Thursday, March 28, 2013

Apa bentuk "caretaker government" kita? (28/3/13)


Sebagaimana semua ketahui Dewan Undangan Negeri bagi Negeri Sembilan telah terbubar dengan sendirinya tengah malam tadi. Tiada lagi kerajaan buat Negeri Sembilan disaat ini kecuali “caretaker government” atau “kerajaan sementara atau peralihan”.
Menurut MB Negeri Sembilan dalam kenyataannya semalam, menurut tafsiran kesemua ADUN secara otomatik, terlucut jawatan mereka dan tidak lagi akan menerima elaun. Namun demikian MB dan EXCOnya serta Sepaker akan terus memegang jawatan masing-masing sehinggalah kerajaan baru terbentuk selepas PRU ke 13 nanti.

Ramai pihak sedang berhujah dan berbahas berkenaan peranan “caretaker government” kerana malangnya ia tidak dihuraikan oleh Perlembagaan Persekutuan. Sering kita tahu berkenaan “caretaker government” ini dalam PRU-PRU sebelumnya kerana Dewan-dewan Negeri dan Parlimen sebelum ini dibubarkan dalam tempoh mereka dan tidak seperti NS yang telah tamat tempohnya.
Kerana itu “caretaker government” dalam keadaan kerajaan telah tamat tempoh ini sesuatu yang sangat menarik kerana ia tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia merdeka.

Apa pun yang kita tahu ianya bersifat sementara atau “interim” lantas ia tidak berkuasa penuh sebagaimana kerajaan yang diberi mandat. Tiada dasar baru atau projek dan perbelanjaan baru boleh diluluskan dalam tempoh sementara ini. Sepatutnya begitulah.
Oleh itu sewajarnya sifat “caretaker government” ini diperuntukkan secara jelas dalam perlembagaan, biar tiada lagi debat dan kritikkan selepas ini kerana ia telah termaktub jelas tidak seperti sekarang ini.

Saya kira lebih telus dan adil lagi sepatutnya “caretaker government” ini terdiri dari kalangan kakitangan awam atau mungkin ahli-ahli Dewan Negara (yang tidak tamat tempoh mereka sebagaimana Dewan Rakyat). Yang Dipertuan Agong, Raja-raja Melayu dan Tuan Yang Terutama Negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak bolehlah melantik mereka-mereka ini untuk menerajui “caretaker government”.
Contohnya DUN masing-masing Negeri memang ada melantik 2 senator mewakili negeri masing-masing untuk duduk di Dewan Negara. Mungkin mereka ini boleh dilantik menerajui negeri dengan kakitangan awam kanan negeri-negeri membantu mereka. Sekarang inipun Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri merupakan ahli-ahli EXCO exofficio.

Begitu juga diperingkat Pusat, barangkali Yang Dierptua Dewan Negara dilantik sebagai PM sementara dengan dibantu Timbalan-timbalannya dan KSN serta pegawai-pegawai kanan lain.
Dengan cara ini, PM dan Menteri Kabinet serta MB, Ketua Menteri dan ahli-ahi EXCO serta menteri-menteri negeri di Sabah dan Sarawak tidak lagi duduk dalam kabinet atau EXCO semasa tempuh peralihan. Dengan cara itu tiada lagi unsur penyalah-gunaan kuasa, atau penggunaan jentera kerajaan untuk berkempen kerana sekurang-kurangnay mereka yang mengetaui kerajaan dahulu sudah tidak duduk dalam kerusi mereka lagi.

Isu ini mesti ditagani dengan serius kerana acapkali isu penyalahgunaan kuasa dan penggunaan jentera kerajaan sewaktu berkempen PRU menjadi masalah dan ketidakpuasan kati banyak pihak.
Biarlah Najib Tun Razak, Muhyiddin Yasin, Lim Guan Eng, Khalid Ibarhim, Nik Aziz, Azizan Razak dan lain-lain turun berkempen sebagai pemimpin dan ketua parti masing-masing bukan sebagai PM atau TPM atau Ketua Menteri dan Menteri Besar.

Cadangan yang perlu dipertimbangkan.

Wednesday, March 27, 2013

Tetap kagum dengan mereka seumpama Kit Siang (27/3/13)


Selepas membuat posting “Kagum dengan Kit Siang” yang mana saya mengulas keberanian Kit Siang bertanding di Gelang Patah dalam PRU ke 13 ini satu kawasan baru yang majoriti pengundi Cina nya di bawah 55%, saya tertarik satu artikel dalam Utusan Malaysia online yang mengulas isu yang lebih kurang sama.
Penulis Hassan Mohd Nor menulis: “Kit Siang kerana namanya, jawatan atau roket….” http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130325/re_03/Kit-Siangkerana-namanya-jawatan-atau-roket Menghuraikan panjang lebar perjalanan politik Kit Siang dari 1969, tidak pula mengkritiknya, saya rasa lebih kurang saya juga tampak macam kagum pada pencapaian Kit Siang.

Yang menariknya beliau menulis:
Situasi dalam pakatan pembangkang ini seolah-olah menunjukkan siapa juga calon di pihak sebelah sana sama ada DAP, Pas atau PKR, peluang mereka untuk menang ada walaupun berasal dari negeri lain.

Memang tepat, malah sebelum Kit Siang menyertai DAP dan bertanding dalam PRU 1969 lagi pimpinan PAS dan malah bekas Presiden Umno, Dato Onn Jaafar pun pernah begitu.
Almarhum Dr Burhanuddin al Helmi (anak Perak), Presiden PAS ketika itu bertanding dan menang di parlimen Besut, Terengganu pada PRU pertama 1959, begitu juga Khatijah Sidek (dari Johor) parlimen Dungun, Prof Zulkifli Mohammad (Perak) menang di parlimen Bachok, Kelantan, Tuan Hj Ahmad Abdullah Perai (Pulau Pinang) di parlimen Kota Bharu Hilir (Kelantan). Dao Onn sendiri menang di parlimen Kuala Terengganu.

Realitinya bagi calon-calon bukan BN seakan tidak ada masalah bagi rakyat menerima mereka walaupun bertanding di negeri bukan kelahiran mereka.
Malangnya bagi BN khasnya Umno, perkara seumpama ini sering mencetuskan masalah. Penulis berkenaan sendiri akui:

Keadaan seperti ini jarang berlaku dalam parti komponen BN. Kenapa jika di pihak BN, apabila orang luar atau calon payung terjun diturunkan, macam-macam reaksi diberi, lebih-lebih lagi mereka yang ada di dalam parti. Begitu cepat, mereka terasa dipinggirkan apabila pucuk pimpinan tidak menamakan pemimpin utama dalam bahagian. Apabila mereka sendiri menolak calon yang dinamakan pemimpin, maka apa lagi pengundi-pengundi yang berada di atas pagar dan penyokong-penyokong tegar.
Kerana itulah hujah saya bahawa hanya pemimpin yang seumpama Kit Siang, mampu membuktikan yang mereka adalah pemimpin nasional. Tidak berselindung di sebalik kekuatan parti semata-mata, tetapi pada kewibawaan dan ketokohan peribadi yang secara langsung meneguhkan kedudukan parti di satu-satu tempat.

 

 

Tuesday, March 26, 2013

Syarat baru buat bekas-bekas PM (26/3/13)


Dalam sibuk-sibuk orang ramai menunggu tarikh pembubaran Parlimen dan penetapan hari mengundi, saya berkesempatan duduk minum teh dengan seorang pemuda semalam. Beliau bakal mengundi buat pertama kali PRU ini.
Secara peribadi pemuda ini dilihat lebih cenderung kepada BN namun berminat untuk tahu lebih mendalam berkenaan PR dan perjuangannya. Malah semasa berbual beliau mengakui dirinya sebagai “atas pagar” dalam erti kata lain masih menunggu dan melihat sebelum membuat keputusan mukatamad.

Mungkin ramai yang seperti pemuda ini di luar sana, pemuda atau pemudi yang bakal mengundi buat kali pertama namun masih “atas pagar”. Oleh itu kekuatan jentera pilihanraya sewajarnya dihalakan kepada mereka yang seumpama ini. Yang telah berkali undi, lazimnya telah pun membuat keputusan cuma sekadar menunggu hari mengundi.
Kelompok seumpama pemuda ini saya percaya boleh sahaja “swing” samada kea rah BN mahupun PR. Jika cekap mendekatai dan menangani mereka ini, pasti undi mereka bersama kita.

Tetapi yang lebih menarik bagi saya dalam kes pemuda ini adalah apabila kami berbual berkenaan bekas-bekas PM kita. Yang masih hidup hari ini cuma Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah. Tetapi Mahathir kebelakangan ini kelihatan masih aktif melontarkan pandangannya atau lebih mudah lagi masih aktif berpolitik, berkemungkinan besar kerana mahu melobi anaknya sebagai bakal MB Kedah jika BN menang di sana.
Dollah walaupun seorang ahli parlimen tapi kelihatan lebih “low profile”, dan sememangnya beliau begitu pun semasa PM dahulu.

Kata Pemuda yang saya maksudkan, bekas-bekas PM kita sepatutnya tidak lagi berpolitik. Dan saya setuju bahawa untuk diiktiraf sebagai negarawan, bekas-bekas PM Malaysia, semua mereka sepatutnya memberi tumpuan kepada kerja-kerja amal dan lain aktiviti non politik sahaja. Dengan cara ini mereka akan dihormati dan disanjungi rakyat semua peringkat.
Sepatutnya ada peraturan begitu. Dalam tempoh mahu berpilihanraya ini sepatutnya ada tekanan bahawa di masa hadapan bekas-bekas PM Malaysia khasnya, sepatutnya tidak lagi berpolitik, makan pencen dari rakyat Malaysia sebagai bekas PM buat semua.

Ketika itu barulah pandangan mereka diberi tempat, teguran mereka didengari dan kehadiran mereka diraikan. Bekas-bekas PM adalah berstatus diplomat, memberi nafas kepada erti keamanan dan kemerdekaan. Mereka boleh hadir dalam apa sahaja majlis non politik samada anjuran parti pemerintah yang pro kerajaan Perseketuan atau sebaliknya.
Malaysia sudah lama Merdeka dan kita mahu dilihat standing dengan Negara maju lain. Kerana itu kita perlu buktikan kita juga matang dalam berfikir. Mungkin selepas ini kita syaratkan bekas-bekas PM mungkin termasuk bekas-bekas MB dan Ketua Menteri, perlulah “above politics” lebih kurang macam Raja-raja Melayu. Kiranya mereka terus mahu aktif berpolitik maka status “bekas” itu digugurkan dan begitu juga pencen mereka.

Biarlah rakyat Malaysia punya bekas-bekas pemimpin Negara yang terus menyanyikan lagu-lagu keamanan, perpaduan dan berakhlak mulia serta sentiasa bertaqwa. Barulah boleh dihormati, menjadikan bagaikan padi makin berisi makin tunduk.

Monday, March 25, 2013

Kagum dengan Kit Siang (25/3/13)


Dalam ramai-ramai pemimpin politik yang menonjol hari ini, pasti ada seseorang yang menarik minat anda. Mungkin kerana kehebatannya dari sudut hujah, penampilan, kewibawaan dan apa sahaja, kerana citarasa manusia ini memang berbeza-beza. Ada pemimpin yang saya suka mungkin dibenci oleh orang lain, begitulah lazimnya.
Apa pun dengan perkembangan mutakhir, saya kagum dengan seorang pemimpin yang saya ikuti perkembangannya sejak kecil lagi. Kagum bukan bererti saya taksub padanya, tetapi kagum bermakna tidak ramai atau mungkin tidak ada pemimpin kebelakangan ini dari pengamatan saya yang punya keberanian politik sebagaimana beliau.

Tokoh yang saya  maksudkan adalah Lim Kit Siang, 72 tahun, pemimpin kanan DAP, dan ahli parlimen Ipoh Timur.
Mengapa saya kagum pada beliau?

Kerana Lim berani membuktikan yang beliau pemimpin Malaysia sebenar apabila menggunakan pengaruh politik, disaat sibuk rakyat Malaysia memperkatakan tentang masa depan Putrajaya, membawa dirinya bertanding ke kawasan baru, kawasan BN bagi membuktikan “point” bahawa rakyat sudah sedia untuk berubah.
Pengumuman terbaru beliau akan bertanding di kawasan Parlimen Gelang Patah di Johor, kerusi yang diwakili BN bagi saya menggegarkan banyak pihak termasuk ahli DAP sendiri. Beliau terbit dari zon selesa di Ipoh Timur yang punya hampir 82% pengundi bukan Cina (yang dimenangi pada PRU lalu dengan majoriti 21,942 undi) untuk bertanding di Gelang Patah yang jumlah pengundi Cinanya sekitar 54%.

Inilah pemimpin yang mengambil risiko yang besar sedangkan Gelang Patah bukan tapaknya dan dimenangi calon MCA dari BN pada PRU lalu dengan majority 8,851 undi (satu angka yang selesa dan besar!)
Mengapa saya kagum?

Bagi saya inilah pemimpim yang berbuat apa yang beliau perkatakan. Jika benar partinya punya harapan menggegarkan Putrajaya kerana percaya sentimen rakyat bertiup kearah itu, maka beliau perlu mencetuskan gegarannya sebagai bukti. Jangan berselindung disebalik kekuatan semulajadi tetapi lontarkan diri ke gelanggang sebenar.
Kit Siang boleh pilih kerusi lain yang mungkin lebih selesa, untuk berselindung disebalik majoriti besar pengundi Cina yang tegar condong ke arah PR dan DAP hari ini tetapi beliau memilih untuk berubah. Kalau kita nyanyikan lagu perubahan, kita pun perlu berani memulakan gelora perubahan itu dan inilah apa yang beliau lakukan.

Mengapa saya kagum?
Kerana Kit Siang memang benar-benar berani. Sejarah penglibatan beliau dalam politik adalah rekod bukti beliau. Ketika parti Gerakan kuat bertapak di Pulau Pinang beliau mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu mendiang Tun Dr Lim Chong Eu. Orang yang berani mencabar lawan di gelanggang lawan bukan di kandang sendiri, begitulah Kit Siang. PRU 1990 beliau mencabar Ketua Menteri Pulau Pinag ketika itu di DUN Padang Kota, DUN yang dikuasai Ching Eu sejak tahun 1969.

Keputusannya Kit Siang menang dengan majorit 706 undi!
Rekod beliau sebagai bukti Kit Siang menang semua PRU kecuali sepenggal 1999-2004 apabila beliau tewas. Menjadi ahli parlimen sejak 1969 sehingga kini kecuali tempoh 1999-2004 iaitu di Bandar Melaka (kemudian Kota Melaka), Petaling Jaya, Tanjung dan Ipoh Timur. Pernah juga menjadi ADUN di Melaka dan Pulau Pinang.

Mengapa saya kagum?

Hari ini Kit Siang benar-benar merasakan dirinya sudah bersedia. Menang kalah tidak penting yang penting beliau membuktikan kekuatan politiknya mampu mencetuskan kegundahan dan kebimbangan di hati lawan. Kit Siang mungkin menang dan mungkin juga tewas di Gelang Patah, tetapi yang pentingnya beliau matang dalam politik Malaysia dan beliau beliau berani membuat perubahan.
Anda bagaimana?

 

 

 

Thursday, March 21, 2013

Jangan kalah jadi abu menang jadi arang (21/3/13)


Seluruh rakyat Malaysia masih dalam keadaan tertunggu-tunggu tarikh pembubaran Parlimen. Saya sendiri terpedaya semalam apabila ribut khabar angin mengatakan ia telah dibubarkan. Demikianlah betapa berdebarnya jantung rakyat Malaysia menantikan saat seakan seorang bapa menunggu isterinya dalam bilik bersalin melahirkan anak.
Pengajaran dari pengalaman ini adalah pastikan dimasa akan datang tempuh pembubarannya serta tempuh pilihanraya telah ditetapkan:

Election Day in the United States is the day set by law for the general elections of public officials. It occurs on the Tuesday after the first Monday in November, which is usually also the first Tuesday in November. The earliest possible date is November 2 and the latest possible date is November 8.
Disaat ini masing-masing parti yang bertanding sudah hampir siap sedia dengan senarai calon dan kawasan bertanding.

Cuma satu fakta menarik yang ingin saya kongsi di sini adalah ketika Almarhum YTM Tunku menjadi PM Malaysia, selepas Parlimen dibubarkan Tunku tidak duduk sebagai “cateraker PM”, dan menyerahkan tanggungjawab itu kepada Timbalannya. Beliau turun berkempen seluruh Negara sebagai Presiden Umno tidak sebagai PM. (Bolehkah BN dan PR contohi langkah ini?)
Juga saya pernah hadir suatu forum sekitar tahun 1990 di KL International Hotel dimana bekas SETPOL Tunku pernah memaklumkan pada PRU 1964, PRU pertama bagi Malaysia (sebelumnya Malaya) Tunku sangat bimbang akan kekuatan pembangkang di Sarawak. Dan memang tepat DUN Sarawak didominasi parti yang tidak sehaluan dengan Tunku. Menurut bekas SETPOL beliau itu demi memujuk hati Tunku beliau dan rakan-rakan telah terbang ke Sarawak “membeli” sokongan beberapa ADUN pembangkang dan mengemukakan senarainya kepada Tunku.

Disangkanya Tunku akan melonjak gembira, rupanya sebagai seorang democrat Tunku naik berang dan memberi amaran kepada beliau jangan melakukannya. Terima dan hormati keputusan rakyat, lalu “pembelian” tersebut terbengkalai begitu sahaja.
(Begitu juga ketika PAS kalah dalam PRU Negeri Kelantan 1978 dan di Terengganu dalam PRU 2004, tiada rusuhan, peralihan kuasa berlaku dengan aman dan tenteram. Pimpinan PAS demi menghormati keputusan rakyat melepaskan kuasa dengan tenang.)

Mengapa saya bangkitkan cerita-cerita lama ini? Sekadar mahu mengingatkan kita semua agar kita jadikan pilihanraya kali ini medan demokrasi sebenar. Jangan diganggu rakyat dalam membuat keuputan dan apabila keputsan telah muktamad, terimalah semuanya dengan hati terbuka.
Yang menang perlu akur memikul amanah rakyat dan patuh akan ketentuan Allah swt, yang kalah cuba lagi dan kaji dimana lemah kita masing-masing.

Biarlah “excitement” rakyat menunggu tarikh pilihanraya dan kemudiannya menyertai pilihanraya ini menjadi satu contoh kepada dunia betapa aman dan bebasnya rakyat Malaysia dalam menentukan nasib dan masa depannya.
Jangan kalah jadi abu menang jadi arang.

 

Thursday, March 14, 2013

Kita perlukan lebih ramai "Amir" (14/3/13)


Sayu hati saya apabila membaca artikel ini dalam akhbar The Star hari ini. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/3/14/focus/12802511&sec=focus
Adik Amir, 13 tahun dari SMK Dato Syed Esa Batu Pahat Johor, dilaporkan terlihat semasa berbasikal ke kedai, seorang wanita yang dalam keadaan terlupa telah meletakkan beg tangannya di atas bumbung kereta dan memandu pergi. Beg tersebut jatuh lalu dipungut oleh Amir. Di dalamnya terdapat wang tunai 15,000 dolar Singapura atau RM37,500.

Amir memungut bag tersebut dan memecut basikalnya untuk mengejar kereta wanita berkenaan. Setelah memecut kira-kira 200 meter Amir berjaya merapati kenderaan wanita itu di simpang tiga dan mengembalikan beg itu ke tuannya.
Wanita tersebut menyerahkan RM25 kepada Amir kerana menghargai jasanya. Namun Amir menolak dengan sopan.

