Tuesday, April 15, 2008

Meneroka idea baru pemuafakatan umat Melayu Islam

Satu tajuk berita mukadepan akhbar Utusan Malaysia hari ini menarik perhatian saya, ia berbunyi:

Kepentingan Melayu: PAS, PKR sedia muafakat dengan Umno

Ianya lanjutan dari kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno Norza Zakaria yang menggesa pemimpin-pemimpin UMNO, PAS dan PKR mengadakan permuafakatan bagi membincangkan hala tuju orang Melayu di negara ini tanpa menyeret perbezaan politik diantara mereka.

Dalam laporannya itu Utusan memetik kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub (ahli Parlimen Kubang Kerian) dan Naib Presiden PKR Azmin Ali (ahli Parlimen Gombak/ ADUN Bukit Antarabangsa) yanhg masing-masing bersetuju dan cenderung dengan idea tersebut.

Kata Salahuddin, PAS pasti bersetuju dengan idea itu asal sahaja ia membawa kebaikan untuk orang Melayu dan Islam di negara ini malah PAS sudah lama mempelawa Umno berbuat demikian tetapi tidak pernah dilayan.

Manakala menurut Azmin pula idea permuafakatan itu baik tetapi ia perlu berlandaskan prinsip-prinsip keadilan sesama Melayu dan bukan Melayu. Jangan lagi ada jurang antara Melayu dengan Melayu atau Melayu dengan bukan Melayu.

Kalau benar orang Melayu Islam boleh duduk semejua berbincang berkenaan nasib dan masadepan bangsa dan agamanya, alangkah baiknya. Kita mungkin berbeza dari sudut pandangan dan pendekatan politik, tetapi janganlah kerana perbezaan itu sehingga kita meroboh dan meranapkan peradaban bangsa dan agama kita sendiri.

Dalam isu pengajian sains dan matematik dalam bahasa Melayu di sekolah-sekolah, contohnya, jika ia perlu diubah kembali demi memartabatkan bahasa Melayu dan kebaikan umat, menagapa tidak boleh kita bersatu?

Dalam isu bantuan per kapita kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat, jika kita sama-sama merasakan ia perlu dikembalikan ditambah dengan bantuan lain bagi meningkatkan infrastruktur sekolah-sekolah berkenaan, mengapa kita tidak boleh bersatu?

Dalam menangani isu murtad, isu memeluk Islam, jika kita dapat fikirkan suatu penyelesaian yang baik demi ummah dan martabat agama ini, mengapa tidak kita bersatu?

Sama-sama kita fikirkan baik-buruk umat ini. Berpolitik-politik juga, tetapi kuasa ekonomi dan kebajikan umat jangan digadaikan. Kekuatan aqidah dan hargadiri agama jangan diperjudikan. Biarlah Umno, PAS dan PKR berbeza, tetapi atas dasar umat Melayu Islam ini, kita bersatu dan sama-sama membela.

Ini zaman politik baru untuk Malaysia, inilah ketikanya untuk kita meneroka idea baru demi kebaikan kita bersama, insyallah.

6 comments:

Anonymous said...

yes bersatu,tapi kita yang letak syarat..bukan UMNO..kita yang memimpin bukan lagi dipimpin..
kalau tak, lagi 50 tahun la kita kena tindas..

Harris said...

Ada lagi kah ketuanan Melayu sekarang ?

Saya nak bertanya kepada sdr Norza dari UMNO yang menyeru supaya PKR , PAS bersatu dengan UMNO berkaitan agenda penyatuan ummah dan ketuanan Melayu samada seruan beliau adalah ikhlas atau sekadar retorik setelah UMNO mengalami kemerosotan paling teruk didalam sejarah negara .

Mengapa baru sekarang sdr teringat kepada perpaduan melayu islam ? Mengapa sebelum PEMILU 12 sebulan lalu , isu ini tidak di timbulkan .? Adakah kerana UMNO takut kehilangan kuasanya setelah 50 thn menjadi teraju utama pemerintahan negara ini ?

Kalau negeri-negeri yang kini dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat sudah mula melaksanakan janji-janji pilihanraya mereka tetapi UMNO nampaknya masih didalam kemelut dan percakaran diantara satu sama lain . Apa dah jadi kepada UMNO ?Bukan kah sepatutnya mereka memulakan tugas-tugas untuk memerintah negara setelah kabinet dibentukdan port folio masing-masing telah diberi .

Kalau kepentingan rakyat menjadi agenda UMNO seperti mana yang di katakan didalam kempen-kempen pilihanraya yang baru berlalu ,mengapa kah orang-orang melayu masih di ketepikan ?

Jangan lah hanya pandai menjerit ketuanan melayu sekarang kini terancam tetapi pada hakikatnya orang-orang melayu telah lama hilang ketuanan dan kekuasaan geo politik mereka disebabkan kerakusan dan kepentingan segelintir kecil orang-orang melayu didalam UMNO .

fraser said...

minta pihak tuan check blog Faisal Musa (Faisal Tehrani)...perlukah kita ambil kisah akan kata-katanya?

http://tehranifaisal.blogspot.com

Unknown said...

pada pandangan saya, selagi melayu UMNO berpaut pada bangsa, selagi itu Allah tak redha, kecuali berpaut pada UGAMA ISLAM YANG BERPANDUKAN AL-QURAN DAN HADIS NABI.
lain dari itu jangan harap lebih lagi bila cadangan itu keluar dari pihak yang memang orang dah tahu busuk lagi haprak.
jika boleh bersihkan dulu niat, buat tindakan yang selari dengan Islam maka masa itu bolehlah di fikirkan baik buruknya cadangan tersebut dan diperhalusi dari kacamata Islam.

sekarang, MASIH BOLEH PERCAYA KE CAKAP-CAKAP MELAYU UMNO.....?
atau memang nak perkenakan lagi orang melayu.....? dah memang tahu melayu UMNO memang dah 50 tahun diperlakukan sedemikian, jadi melayu yang lain itu nak perkenakan juga ke....?
pada saya, saya nampak wajah UMNO ni macam wajah ORANG UTAN.
tak ada UMNO kat Malaysia ni rakyat jadi papa kedana kebulur ke....?

dari ANAK ORANG UMNO, PJS.....

Anonymous said...

Jangan lupa 1969 dah! itu pasat lah itu najib punya bapak ajak Al-mahrum Dato Asri join itu kapal layar dulu..lepaih tu dia tendang kita! Harus diingat itu!

Meno sarkis nie jangan buek kawan weiii...nyesal nanti! jangan tertipu dua kali tau!

Perpaduan melayu...ko tengok aje..ada profesor kangkung ismail husin ckp..hanya meno sarkis yang boleh? Pooooorah lah profesor petola., ko tu profesor bahasa dan sastera aje..pegi tulis novel puja ko punya pemimpin lah dol!

Bagi aku perpaduan ISLAM laih baik daripada perpaduan melayu..pasai ia akan terus layu..Lagi satu bile masuk kubur nanti..malaikat tanye ke..ko melayu ke idak? Sendili pikir lah profesor kangkung petola dan petai ismail husin?

Anonymous said...

Permulaan yg baik & muafakat akan memantapkan serta melicinkan perancangan utk masa depan negara krn perjalanan Pakatan Rakyat ini masih lagi jauh. Parti BN sudah tdk lagi relevan krn pemimpin atasannya tlh memiliki kekayaan yg amat luar biasa ketika berkuasa. BN hanya akan pulih sekiranya bertindak membuang pemimpin yg rasuah & salahguna kuasa. Persoalannya, siapakah yg tinggal?? Jawapan yg amat sesuai ialah jadikan shj BN sebagai pembangkang utk mencuci diri.