Thursday, July 20, 2006

Kalimullah dan NST pun terbukti berbohong

Bila mendengar penjelasan PM Dollah Badawi dalam sidang akhbarnya di Putrajaya semalam terus saya terpaku, sah, satu lagi pembohongan terbongkar, samada disedari ataupun tidak.

Kata Dollah sebagaimana dilaporkan oleh UTUSAN dan kebanyakkan akhbar saluran perdana hari ini:

Saya tidak ada apa-apa masalah dengan Tun. Bila jumpa dia, saya salam dengan dia. Kalau sempat bercakap, saya cakaplah dua tiga patah.

Macam pergi Jepun baru-baru ni, saya tahu dia ada di hotel. Saya boleh pilih kalau saya tak mahu pergi pun (berjumpa) tak apa. Tapi saya pilih nak pergi jumpa dia kerana saya kenal baik Tun dan Dr. Siti Hasmah.

Sebab tu saya telefon, tanya Tun ada lagikah dan bila kata ada, saya bagi tahu dalam setengah jam atau 20 minit lagi saya nak jumpa dia. Bukan saya suruh dia datang jumpa, saya pergi jumpa dia, tanya khabar Tun, sebagai silaturahim

Barangkali Dollah mengeluarkan kenyataan ini tanpa berunding dengan Setiausaha Akhbarnya ataupun para penasihatnya termasuk yang dari Oxford kerana ianya jelas bertentangan dengan laporan Kalimullah (Penasihat Sidang Pengarang NST) di dalam NST pada 11 Jun lalu yang melaporkan perjumpaan antara Tun dan beliau di Tokyo itu. Kalimullah menulis:


The Prime Minister was in Japan shortly after the Malaysiakini article appeared and was told that DR MAHATHIR WANTED TO COME AND SEE HIM.

Abdullah, in the midst of breakfast with aides and officials,immediately put on his tie and told the ambassador that he would go and see his ex-boss rather than let Dr Mahathir come down and see him.

PM berada di Jepun ketika artikel Malaysiakini itu terbit dan dimaklumkan bahawa DR MAHATHIR MAHU DATANG BERJUMPA BELIAU.

Abdullah yang ketika itu sedang menghadapi sarapan dengan para pembantu dan pegawainya serta-merta mengenakan tali lehernya dan memaklumkan Duta bahawa dari membiarkan Dr Mahathir turun berjumpa beliau, beliau sendiri akan pergi berjumpa bekas bos nya itu.

Mana satu yang benar ni? Dollah nak jumpa Tun atau Tun nak jumpa Dollah?

Takkanlah Dollah berbohong.

Mana boleh PM berbohong, mungkin yang berbohong adalah Kalimullah dan NST dan akibatnya PM pula dilihat sebagai telah berbohong. Dalam hal ini saya kira kerajaan dan Umno perlu mengambil tindakan ke atas si yang berbuat bohong sebelum beliau terus memburuk imej PM yang telah sedia buruk akibat serangan dan kritikan Tun Dr Mahathir yang bertalu-talu itu

(Jeff Ooi di http://www.jeffooi.com/ turut mengulas isu yang sama)

No comments: