Tuesday, February 07, 2006

Jangan layan tuntutan Singapura

2 syarat Singapura: Beri pasir, ruang udara jika Malaysia mahu jambatan penuh

Demikianlah tajuk mukadepan akhbar UTUSAN hari ini. Bunyinya seolah macam ada elemen ugutan dari Singapura, bermakna jika Malaysia mahukan jambatan penuh maka Singapura perlu diberi habuan iaitu dalam bentuk pasir dan ruang udara.

Tak beri pasir dan ruang udara maka tiadalah jambatan pennuh!

Bagi saya ini bukan kenyataan sebuah Negara jiran yang baik tetapi sebuah ugutan yang biadap dan tidak berdiplomatik.

Memberi pasir kepadanya bermakna Singapura akan dapat menambak dan meluaskan lagi Negara Pulaunya itu. Maka semakin luaslah bumi Singapura.

Memberi ruang udara Johor kepadanya bermakna Singapura akan bebas mengadakan latihan ketenteraan udara di langit Malaysia. Maka terdedahlah kita kepada ancaman dari mereka.



Walaubagaimanapun Menteri Luar Syed Hamid Albar kelihatan bagai meraikan tuntutan Singapura itu. Kata beliau:

Ia (Singapura) tak nak keluar belanja, tapi untuk Malaysia, Singapura bersedia untuk bekerjasama atas dasar semangat kejiranan. Oleh itu, Singapura mahukan sesuatu yang memanfaatkan mereka seperti pasir dan penggunaan ruang udara Malaysia untuk latihan jet pejuang sebagaimana dulu.

Diharapkan kerajaan Malaysia tidak tergopoh-gopoh dalam hal ini. Benar kita perlukan jambatan baru ini bagi menggantikan Tambak Johor yang usang dan menganggu laluan air di Selat Johor itu, namun kita jangan sekali-kali tergamak sehingga menggadaikan pula maruah Negara.

Memberi pasir kepada Singapura bermakna merestui peluasan bumi Singapura dan membuka ruang udara Johor bermakna menghdiahkan Singapura peluang untuk bertindak terhadap bumi kita kiranya berlaku sesuatu konflik yang kita sendiri belum tahu.



Hj Mahfuz Omar, AJK PAS Pusat dan Salahuddin Ayub Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat semasa membuat kenyataan akhbar siang tadi di Taman Melewar menentang sekeras-kerasnya tuntutan Singapura ini. Kata Mahfuz biarlah terganggu sebentar projek ini kerana tidak melayan tuntutan Singapura itu asalkan maruah dan kedaulatan Negara terbela.

Ajaklah Singapura berunding atas dasar persaudaraan dan saling hormat-menghormati (meminta pasir dan ruang udara itu tidak menepati ciri-ciri persuadaraan yang dimaksudkan )Walaubagaimanapun jangan pula jadi bagai Belanda minta tanah, akhirnya tergadai habis kampong halaman. Biar kita sesal dahulu kerana ianya pendapatan jangan kita sesal kemudian kerana nanti sudah tiada gunanya lagi.

No comments: