Thursday, July 27, 2006

Lemahkah PM Malaysia?

Melihat kenyataan PM dalam akhbar THE STAR hari ini kelihatan beliau bagaikan seorang pemimpin yang tegas dank eras (no-nonsense). Beliau dilaporkan sebagai berkata:

I was angry with Musa. I told him not to build it. I said so many corals are dying and he promised that he would look into the project.

Saya telah memarahi Musa (KM Sabah). Saya beritahu jangan bina (projek berkenaan). Saya beritahu bahawa banyak batu karang matu dan dia maklumkan akan mengkaji projek tersebut.

Isu yang dimaksudkan adalah pembinan KELAB atau CLUBHOUSE yang menelan belanjan RM4.5 juta di Pulau Sipadan, salah sebuah pulau di perairan Sabah yang kaya dengan hidupan laut dan batu serta terumbu karang.

Tetapi laporan seterusnya dalam berita akhbar yang sama jelas membuktikan Dollah sesungguhnya tidaklah sedemikian. Akhbar tersebut menyambung:

Musa ordered construction of the project stopped but later allowed it to continue, provided environment-friendly building materials were used.

Musa telah mengarahkan agar pembinaan projek tersebtu dihentikan tetapi kemudiannya membenarkannya kembali dengan syarat bahan-bahan binaan yang mesra alam digunakan.

Bermakna walaupun PM telah arahkan projek tersebut dihentikan namun KM Sabah teruskan juga dengan beberapa pindaan teknikal. Tidakkah tindakan ini menunjukkan arahan PM itu tidak dipedulikan.

Sebenarnya ini bukan insiden pertama melibatkan arahan ataupun keputusan Dollah yang kemudiannya tidak dipedulikan oleh orang bawahnya. Sebelum ini dalam kes pembinaan Pusat Sukan di London, Dollah telah menyatakan bahawa ianya tidak akan diteruskan, tetapi selang beberapa hari Menteri Sukan dan kemudiannya TPM mengumumkan bahawa projek tersebut akan diteruskan juga.

Dalam hal lanjutan waktu operasi pusat-pusat hiburan dan kelab-kelab malam kita lihat berlaku percanggahan antara Menteri Pelancongan, Menteri Wilayah dan Kementerian Keselamatan dalam Negeri, tetapi Dollah membisu seribu bahasa. Menteri sama menteri dilihat bertelagah secara terbuka dizaman Dollah.

Dan sebelum ini juga kita telah pernah melihat betapa 9 orang Menteri bukan Islam telah menghantar memorandum kepada Dollah selaku PM menyatakan bantahan mereka terhadap insiden yang melibatkan Perkara 121 (1) (A) yang melibatkan kuasa mahkamah syariah dalam Perlembagaan Persekutuan. Tidak pernah sebelum ini mana-mana PM menerima memorandum seumpama ini dari mana-mana menteri sebelumnya kecuali Dollah! Dollah marah namun tiada tindakan ataupun amaran keras diberikan terhadap menteri-menteri tersebut.

Dalam kes AP dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, kita lihat PM seolah tidak berdaya bertindak sedangkan menetri berkenaan telah diserang bukan sekadar di Parlimen malah sehingga semasa Perhimpunan Umno pun teruk diserang walaubagaimanapun menteri berkenaan terus selesa duduk di kerusi empuknya.

Begitu juga dalam kes pencemaran sungai dan tanah runtuh di Selangor. MB Selangor dilihat seolah lebih berkuasa dari PM dalam hal-hal berkenaan sehinggakan PM perlu memasukkan ayat-ayat memerli dan menyerang kerajaan negeri Selangor itu (secara tidak langsung) sehingga menerima tepukkan dan sorakkan dari ahli-ahli dewan semasa membentangkan RMK9 dahulu.

Adakah ini semua merupakan bukti betapa PM Dollah Badawi memang benar-benar lemah sehinggakan sukar mengawal orang-orang bawahannya. Atau memang Dollah jenis pemimpin yang memiliki ELEGANCE SILENCE (meminjam kata-kata Tun Musa Hitam) sepanjang masa, sehingga boleh sahaja ditolak ke tepi oleh kalangan menteri kabinetnya sendiri.

Sukar untuk saya menilai namun itulah hakikatnya. Samada Dollah memperbaiki stail kepimpinannya ataupun Umno segera bertindak mencari pemimpin yang lebih baik sebelum segala-salanya terlewat dan rakyat bertindak menbuat keputusannya sendiri!

No comments: