Wednesday, April 09, 2008

Menunggu-nunggu giliran Khir

Saya melihat dengan wajah selamba bekas MB Selangor Dr Khir Toyo terbit di Buletin Utama TV3 tadi. Kebetulan sekarang ini isu babi sedang hangat di Selangor, maka beliau pun turut tumpang menambah keruhkan lagi suasana. MB kini, Tan Sri Khalid telah menyatakan bahawa apa yang sedang dilakukan adalah meneruskan projek kerajaan terdahulu, manakala Khir pula cuba sedaya upaya bersilat kononnya tidak begitu, kerajaan beliau dahulu tidak pun luluskan, sekadar masih diperingkat kajian.

Apa pun Umno Selangor cuba sedaya upaya menggunakan isu ini, manalah tahu nasib-nasib kerajaan Pakatan Rakyat ini dapat tumbang angkara babi itu.

Apakah dengan mensensasikan isu babi ini maka Khir menyangkakan yang rakyat di Selangor akan melupakan segala-gala yang mendorong mereka menolak Umno/BN sebulan dahulu. Lupakan segala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, kronisma, nepotisma yang subur dizaman Khir? Bolehkah begitu?

Saya turunkan sebahagian dari petikan artikel R. Nadeswaran dalam akhbar The Sun:

At this juncture, Khir must explain how he and the then executive committee members alienated land meant for low-cost housing to the late Datuk Zakaria Mat Deros’ wife at far below market price, to build his 17-room, 21-bathroom palace in Kampung Idaman in Port Klang? For the record, even the premium collected was just 20% of the market price.

If that was not enough, prime land off Old Klang Road was alienated to a company controlled by former assemblyman and Petaling Jaya councillor, Datuk Captain Zahar for just 70 sen a square foot. That parcel of land was meant for a Tamil school and a sub-station for Tenaga Nasional Bhd. How did land meant for public utilities end up in private hands? It is interesting to note that such alienation and the structures on it are going to cost the state government a few million ringgit as compensation and costs to owners of property in Taman Desa Ria. Surely this was not done before your time because documents adduced in the civil suit showed that the minutes of the exco meeting were forged and it’s your signature on those minutes.

It is no use for Mohd Khir to adopt a "holier than thou" attitude" by wanting to declare his assets to the state secretariat. You should have done it while you were in office – not when you’re out of it.

Talking about land, the site where the current Petaling District office sits in Subang Jaya is valued at RM175 per sq ft. The state government concluded a deal two years ago to give up the site in return for new office complex in Sungai Buloh. Was any study done or was there any public consulation done? Zilch! Is it an equitable barter trade which benefits the state? Were any studies carried out? None. Then how come such an agreement was reached? Ever heard of the phrase "you scratch my back, I scratch yours"?

Babi, babi juga tapi segala penyelewengan dan salah laku dizaman Khir tidak akan terhapus dengan kes ladang babi yang sebenarnya pun berpunca dari zaman pentadbirannya. Kes ladang babi ini sebenarnya kini berpecah kepada dua versi, satu versi rasmi kerajaan negeri bersandarkan kenyataan MB Tan Sri Khalid, dan satu lagi versi seorang bekas MB yang baru sahaja hilang kuasa, dan sedang cuba sedaya upaya untuk naik kembali. Rakyat Selangor boleh menimbang untuk percaya dan yakin pada satu antara dua, Tan Sri Khalid atau Khir.

Siang tadi saya diberitahu oleh seorang pegawai kanan sebuah badan berkanun negeri Selangor bahawa majlis jamuan hari raya adili fitri Khir semasa menjadi MB yang dibuat di Komplek Belia Seksyen 7 Shah Alam menelan belanja ratusan ribu ringgit, dan siapakah yang membiayainya, jika tidak badan berkanun berkenaan (bukannya dari poket Khir)! Saya difahamkan isteri beliau juga boleh menelefon untuk mendapatkan bantuan badan berkenaan bagi membiayai konon-konon projek kebajikannya.

Sesungguhnya rekod yang telah ditinggalkan oleh Khir dan anak-anak buahnya dalam kerajaan negeri Selangor terlalu busuk, terlebih busuk dari bau najis babi dari mana-mana ladang pun di Malaysia! Dari Khir dan kroni-kroninya sibuk mengambil kesempatan dari kes ladang babi, yang tak kemana itu, lebih baik beliau menyediakan dirinya untuk menjawab darihal banyak kekurangan dan penyelewengan dizamannya yang pasti tidak terlepas dari pandangan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Bawa dan telanjangkan mereka ini Tan Sri bukan hanya di DUN Selangor malah jika cukup bukti seret sahaja ke mahkamah, biar lepas ini kita sifar dari pembangkang yang kotor di Selangor ini!

14 comments:

Anonymous said...

kalau dah dua2 x ngaku, cancel jer aaa.. apa mau pening kepala. babi betul!

Anonymous said...

bongkarkan segalanya!

Letting the time pass me by said...

Salam...

Rakyat telah pun memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat, jadi elokla PR mula mengotakan janji janji pilihanraya lepas.

Jika terdapat apa-apa isu yang perlu diberbetulkan, maka perlu dibetulkan.. Yang lebih mustahak ialah mengembalikan integriti pentadbiran..

Integriti, keihlasan dan amanah merupakan isu utama sesebuah pentadbiran yang bersih. Bolehkah ianya dilaksanakan? Apabila rakyat memilih PR, maka rakyat ingin melihat kerajaan yang lebih telus dari BN...

Tidak kira samada projek khinzir nie diluluskan oleh BN atau PR, yang penting perlaksanaannya kena mengikut garis panduan serta EIA yang dipersetujui...

Jika benar projek ini menggunakan teknologi canggih dari Jerman dan mampu memperbaiki kualiti alam sekitar, maka sewajarnya PR memastikan projek ini dipantau untuk memastikan ianya memang mesra alam dan tidak membawa kesan negatif kepada masyarakat tempatan.

Tetapi jika setelah dilaksanakan didapati bahawa ianya gagal dilaksanakan dengan baik, maka wajarla ianya dihentikan atau dikaji semula...

Tetapi, yang hampir pasti, projek penternakan ini mungkin tak dapat memberikan insentif ekonomi kepada orang-orang melayu.. Boleh ke org melayu kerja dikandang khinzir?

lan said...

TS MB, segera la mendakwa khir dan geng2 dia supaya TS boleh membuat kerja dgn aman

Anonymous said...

aku dah cakap..khir toyol tu memang cam tuh! Apa lagi selongkar, bongkar dan buat macam-macam laih untuk tergolek dogkan si toyo tuh!

dulu, dia olang hapuskan semua fail kek SUK building tu!

Pegi cari kita hapuskan si keturunan toyo nie...atau gantikan ngan POYO!

nursaiful said...

Bro Lan, imej header tu akan saya gantikan dengan yang baru, tapi blum sempat design lagi...buat masa ini gunakanlah dulu header yang ada.

Insya Allah sedikit masa lagi siaplah. :-D

Anonymous said...

selesaikan segera isu babi ini dgn bijaksana.jangan dipedulikan dgn sentimen2 yg remeh temeh.semua org islam mengharamkan babi.tak payah nak debat panjang lebar.uruskan dgn teratur supaya tidak mendatangkan bahaya bencana serta pencemaran.gunakan peruntukan yg diperolehi menerusi sumber2 haram yg berkaitan.bukan kita tak tau yg kat selangor tu kilang arak pun ada.besar pulak tu.bagi setengah2 org islam sekarang ni hanya nampak babi tu ja haram.judi dan arak selamba ja sapu.tu tak kira rasuah,harta wakaf hatta duit zakat sekali pun disapu jugak.bila timbul isu babi ni masing2 buat dalih.kira plak halal haram.tak usah dibenarkan diternak pasal org islam tak boleh makan sentuh dan sebagainya.babi tu mungkin memberi manafaat bagi pihak lain yang ada hak jugak sebagai pengundi dan warga negara malaysia.jangan lupa yg dalam malaysia ni bukan rakyatnya 100% islam.dalam isu ini tan sri menteri besar selangor tak payah takut.laksanakan aja projek tu.selesaikan cepat2.dah muak dah

AndreIrwan said...

Rakyat Selangor tak kan nak percaya kat Khir Toyol lagi ke? Macamana MB Selangor sekarang 'boleh' luluskan projek yang sudah berjalan sejak beberapa tahun?
Janganlah kita salahkan babi tu. Kan babi tu pun makhluk Allah juga. Dia tak bersalah. Yang salah ialah manusia. Manusia diberi akal untuk mentadbir alam ini. Gunakanlah akal untuk memikirkan satu kaedah yang mana babi boleh dipelihara tanpa menjejaskan alam sekitar dan siratulrahim antara manusia. Tidak ada manusia yang boleh bertolak ansur dengan najis sama ada dia tu Cina, Melayu, India atau lain-lain. Jangan salahkan babi sebab babi tu walaupun ada otak tapi tak tahu fikir. Kalau kita tak tahu fikir juga, maka kita pun macam 'depa'. Renungkan .....

Anonymous said...

skrg saya baru faham berkenaan dengan isu babi ni. nampaknya pihak meno ni mempermainkan kita dengan perkara remeh temeh macam ni untuk jatuhkan kerajaan PR.

Wak Khir ni kata kerajaan dulu dah luluskan, tapi kecil sahaja. Kecil apa kalau RM100 juta tu dulu walaupun dari private fund, tapi diorang yang luluskan dulu dan dah berjalan dah pun. So, beliaulah yang bertanggungjawab sebenarnya dan akhirnya meletakkan beban babi ni ke bahu kerajaan negeri sekarang dan dia cuci tangan. Manyak cantik. sekarang ni aku tunggu kerajaan negeri dedahkan minit mesyuarat yang nyatakan tentang meeting tu, ke dah kena shred dah, tak tau la..

Moga Allah tunjukkan kebenaran pada kita semua.

Anonymous said...

yang heran nye.. apsal la orang Tanjung Sepat tu dah berbelas tahun dudk bawah ketiak BN baru sekarang terpekik telolong buat demo depan SUK.. padahal temapt yg diluluskan kat kuala langat..musykil aku nih...mesti ada org takleh cr makan lg nih dgn ladang babi sbb sumer babi-babi kena kumpul setempat..xleh sepah-sepah dah

Anonymous said...

Babi ni merupakan isu sensitif org melayu.
Sensitif betul kalau berkait dgn babi.
yg menyampah tengok dlm berita semalam, ada ke patut gambar babi tu pi tulis PAS...
dasyat betul UMNO ni...

2kali5 said...

( Sedikit teguran untuk penyokong mahupun bloggger 'sebelah sini' )

Jika kita membaca 'blog sebelah sini' (penyokong Pakatan Rakyat) termasuk ulasan saudara Roslan SMS hari ini berkaitan Khir Toyo, kita akan nampak kesungguhan orang-orang kita untuk mendapatkan kebenaran dan keadilan. Membongkar kezaliman dan penganiyaan dari kerjaaan yang memerintah sebelum ini. Saya akui kita perlu membongkar dan mendedahkan kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan secara ikhlas dan jujur.

Sudah menjadi lumrah manusia, jika berkuasa akan mempertahankan apa juga perbuatan dan tindakan mereka. Walaupun perbuatan mereka amat jelas menyimpang dari amanah yang diberikan. Bila sudah tidak berkuasa (menjadi pembangkang), mulalah mencari salah itu dan ini kerajaan yang sedang memerintah.

Saya tidak mahu mengulas isu khinzir ini sebagaimana saudara Sayuti (MSO) selalu benar mengulas pasal kambing di Kelantan. Sikit-sikit kambing(walau tak banyak pasti ada). Tak percaya cuba baca isu terbaru pasal khinzir dalam blog beliau. Mungkin sebab itu Utusan pun cukup galak dengan 'senyum kambing'nya.

Teguran saya...

Saya rasa ramai yang akan bersetuju dengan saya jika saya katakan - tidak semua yang dilakukan oleh kerajaan BN adalah salah dan tidak semua yang dilakukan oleh PR itu betul. Ada yang salah ada yang betul. Kita manusia tidak akan sunyi dari melakukan kesalahan.

Saudara Roslan SMS (melalui blognya) saya lihat masih terbawa-bawa sikap dan sifat sebagai pembangkang. Apabila kerajaan Pakatan Rakyat sudah berjaya menguasai separuh dari semenanjung, Saudara Roslan (selaku orang kuat media untuk PAS), tidak seharusnya masih bersikap untuk menjadi security di kain orang lain. Pada masa ini Saudara Roslan sudah harus bersedia menjadi security untuk kain PAS sendiri. Jangan nanti orang kata kita ni 'saintis'(kuman seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak).

Kita akui, blog adalah pendapat peribadi dan ianya harus dihormati sebagai perkara perkara yang bersifat peribadi. Blog bukan kenyataan rasmi tetapi atas kapasiti Saudara Roslan, blog saudara sudah dianggap seperti lidah rasmi.

Apa yang ingin saya sampaikan amat mudah. Membongkar penyelewengan kerajaan terdahulu adalah tanggungjawab kerajaan sekarang. Tetapi rakyat ingin melihat sesuatu yang lebih dari sekadar itu. Rakyat ingin melihat dinamika Pakatan Rakyat. Pembaharuan yang akan dilaksanakan. Pendekatan yang proaktif dan kesungguhan Pakatan Rakyat untuk membela nasib rakyat. Jelaskan kepada rakyat apa yang telah, sedang dan akan dilakukan PAS untuk kebajikan rakyat (negara berkebajikan). Buktikan PAS bukan hanya pandai mencari salah orang tapi PAS membetulkan kesalahan dan menunjukkan jalan ke arah benar.

2kali5.blogspot.com

Anonymous said...

mb slangor ptutnyer kene pk betul2...pk la sket hati org yg tggal kat sepang tuh...takkan bn dlu rancang nk wat proj babi, pkr pun nk smbung...ape bezenyer pkr ngan bn kalo smbung projek yg tak baik tuh...kite yg tak tinggal kat sepang bole la ckp sambung jek proj tuh...kalo kite tinggal kat sepang, kita nak sokong ke? fikir-fikirkanlah...

Anonymous said...

Budak UMNO masih tak ubah. Dah kalah tapi mentaliti masih ditakuk lama. Macam isu kandang babi. Kalau sistem itu lebih canggih, tiada pencemaran macam yang ada sekarang, maka , baguslah tu. Kandang yang ada boleh tutup. Tiada lagi najisnya yang masuk sungai.
Pakai hotak lah sikit, brader!