Sunday, July 02, 2006

NAJIB: Orang tengah apa?

Hanya akhbar THE SUNDAY STAR meletakkannya sebagai tajuk muka hadapan, manakala THE SUNDAY TIMES menempatkannya di muka tiga dan MINGGUAN MALAYSIA di muka empat.

Berita yang saya maksudkan adalah berkenaan ORANG TENGAH yang kononnya akan memainkan peranan untuk mendamaikan antara PM Dollah Badawi dan bekas PM Tun Dr Mahathir yang telah seakan berkerat rotan dan berpatah arang antara satu sama lain.



Dan tokoh yang mahu memungut kredit bagi mengusahakan gerak pendamaian ini adalah Menteri Penerangan Zainuddin Maidin yang sebagaimana dilaporkan oleh BERNAMA telah memohon persetujuan dari Dollah dan dalam akhbar hari ini kononnya telah memperolehi perkenan Tun bagi meresetui ORANG TENGAH ini.

Menurut THE STAR ORANG TENGAH itu adalah Yang Dipertua Negeri Melaka dan bekas Setiausaha Agung Umno, Khalil Yaakob yang merupakan tokoh yang disenangi oleh kedua-dua pihak yang bersengketa walaupun sebelum ini ORANG TENGAH itu dikatakan adalah seorang tokoh korporat Melayu yang terkenal.

Kononnya menurut THE STAR lagi Zam dipetik sebagai berkata bahawa:

The veteran (Khalil) was loved by Dr Mahathir and respected by Abdullah.

Dan tiba-tiba tokoh-tokoh kanan Umno semuanya dilaporkan bersetuju dengan usaha-usaha GENCATAN SENJATA ini.

Naib Presiden Umno, Ali Rustam dipetik sebagai berkata:

Its a good idea to have a peacemaker to mend ties between the two

Lain-lain tokoh yang turut tiba-tiba bersetuju adalah Hishamuddin Tun Hussien, Zahid Hamidi, Mat Taib dan ramai lagi.

Pelik sungguh melihatkan gelagat pimpinan Umno ini, beberapa hari lepas apabila Nazri Aziz mengeluarkan kenyataan agar Tun keluar sahaja dari Umno, mereka ini turut mengambil bahagian menyerang dan mengkritik Tun. Tetapi apabila Zam terbit dengan cadangan ORANG TENGAH ini tiba-tiba terhoyong-hayang pula bagaikan lalang ditiup angin, masing-masing tukar pendirian bersetuju pula.

Saya melihatkan dalam hal ini seluruh rakyat Malaysia yang prihatin sebenarnya termasuklah saya sesungguhnya terpegun melihatkan gelagat lucu pimpinan tertinggi Umno ini yang kebetulan adalah juga pimpinan tertinggi Negara (apalah nasib Negara dipimpin oleh mereka yang seumpama ini).

Manakan tidak, mengapa tiba-tiba sahaja berbangkit isu ORANG TENGAH ini? Kalau kita tidak keliru dan serabut sebagaimana pimpinan tertinggi Umno ini kita akan ingat bahawa Tun sebenarnya sekadar mengkritik dan menegur isu-isu spesifik, yang menurut Tun perlu dijawab oleh PM dan kerajaan.

Memang kritikan Tun itu diselit dengan serangan terhadap kepimpinan yang ada, namun ia semuanya berbangkit dari isu-isu spesifik yang beliau ketengahkan secara terbuka iaitu berkenaan pembatalan pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor, isu AP, isu Proton dan penjualan syarikat MV Augusta.

JAWABLAH kata Tun dalam majlis di Taman Malawati tempoh hari.

Tun suruh jawab, dan rakyat jelata turut mahu dan menunggu-nunggu jawapan itu. Sebagimana dinyatakan oleh Ketua Umno bahagian Chereas baru-baru ini, apa yang susah sangat bagi Dollah dan kerajaan untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Tun itu (melainkan memang mereka tak mampu jawab?).

Soal ORANG TENGAH tidak berbangkit. Dan saya rasakan ini semata-mata helah Zam dan kuncu-kuncunya untuk DIVERT ataupun melarikan perhastian ramai dari isu yang sebenar, dan memang Zam sungguh licik dalam hal seumpama ini sejak beliau di UTUSAN lagi.

Tun telah menyatakan bahawa beliau akan menbongkar perkara ini sampai ke lubang cacing. Ini isu melibatkan maruah Negara, katanya. Oleh itu yang diperlukan dalam hal ini bukannya ORANG TENGAH tetapi JAWAPAN dari Dollah dan kerajaannya.

Sementara itu dalam sibuk-sibuk Zam menonjolkan dirinya sebagai Ketua pasukan pendamai, rupa-rupanya Najib Tun Razak (yang sekarang ini memangku jawatan PM dan Presiden Umno lantaran Dollah dalam percutian) sebentar tadi dipetik oleh RTM dan TV3 sebagai menyatakan bahawa beliau tidak tahu menahu darihal usaha damai dan ORANG TENGAH Zam ini?!

Lagi serabut dan kusut nampaknya.

Bagaimana perkara sepenting dan sebesar ini terlepas dari pengetahuan Timbalan Presiden Umno? Saya tak tahu bagaimana yang lain, tetapi bagi saya melihatkan perkembangan yang kacau-bilau ini, segala yang dinyatakan oleh Tun tempoh hari kelihatan semain benar dan berasas.

Jawaplah Pak Lah jangan tak jawap!

No comments: