan Menteri Kewangan I manakala Dollah ke Kementerian Pertahanan. Ianya diumumkan sejurus selepas mesyuarat kabinet tadi dan berkuatkuasa serta merta.

Saya melihat perkembangan ini dirangsang oleh perkembangan yang sedang berlaku disekeliling kita. Bagi kedua mereka repositioning ini akan sekurang-kurangnya membawa nafas baru dan mungkin mampu mengukuhkan kembali kedudukan mereka dan survival BN. Bagi yang bukan BN sudah pasti ianya merupakan desperate attempt kedua mereka untuk membaiki labu yang sudah semakin lunyai.

Saya melihat ini merupakan peralihan awal yang menandakan saat Dollah untuk membuka pintu keluarnya semakin hampir. Tekanan dari kabinet mungkin mahukan Dollah melakukan sesuatu bagi menyelamatkan survival BN maka tiada jalan lain melainkan beliau mula mengangkat kaki. Saya menjangkakan jika BN terus kekal berkuasa, Dollah akan ditunjukkan jalan keluar seawal Perhimpunan Umno bulan Disember ini, malah tadi pun Dollah menyatakan bahawa pelan peralihan kuasa antara beliau dengan Najib walaupun kekal 2010 namun boleh berlaku lebih awal.

Mungkinkah Najib tak sempat jadi PM kerana BN akan jatuh lebih awal? Ya kemungkinan itu ada tetapi syaratnya sekurang-kurangnya bilangan yang mencukupi dari kalangan ahli parlimen BN perlu menyeberang keluar dari BN, dan semua sekutu PR bersetuju dengan bentuk yang baru itu. Setakat ini rasanya 2 MP dari SAPP sudah pasti melompat ke PR setelah SAPP memutuskan keluar BN sebentar tadi. Jika angka ini bertambah Najib perlu berpuas hati dengan apa yang ada kerana nanti terpaksa menyerahkan segala-galanya kepada kerajaan baru.

Apapun sementara kemungkinan itu berlaku BN sedang sibuk memperbaiki rumah mereka. Dan Dollah sendiri sudah mula mengeluarkan ancaman apabila menyatakan yang DSAI sudah mula menjadi ancaman kepada ekonomi dan keselamatan Negara.

Itu bagi saya adalah taktik Dollah untuk memastikan yang tiada siapa bakal melompat keluar BN. Jika jatidiri mereka yang mahu keluar kental, tiada apa yang mampu menghalang mereka, jika tidak, laluan keluar semakin sempit.

Najib mungkin sedang bersedia menghadapi perbahasan Bajet 2009 apabila Parlimen bersidang kembali Oktober ini selepas Hari Raya. Beliaulah akan menjadi “frontman” nanti dan jika kekal lulus sepanjang tempoh perbahasan sehingga ke Disember, Najib pasti nanti menuntut kerusi PM dari Dollah dan dengan itu tamatlah era politik Dollah dalam kabinet dan Umno.

Begitulah kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku. Di bulan Ramadhan ini marilah kita berdoa apa pun, semoga Negara kita kekal aman dan bahana ekonomi yang menimpa kita akan segera reda. Semoga apa yang berlaku ini menjadi iktibar bagi kita dalam memacu perjuangan ini seterusnya yang tidak akan berhenti -henti sehingga akhirat nanti insyallah.

9 comments:

Anonymous said...

.... bagaimana dgn situasi PAS skrg? TGHA tak statement ke? di harap saudara dpt memberi ulasan ...memandangkan saudara merupakan su kpd pres.... saban hari kita melihat TG pres seolah-olah diperli...ahli dlm keadaan bercelaru....waAllahua'lam

2kali5 said...

Sebentar tadi Pak Lah telah mengumumkan pertukaran potfolio kementerian iaitu daripada Kementerian Kewangan (Menteri Kewangan I) kepada Kementerian Pertahanan. Manakala timbalan beliau pula(Najib), akan berpindah dari Kememterian Pertahanan ke Kementerian Kewangan (Menteri Kewangan I).

Selain itu Pak Lah juga mengumumkan mereka berdua masih bersetuju dengan Pelan Peralihan Kuasa 2010. Walaubagaimanapun beliau akan bersara lebih awal jika prestasi Najib cukup meyakinkan.

Pertukaran potfolio di dalam suasana politik sekarang, menimbulkan sedikit tandatanya kepada gentleman agreement antara beliau dan Najib.

Walau pun begitu, sebagai rakyat terbanyak kita masih mengharapkan pertukaran (swap) ini adalah untuk kebaikan Rakyat Malaysia. Tanpa sebarang prejudis kita doakan agar Malaysia terus makmur dan bahagia.

Amin...

Unknown said...

Bayangkan Dollah tengah sakit kepala, nafsu Najib membuak-buak. Menahan sakit kepala memang derita mengekang nafsu pun juga derita. Hakikatnya kedua-duanya sedang sakit.

Doktor mujarabnya adalah kedua-duanya undur beri laluan kepada Ku Li dan Muhyidin. Atau bebaskan MP BN untuk beralih sekiranya mereka mahu dan Anwar angkat sumpah sebagai PM baru.

Pak Lah boleh releks dengan pencen dan Najib boleh rehat sambil membeli belah dengan bini.

Dr. Mahathir dah pencen, tok sah dok ganggu apa-apa lagi. Menitilah di hari tua dengan bertaubat dan beribadah adalah lebih baik. Buat apa sebuk dengan dunia yang kita akan tinggalkan.

Anonymous said...

Pada pandangan saya kita harus bersatu menghadapi masalah besar ekonomi dunia. Kalau keadaan politik dalam negara tidak stabil akibat instigasi sesetengah ahli-ahli politik yg rakus dan tidak tahu "tomakninah" dlm memburu hawa-nafsu + cita-cita (meskipun di bulan Ramadhan), tidak timbullah kesatuan yg diperlukan itu.

Titah Raja Dr Nazrin yg terbaru ada kaitan - yakni jgnlah terlampau terbawa-terbawak dgn non-stop political scheming sehingga mengabaikan tanggungjawab kpd rakyat. Drama kelentong 16 September 2008 biarkanlah selesai di situ. Kini ada satu lagi cabaran besar kelembapan ekonomi dunia yg perlu ditangani dgn serius. Dan kesaannya jika tidak dihadapi dgn berhemah akan mengenai semua orang tanpa mengira fahaman atau sentimen politik mahupun warna kulit.

Polisi ekonomi yg baik ialah yg membolehkan ekonomi berkembang cekap dgn pengagihan yg adil. Bukan sekadar cekap dan menang berdebat anytime tapi lepas debat lain pulak kerjanya.

Kestabilan adalah satu pra-syarat penting. Bagaimanakah hendak sama-sama merealisasikan intipati yg didebatkan kalau sepenuh tumpuan diberikan kpd keujudan satu suasana tidak tentu dalam negara serta cerca-nista negara ini di luar negeri?

PM Thailand yg baru pun (yg partinya ada kalimah Rakyat pada nama) reti keperluan akan fokus di atas walaupun dia cuma lulusan undang-undang.

Adalah malang bagi Malaysia kalau seorang pemimpin yg pernah pegang portfolio kewangan negara tidak reti atau buat2 tidak faham perkara ini lantaran terlalu sibuk kehulu ke hilir membawa agenda peribadi kononnnya atas nama rakyat. Bangkang pun jgnlah sampai membawa rebah rakyat jelata dan negara.

Ditakdirkan Allah SWT, hari ini masih ada beberapa orang bekas menteri kewangan dlm negara kita. Kalau tidak percaya, bertanyalah pada mereka.

Anonymous said...

Bro Roslan,
Selamat kembali ke landasan penulisan blog ...

Dah lama bro tak tulis cerita2 sebegini ...

Anonymous said...

from deli,

Saya rasa kerosakakan generasi umat islam skrg perlu diperbetulkan..proses politik telah lama berlalu mengapa kita tidak terus memperjuangkan islam sebagai "ad-din" dimana generasi skrg perlu ditarbiahkan mengikut acuan islam.terapkan nilai2 murni sprt ilmu tasawuf..setakat fardu ain dan kifayah serta muamalat shj tak mampu oleh itu ..jgn dok merapu sokmo ..kita tengok To'Guru kita benda2 yg lara dian tak ulas pun ..hanya yg berpaksikan kebenaran shj dia akan ulas hanya spekulasi politik DAP dan PKR aje yg beria-ia benor. Salam Ramadan

Anonymous said...

...[Islam] Tok2 guru perlu hidupkan kembali zawiyyah2 utk kembali didik akhlak & siasah muslim sebenar. itu aje jalan yg ada. make man before make caliph.

...[Pak Dol] kalu proses undur diri patut kurangkan jawatan bukannya tukar potfolio; lepas tu keluar kenyataan...DSAI sudah mula menjadi ancaman kpd ekonomi dan keselamatan Negara. kedengaran mcm madah berhelah aje!! hehehehe..

...ekonomi global memang belum pulih tapi yg tambahkan lagi risau rakyat ialah tahap pengurusan ekonomi kerajaan bn sendiri; kuasa membeli rakyat sudah menyiput. jgn le ckp lantai jongkang-jongkit kalu dah nyata tak reti menari. skrg pulak tukar penari muda yg dah beruban. apakah dia akan menari atau terkial2 melonjak aje mcm turun naik saham?? waallahualam

Anonymous said...

tan sri muhyiddin..selamat berjuang. kalau boleh cantas najib sekali.
saya tak kata muhyiddin bersih sangat, dah umno tu ada la kot palitan plaitan skandal sedikit sebanyak..tp bila buka internet, tadak pula org mengata muhyiddin...tak macam najib..memacam ada....

jangan anuwar jadi pi em dah ler

ANAK BAPAK said...

tak stabilnya ekonomi malaysia adalah sebab kurang keyakina pelabur terhadap malaysia. mereka tak yakin dengan sisitem perundangan dan keadilan negara..pelabur lari kerana yang memerintah yang masih lagi rakus menggunakan kedudukan yg ada untuk kepentingan perut dan bawah perut mereka..

kalau anonymos di atas bagitau kita lebih baik mengahdapi cabaran ekonomi dunia dengan melupakan soal pilitiking..saya tak setuju..ingat bahawa kehidupan kita dalan negara ini tidak lain adalah ditentukan oleh keputusan2 pilitik termasuklah hal ehwal ekonomi..nak selesaikan masalah senang aje..UMNO/BN mesti berundur dan bagi orang lain memerintah pulak..

saya kira PakLah ambik menteri pertahanan macam nak guna kuasa tentera menyekat kemaraan pakatan rakyat je..???