Dipenghujung laporan ini disebutkan dari pengakuan Amir bahawa beliau diajar oleh ibunya sejak kecil: “Jangan mengambil barang yang bukan hak kita”.
Dalam dunia hari ini tak ramai seperti Amir. Tak ramai ibu-bapa yang mendidik anak mereka serupa ibu Amir sehingga boleh menolak keinginan apabila terjumpa wang sebesar jumlah itu.

Alangkah aman dan bahagianya dunia ini kiranya ramai seperti Amir dan ramai seperti ibu Amir.
Tak kiralah siapa pun kita, anak-anak kita, saudara dan kawan, pemimpin, orang atas, kalau semua memiliki kualiti sebagaimana Amir, bahagia dunia ini.

 

Tuesday, March 12, 2013

Kisah wira kita yang menyayat hati (12/3/13)


Tragedi di Sabah masih mencatatkan kematian di pihak kita. Terbaru seorang anggota tentera terkorban menjadikan bilangan seramai 9 telah terkorban.
Telah dua hari saya ikuti laporan khas akhbar NST, pengalaman wira kita yang berada dalam tragedi di Kg Simunul yang telah mengorbankan 6 wira kita serta beberapa lain tercedera.

Sayu hati saya membaca pengalaman ngeri mereka, bayangkan jika kita yang berada dalam situasi cemas itu. Ambillah masa untuk membaca dan mengikuti sendiri pengalaman sebenar wira-wira kita itu. Betapa dengan ganas dan tidak berperikemanusiaan mereka diperlakukan termasuklah mayat-mayat yang terkorban.
"Then there was a lull in the fighting. I looked back and this was when I saw the terrorists striking my brothers with their barong (a knife resembling a cleaver used in the Philippines) repeatedly.They were already badly wounded. I did not hear any sound coming from them as they were being hacked," the officer, not more than 30, said.

(Kemudian tembak menembak berhenti tiba-tiba. Saya toleh ke belakang dan ketika itulah saya ternampak para pengganas menetak saudara saya dengan “barong” (sejenis parang yang berasal dari Filipina) berulang-kali. Mereka ketika itu sudah luka parah. Saya tidak mendengar sebarang suara dari merejka ketika mereka ditetatk,” kata pegawai yang berusia tak sampai 30 tahun itu.)
Ya Allah betapa kejamnya mereka. Dan bayangkan betapa kacaunya jiwa mereka yang melihat peristiwa ngeri dan menyayat hati itu dengan mata kepala mereka sendiri.

Tataplah maklumat yang tepat dan benar ini dan jadikanlah ia iktibar.
Anda boleh ikuti laporannya di http://www.nst.com.my/nation/general/font-color-red-exclusive-from-lahad-datu-font-my-comrades-were-slaughtered-1.233122

Semoga keamanan segera kembali di tanahair kita. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang terkorban dan mententeramkan jiwa anggota keluarga mereka.

Sunday, March 10, 2013

Musuh negara buat fitnah (10/3/13)


Sebuah portal berita tempatan memetik sumber dari Filipina yang kononnya pihak keselamatan kita bertindak kejam terhadap pendatang Suluk di Sabah. Dari Zamboanga City, sumber Filipina, The Inquirer memetik seorang pendatang Suluk:
“They dragged all the men outside the houses, kicked and hit them,” 32-year-old Amira Taradji said on Friday as she recounted her family’s ordeal in Sandakan, which started when Malaysian security forces launched a crackdown on suspected supporters of Sulu Sultan Jamalul Kiram III in Sabah.

 Taradji said Malaysian policemen ordered Filipino men to run as fast as they could and shot them.
 Among those killed on Monday night during the police sweep of a Filipino community in Sandakan was her brother, Jumadil, she said.

Sementara itu adik perempuan Sultan Sulu, Jamilulu Kiram bernama Jacel Kiram pula berkata:
“[The Malaysians] claim they are enforcing maximum tolerance, but there’s no truth to that. Instead, maximum violence is what’s happening. Even women, pregnant women, and children are being fired upon by Malaysian forces,”

Ternyata pihak “musuh” akan berkata apa sahaja demi menagih simpati khasnya dari dunia antarabangsa. Malangnya tak sehabuk bukti pun dikemukakan oleh mereka. Di Lahad Datu, Semporna, pemberita termasuk dari media antarabangsa sentiasa membuat liputan, jika benar seorang awam “bukan pengganas” walaupun warga asing ditembak kering begitu sahaja pasti akan mendapat liputan media. Tambah (sebagaimana didakwa anak raja “pengganas” itu) perempuan, wanita mengandung dan kanak-kanak pun ditembak.
Yang pastinya kita tahu kejam adalah “pengganas” Suluk. Betapa anggota keselamatan kita ditembak mati dan ada antara mayat wira kita diperlakukan dengan penuh kejam sehingga ada yang dipotong-potong dan biji matanya dikorek buang sebagaimana dilapor oleh akhbar The Star Jumaat lepas.

Yang anehnya mengapa perlu portal berita kita memberi ruang untuk fitnah dan berita palsu seumpama ini. Bolehlah kalau mahu petik tetapi siarkan juga penafian agar tampak jelas fitnah mereka. Kecuali jika kita pun mahu jadi ejen pemfitnah.

 

 

PRU dah tak perlu spekulasi lagi (10/3/13)


Berlalu sudah tangganl 8 Mac, dimana 5 tahun lalu 8 Mac 2008 rakyat Malaysia telah keluar mengundi. Ini bermakna pada tanggal 28 April, tarikh pertama Parlimen ke 12 bersidang, samada ada pengumuman atau tidak Dewan Rakyat dengan sendirinya akan terbubar. Adalah dipercayai tarikh pilihanraya umum ke 13 nanti sekitar tarikh berkenaan kerana DUN yang pertama bersidang selepas PRU ke 12 lalu iaitu Johor akan terbubar pada 21 Mac 2013.
Oleh itu peringkat ini tak payah main silap mata lagi, bubar tetap bubar Cuma tarikh hari penamaan calon dan hari mengundinya sahaja terletak pada budi bicara SPR berdasarkan peraturan yang sedia ada dan terpakai.

Apa pun diperingkat ini adalah perkemaskinikan jentera masing-masing dan pastinya semua dalam “working condition”. Senarai calon patut telah dibereskan, jentera parti sudah boleh diberi gambaran akan nama-nama clon supaya mudah mereka menjalankan kerja-kerja menjualnya nanti.
Kebimbangan parti-parti politik diperingkat ini sudah tentulah sindrom “cah keting” satu sindrom politik yang boleh berjangkit dan menyerang mana-mana parti politik pun. Kalau sindrom ini ada jentera diperingkat akar umbi akan bercelaru. Yang tak tersenari akan “sabotage” calon yang dipilih parti, akibatnya peluang parti berkenaan akan terumbang-ambing, kalah dalam tangan.

Pernah juga berlaku sindrom ini sesama gabungan atau kumpulan parti kerabat. Satu parti tidak puas hati sepatutunya ia yang bertanding sebaliknya kerusi diberikan kepada parti lain maka yang tak dapat, tak senang duduk kadang sampai bertanding calon bebas. PR dan BN masing-masing pernah merasa sindrom ini.
Bagi rakyat di luar sana sudah pastilah dalam PRU ke 13 ini mereka mahu lihat sesuatu yang lebih meyakinkan. Kalau pilihan calon-calon, sudah pastilah mereka mahukan calon yang paling baik. Kelayakannya baik, perwatakannya baik, kadang rupa dan gaya calon pun jadi faktor.

Rakyat jadi penentu, bukan ketua parti, bukan parti tetapi rakyat kebanyakkan di luar sana.
Saya yakin setelah masuk kali ke 13 kita rakyat Malaysia keluar mengundi mempertahankan institusi demokrasi kita dan kedaulatan Negara, semuanya telah matang dan masak. Semoga pilihanraya kita kali ini berjalan dengan aman dan tenang. Yang mana ditakdirkan Allah swt menang, maka pikullah amanah keemenangan itu dengan sehabis baik, tunduk dan patuh pada Allah swt sentiasa. Yang ditakdirkan kalah, terimalah kekalahan itu dengan tenang, cuba lagi PRU yang mendatang.

 

Wednesday, March 06, 2013

Lahad Datu: Jangan lekas jatuh hukum (6/3/13)


Seluruh rakyat Malaysia saya percaya sedang menunggu dengan memberi perhatian penuh kepada perkembangan di Lahad Datu. Pastinya berbagai anggapan timbul dan membuak di dalam hati tetapi yang pentingnya diperingkat ini kita perlu beri perhatian dengan meletakkan kepentingan dan kedaulatan Negara diperingkat teratas.
Jangan lagi prejudis dan celupar dengan pelbagai spekulasi sedang kita sendiri tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di “ground zero”. Berilah keyakinan kepada pasukan keselamatan kita. Biarlah pengganas Suluk dari luar tempat kejadian khasnya Sultan Kiram dan kerabatnya keluar dengan kenyataan mereka, kita berlapang dadalah dahulu.

Saya terbaca komen seorang pengunjung di sebuah portal berita menyebut:
Wow..how come an airstrike with bomb pounding on them can't manage to kill at least 5 - 10 gunmen instead only 1 was killed?? Every time a bomb was released from the plane it cost $100,000 plus and it not a small amount of money and it tax payer money. So is the bomb faulty or the pilot missed their target or the onboard equipment faulty?? Malaysia spend billion of USD to buy sophisticated weapon and train the personnel and this is the result. Malaysia boleh!!

Ini masalah keselamatan dan pertahanan Negara yang melibatkan nasib dan masa depan kita khasnya rakyat di Sabah. Tidak bolehkah kita buat seketika berikan keyakinan kepada pihak yang bertanggungjawab. Bagaimana kita boleh tergamak menghamburkan maki dan kata nista sedang kenyataan akhir secara rasmi belum dikeluarkan.
Ingat ketika Amerika Syarikat menjejaki Osama ben Ladin di pergunungan Tora Bora, ratusan bom dan peluru digugurkan dengan kecekapan ketenteraan dunia berpusat di sana, namun Osama lolos jua. Tetapi tidak pula rakyat Amerika mengutuk dan mengata nista tentera mereka sebaliknya terus berdiri teguh dan memberikan sokongan.

Kita di sini, baru sehari pihak keselamatan kita berjuang “all out” terus kita perlekehkan begitu sahaja.
Saya yakin semua yang terlibat bersungguh-sungguh mahu mengakhiri episode hitam ini, darah wira kita yang gugur tempuh hari perlu dibela, kedaulatan Negara dipertahankan. Tidak ada seorang pun mahu pengganas Suluk ini bebas lolos, berilah keyakinan kepada yang bertanggungjawab selain berdoa kehadrat Allah swt. Sabar.

Tuesday, March 05, 2013

Aquino kutuk pengganas Suluk (5/3/13)


Setakat ini pihak keselamatan masih dalam proses “mopping up” di Lahad Datu. Kemungkinan besar seluruh angkatan pengganas di sana telah dipatah dan dimusnahkan. Dalam pada itu menurut laporan berlaku tunjuk perasaan di luar Kedutaan Besar Malaysia di Manila. Semoga semua kakitangan kita selamat.
Sementara itu saya terbaca laporan berikut dari Manila Bulletin yang memetik kenyataan Presiden Republik Filipina, Beningno S Aquino III:

Aquino bersama 6 orang Gabenor Mindanao menyelar tindakan
pengganas Suluk di Lahad Datu
“When you have an armed group that goes into an area administered by a different nation, can that not be considered an act of war by some of our citizens? And the Revised Penal Code has a specific law that penalizes people who incite others to war amongst other things,”
(Apabila terdapat kehadiran gerombolan bersenjata yang memasuki kawasan pentadbiran kita dari Negara lain, tidakkah itu dianggap suatu tindakan melancarkan peperangan oleh kalangan rakyat kita? Dan Kanun Siksaan yang telah dipinda melarang secara jelas mereka yang menghasut peperangan, antara lain.)

Ternyata tindakan pengganas Suluk ini bukan hanya dikutuk rakyat Malaysia malah tidak mendapat sebarang bentuk sokongan langsung dari Negara mereka sendiri.
Sekali lagi Predien Aquno membuktikan beliau lebih menghargai hubungan baik antara kedua-dua Negara Malaysia dan Filipina berbanding melindungi atau mempertahankan satu dua kerat warganya yang bertindak ganas semupama pengikut Sultan Kiram ini.

Malaysia bermusuh dengan “pengganas Suluk” ini kerana mereka melancarkan perang di atas bumi kita. Namun demikian bangsa Sulu dan Moro yang merupakan saudara kita tetap dihormati sebagai kawan lebih-lebih lagi rakyat Filipina yang selama ini telah berjiran dengan kita dalam keadaan aman dan tenteram.

Serangan ke atas musuh negara bermula (5/3/13)


Kesabaran sudah tiada, pintu rundingan tertutup. Terkini jam 7 pagi tadi serangan ke atas sasaran pengganas Suluk pengikut Sultan Kiram telah dilancarkan oleh pasukan keselamatan kita.
BREAKING NEWS: Dawn attacks to flush out the remaining group of armed Sulu gunmen is on. Early Tuesday morning, fighter jets began screaming low over the armed group cornered at the Tanduo village since Feb 9. Continuous explosions are being heard as the police and army move in against the gunmen who are reportedly firing back.

Jet pejuang TUDM memulakan serangan di Lahad Datu
 awal pagi tadi
Diharapkan kesemua mereka dapat samada diberkas atau dihapuskan. Dan didoakan semoga tiada kecederaan atau malpetaka menimpa para wira kita yang berada di “ground zero” itu.
Semoga insiden hitam ini segera berakhir dan keamanan dapat dikembalikan ke Sabah. Saudara-saudara kita penduduk Sabah malah kita yang berada di seluruh pelusuk tanahair Malaysia berada dalam kebimbangan, berakhirlah segera peristiwa hitam ini.

Terima kasih pasukan keselamatan Polis dan Tentera, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang terkorban dan yang cedera segera sembuh untuk kembali ke pangkuan yang tercinta.

Monday, March 04, 2013

No thank you Mr Misuari (4/2/13)


Konflik di Sabah masih belum reda tiba-tiba kita terdengar kenyataan dari bekas Pengerusi MNLF (Moro National Liberation Front) Nur Misuari bahawa beliau bersedia menjadi orang tengah dalam menyelesaikan ketegangan ini.
Cuma yang kita tidak senangi, adalah apabila kenyataan itu turut diselitkan dengan beberapa elemen ugutan. Beliau dilaporkan oleh sebuah portal berita sebagai meminta agar PM Malaysia:

“…please tone down his voice”
Kata beliau lagi:

“The blood of our brothers in Sabah is sacred. I hope Najib will not persecute our civilians in Sabah as it will trigger bigger trouble and it will drag us into war, and I don’t like that.”
Beliau merujuk kepada kononnya tindakan yang dikenakan oleh kerajaan terhadap warga Filipina di Sabah ekoran ketegangan di sana.

Misuari ini asalnya adalah pejuang bangsa Moro sewaktu zaman Marcos. Apabila Marcos tumbang beliau menerima perjanjian damai di zaman Presiden Fidel Ramos dan terus dilantik sebagai Gabenor Wilayah Autonomi Mindanao, dengan kuasa dan kedudukan. Apabila Aroyo mejadi Presiden ditahun 2001 beliau dipecat dari jawatannya dan pada tahun 2007 beliau didakwa di mahkamah atas tuduhan mengganas. Pada tahun 2008 kedudukan beliau sebagai Pengerusi MNLF diganti oleh Datuk Bandar Cotabato Muslimin Sema.
Misuari jangan mengugut rakyat Malaysia! Bumi berdaulat kami diceroboh oleh pengikut Sultan Sulu dengan tujuan mahu mengisytiharkannya sebagai sebahagian bumi Sulu. Mana mungkin kami serahkan walau seinci bumi berdaulat kami. Jangan ancam kami dengan peperangan!

Sekarang mereka bukan sekadar menceroboh malah telah membunuh dan mencederakan wira-wira kami yang bertanggungjawab menjaga keselamatan kami. Keselamatan rakyat Sabah, warga Malaysia kini terancam.
Kalau Misuari benar menghargai darah pengganas Suluk itu, arah sahaja mereka menyerah diri tanpa untuk menghadapi proses kehakiman kami.

Sekarang bukan masa untuk berunding atau bertolak ansur. Tempoh itu telah luput apbila mereka melepaskan tembakan terhadap wira-wira kami. 7 orang wira Negara gugur angkara tindakan biadap mereka. Serah diri atau terima padahnya.
No thank you Mister Misuari we don’t need your assistance or help.

NGO Islam bangkitlah buat tuntutan (4/3/13)


Diketika parti-parti politik sibuk dengan pelancaran manifesto masing-masing, dan rakyat tidak sabar-sabar menghadapi Pilihanraya Umum ke 13, dalam dunia demokrasi sebenarnya inilah masanya kumpulan pendesak khasnya NGO membuat tuntutan melalui parti-parti politik siapakah yang sanggup dan berani menjuarai isu dan perjuangan mereka.
Dalam PRU-PRU yang lalu yang sering terkehadapan dalam desakan seumpama ini adalah MTUC dan beberapa NGO pengguna.

Mereka akan mengemukakan tuntutan yang diselitkan bersamanya ikrar untuk menyokong mana-mana parti kiranya menerima dan mengangkat tuntutan mereka itu. Ini sebahagian dari amalan demokrasi.
Lantas saya merasakan inilah juga masanya bagi badan-badan NGO Islam, Jawatankuasa-jawatankuasa masjid dan surau-surau, PIBG sekolah-sekolah khasnya sekolah agama dan pondok, bangkit mendengarkan suara mereka. Yang akan bertanding PRU ke 13 nanti jika menang dan membentuk majoriti akan menjadi kerajaan. Inilah masanya untuk mengikat mereka agar membawa agenda dan perjuangan Islam setakat mana yang dalam kemampuan.

Saya tahu NGO Kristian khasnya begitu aktif menyokong dan membantu calon-calon tertentu yang sudah pastinya mensyaratkan agar calon berkenaan membantu mereka jika diberikan mandate oleh rakyat.
Ini suatu amalan yang dibenarkan, oleh itu mengapa kita tidak mengambil kesempatan. Jangan sekadar berpeluk tubuh dan serah pada takdir.

Sati isu masyarakat yang sering menghantui kita adalah isu rumah urut selain perniagaan arak dan judi. Benar bukan itu sahaja yang diperjuang Islam tetapi bagi saya inilah antara maksiat yang dapat dibendung kerana kuasanya terletak pada PBT dan negeri. Dan siapalah lagi yang sepatutnya peka dan kehadapan dalam isu seumpama ini jika tidak kita masyarakat Islam.
Sewajarnya inilah masanya kita mengemukakan tuntutan bahawa sokongan akan diberikan kepada mana-mana parti atau calon yang sanggup memperjuangkan agenda ini jika diberi mandat. Ini lebih-lebih lagi bagi kawasan-kawasan yang majoriti pengundinya terdiri dari orang Islam.

Calon-calon parlimen atau DUN mesti berikrar jika menang akan memastikan antara perkara pertama yang akan mereka lakukan adalah mengemukakan tuntutan kepada PBT dalam kawasan mereka agar (contohnya):

1. mengharamkan rumah urut di kawasan majoriti Islam kecuali yang berkaitan dengan kesihatan contohnya rawatan selepas bersalin dan seumpamanya, selain itu dikawasan yang lain orang Islam diharamkan mengunjunginya dan diharamkan rumah-rumah urut ini mengambil pekerja Islam
2. arak atau sebarang minuman beralkohol diharamkan dijual dikedai-kedai, pasaraya, stesyen minyak, hotel di kawasan majoriti Islam. Jika pusat hiburan di kawasan lain (bukan Islam) mahu menjualnya bagi orang Islam diharamkan mengunjungi premis ini dan diharamkan mengambil pekerja Islam

3. PBT hanya memberikan lesen premis judi di kawasan padat bukan Islam, tidak lagi dibenarkan dibuka dikawasan majoriti Islam

Mungkin ada tuntutan lain tetapi bagi saya masyarakat Islam perlu bangkit membuat desakan secara demopkratik dalam hal ini. Jangan lagi seperti yang lepas-lepas kita menyalahkan kerajaan ini dan kerajaan itu, parti ini dan parti itu. Kita rakyat punya kuasa dan kita yang mewakili kelompok dalam masyarakat punya hak bersuara dan membuat tuntutan.
Bangkitlah saudara-saudara Nazir-nazir masjid, setiausaha masjid dan surau, Pengerusi PIBG, Yang Dipertua NGO Islam, ahli-ahli kariah, bangkit dan kemukakan tuntutan ini pada calon-calon yang bakal bertanding nanti. Sekurang-kurangnya kita telah bekerja, jangan nanti kita melopong lepas PRU apabila isu-isu ini terus bermaharajalela.

 

 

Sunday, March 03, 2013

Insiden Sabah: orang politik berhati2 (3/3/13)


Saya begitu tersentuh membaca posting berikut dalam facebook yang dikirim oleh kawan baik saya dari Sabah:
sandiwara kerajaan atau bukan,yg nyata my brother dr VAT 69 sedang berjuang demi mempertahankan tanah air kita.i pray n hope u can come back to us alive.i want the whole world know the face of my brother.rupa insan yg bertarung nyawa demi negara.jangan dulu hina pasukan keselamatan kita.pray for them..khas utk Janarih Matusin,VAT 69 (2 dari kanan).

Saya baca lebih 137 komen yang diterima serta maklum akan 535 likes.
Antara mesej yang boleh saya muatkan di sini:

Bryan Hertt God blss all Our warrior.. Ur are not alone someone is behind u...Yesterday at 3:45pm via mobile · Like · 2..
Wester Boy D Harap smuanya slmt Yesterday at 4:08pm via mobile · Like · 1..

Lee Jimmy Nam Sing May god be with those who risk they life to protect our homeland.Yesterday at 4:14pm via mobile · Like · 3..
James Jim semoga anda d lindungi oleh yg maha kuasa...amen..Yesterday at 4:30pm · Like · 2..

Adriel Sev Semoga janarih matusin dan semua yg terlibat dalam menjaga keselamatan negara khususnya yg sedang menjalankan tugas murni mereka d lahad datu dilindungi tuhan yg maha kuasa...amen.Yesterday at 4:40pm · Like · 5..
Sharon Dale tahniah kenedy kerana mempunyai seorang wira dlm kluarga..semoga mereka selamat kembali...23 hours ago · Like · 2..

Petra Refflesia Duraman ORANG SABAH BAH.... DORANG TAU JUGA TU.... TUHAN BERSAMA KALIAN DEMI NEGARA........22 hours ago · Like · 2..
Jim Jemok tahniah atas pengorbanan saudara kami ini..siapa pun kita, kita sama2 doakan keselamatan dan kejayaan mereka.21 hours ago · Like · 2..

Rio Riera tu dia org kita...salute...21 hours ago · Like · 1..
Pendita Sepi Tahniah kenedy Ada jg wira dlm keluarga mu..,bt janarih..,slmt berjuang..,dia kami sentiasa bersama kalian..,slmt berjuang Dan selamat kembali....,ingat sumpah 10 jari perajurit yg kita pegang 20 hours ago · Like · 2..

Mohd Nor Wahab Ujang teruskan perjuangan,,,kami salute anda,,,,,,20 hours ago · Like · 2..
Najmi Oxff harap pulang dgn selamat.. hapuskan pencacai tu semua jgn bagi tinggal sorang pun 20 hours ago · Like · 1..

Loli Ptr god bless u dear friend....20 hours ago · Like · 1..
Pearl Green God bless semoga tuhan menyebelahi kamu demi keamanan .......19 hours ago via mobile · Like · 1..

Tinah Bulun walaupn prbezaan agama dan bangsa...doa kmi sentiasa mgiringi wira2 yg sdg bjuang brgadai nyawa tuk ksejthran negeri kita...
Politik-politik juga tetapi dalam insiden ini diharap orang-orang politik berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan. Sekarang ini demi keselematan tanahair kita semua seharusnya bersatu dan memberikan sokongan dan doa kepada pasukan keselamatan kita. Semua mereka di sana demi keselamatan kita semua.

Walaupun dalam PRU ke 13 ini saya mahu lihat PR menang tetapi dalam kes ini saya harap YB yang terlibat mengeluarkan kenyataan “sandiwara” itu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf. Berdasarkan posting di atas ternyata rakyat Sabah tidak senang dengan kenyataan anda itu.

Ya Allah selamatkanlah saudara kami di Sabah (3/3/13)


Berita buruk terus kita terima dari Sabah. Sedang insiden di Kg Tanduo, Lahad Datu belum reda kini kita dimaklumkan pula tentang ketegangan di Kg Simunul, Semporna kira-kira 150km dari Lahad Datu. Ketua Polis Negara mengesahkan seramai 5 anggota polis telah terkorban dalam kejadian tembak-menembak malam tadi.
Adalah difahamkam salah seorang anggota polis yang terbunuh dalam kejadian di Semporna itu merupakan seorang pegawai kanan polis.

Apa dah jadi? Ternyata insiden melibatkan puak Sulu ini semaikn merebak.
Sabah dari segi geografinya memiliki keluasan pantai yang luas. Bersempadan dengan Brunie, Filipina dan Kalimantan Indonesia Sabah memiliki keluasan sempadan laut seluas 454360km persegi. Satu angka yang sangat luas dan yang membimbangkan adalah ia terdedah dengan wilayah konflik di Selatan Filipina dengan pulau Filipina yang terdekat sekadar beberapa minit sahaja perjalanan melalui bot.

Kebanjiran masuk pelarian Filipina ke Sabah masuk berdekad-dekad lamanya sejak tercetus konflik antara Tentera Filipina dan pejuang Moro dari Mindanao. Dan kini kita terdedah pula dengan para pejuang Sulu yang mahu menuntut bumi Sabah sebagai wilayah mereka.Sesungguhnya tuntutan ini sudah lama tetapi insiden di Kg Tanduo Lahad Datu membukitkan puak Sulu sanggup menggunakan senjata membuat tuntutan, satu tindakan melampau yang tidak boleh diterima dan dilayan oleh Negara kita yang berdaulat.
Sudahlah kita menerima mereka atas dasar peri kemanusiaan apabila mereka diserang oleh Tentera Filipina satu ketika dahulu, kini mereka khasnya puak Suluk mengambil kesempatan menikam kita dari belakang.

Sudah tiba masanya keutamaan pertahanan dan keselamatan di bumi Sabah disemak semula. Kekuatan tentera dan polis khasnya diperairan Sabah perlu dipertingkatkan jika perlu lebih berganda-ganda dari yang sedia ada. Jangan ada satu inci bumi Sabah mudah dijijak begitu sahaja secara haram tanpa dikawal dan dikesan pihak berkuasa kita.
Kalau perlu kita alihkan kekuatan dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak yang tiada konflik, kita alihkan segera ke Sabah. Jika perlu kita wjudkan kekuatan baru, kita wujudkan demi kedaulatan bumi Malaysia kita dan keselamatan saudara kita penduduk di Sabah.

Kerahkanlah kekuatan tentera dan polis di Semenanjung dan Sarawak segera ke Sabah, kita tidak rela melihat nyawa rakyat kita terkorban. Dalam satu dua minggu ini sahaja sudah 7 anggota keselamatan rakyat Malaysia terkorban angkara ganas puak Suluk, jangan biarkan darah warga kita tertumpah lagi.
Insiden sudah ditahap serius, tangani segera, hilangkan kebimbangan rakyat, kembalikan keyakinan dan kemanan. Ya Allah selamatkan saudara-saudara kami di Sabah, selamatkan bumi Malaysia.

Saturday, March 02, 2013

Perketatkan kawalan sempadan kita (2/3/13)


Rakan saya seorang Kadazan dari Kota Kinabalu mengirimkan mesej berikut melalui handphone saya:
At this time sabahans really hate how govt handle this case

Beliau menyuarakan kebimbangan rakyat Sabah terhadap insiden di Lahad Datu. Kebimbangan itu sudah pastilah disebabkan kegagalan pasukan keselamatan kita dari mengawal sempadan Negara, dalam hal ini sempadan Sabah-Filipina sehingga berjaya tentera Kesultanan Sulu yang bersenjata menceroboh masuk dan menawan Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Dari segi geografi memang sempadan Malaysia di pantai Sabah dengan Filipina adalah luas termasuklah dengan Indonesia di Selatan.

Namun ia tidak boleh dijadikan alasan sehingga musuh dapat masuk dan mencetuskan kekacauan dalam bumi kita. Jika perlu berbelanja, maka kita perlu lakukan demu menjamin keselamatan rakyat Malaysia di Sabah.
Suka tak suka insiden di Lahad Datu telah mencetuskan kebimbangan rakyat. Ini satu reality dan ianya perlu ditangani kerana rakyat Malaysia berhak hidup dalam keadaan aman dan tenteram dengan keselamatan dan pertahanan yang terjamin.

Aquino seorang negarawan (2/3/13)


Telah lama saya perhatikan kepimpinan Republik Filipina di bawah Presiden Aquino atau nama penuhnya Benigno Simeon Cojuangco Aquino III. Datang dari keluarga ahli politik yang terlibat dalam membebaskan Filipina dari cengkaman kuku besi mendiang Presiden Marcos, ibunya pernah menjadi Presiden dan ayahnya mendiang Senator Aquino dibunuh oleh Marcos pada tahun 1983 sebaik tiba di Manila untuk menentang Marcos dalam pilihanraya Presiden.
Mungkin dari pengalaman beliau dan keluarganya Aquino berjaya mempamirkan kepimpinan “statesman” yang luar biasa. Dalam hal perjuangan rakyat Moro di Selatan Filipina beliau kehadapan dalam mahu melihat perdamaian di sana. Setelah berdekad-dekad Bangsa Moro di Selatan yang majoritinya beragama Islam berjuang untuk pembebasan, akhirnya dizaman Aquino perjanjian damai termetrai yang menjanjikan autonomi menjelang 2016.

Konflik yang telah mengorbankan lebih 150,000 nyawa dikedua-dua belah pihak itu akhirnya bakal meyaksikan penyelsaian ditangan Aquino.
Walaupun memimpin kerajaan yang majoritinya rakyatnya Roman Katolik, Aquino sedar akan tuntutan rakyat Islam di Selatan dan merupakan satu-satunya Presiden yang sanggup mengalah demi mencetuskan perdamaian buat rakyatnya.

Dan kini dalam konflik Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Aquino terserlah mengiktiraf kedaulatan Malaysia khasnya Sabah yang dituntut Sultan Sulu, dengan mengarahkan saki-baki penyokong Sultan Sulu itu agar menyerah diri tanpa syarat.
Menurut Aquino apa sahaja tuntutan kumpulan ini sepatutnya dilakukan dengan cara damai, cara mengugut, “menawan” bumi berdaulat seperti ini adalah salah.

Aquno dipetik menyebut:
To our citizens in Lahad Datu, from the very start our objective has been to avoid the loss of lives and the shedding of blood. However, you did not join us in this objective. Because of the path you have taken, what we have been trying to avoid has come to pass.

Beginilah seorang diplomat, seorang pemimpin terbilang bagi saya.

Friday, March 01, 2013

Apabila diplomasi gagal (1/3/13)

Rasional dan rundingan akhirnya tidak dihargai, akibatnya jalan akhir adalah kekerasan berpunca dari sikap dangkal dan sia-sia. Saya merujuk kepada peristiwa di Lahad Datu yang siang tadi telah mengorbankan dua orang anggota pasukan keselamatan kita dengan tiga lagi tercedera. Mereka dilaporkan telah diserang oleh mortar yang dilepaskan oleh kumpulan Sultan Kiram dari Sulu terhadap kenderaan mereka.
Akibat sikap yang tidak menghargai rundingan itu dan percaya pada keganasan dan kekerasan seramai 10-12 anggota kumpulan Sulu itu telah terkorban dalam suasana haru-biru di Kg Tanduo Lahad Datu Sabah itu.

Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat dan Allahyarham Koperal Sabaruddin Daud dari pasukan komando Polis Vat 69 yang terkorban dalam kejadian tersebut.
Bagi saya tiada pihak yang untung dalam kejadian tragis ini. Kita kesal kerana pihak Sultan Sulu enggan berunding untuk menyelesaikan konflik sebaliknya merestui tindakan ganas ini. Keupayaan mereka yang terlibat dalam rundingan dipihak Malaysia juga perlu diteliti dan disemak kepakarannya. Malaysia perlu melahirkan pasukan perunding yang pakar dalam situasi cemas seumpama ini supaya kejadian tragis seumpama ini dapat dielak dimasa hadapan.

Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh yang terkorban.