Sunday, November 04, 2007

Zainuddin Maidin setaraf Goebbels

Muslihat beliau adalah untuk menghalang orang-ramai dari menghadiri Perhimpunan Aman anjuran BERSIH pada hari Sabtu 10 November ini. Maka digunakanlah kepakarannya yang diwarisi sejak dari zaman Utusan Malaysia dahulu lagi, iaitu mengadu-domba dan mereka-reka cerita agar timbul tanda-tanya dan syak wasangka dikalangan orang ramai. Harapannya satu dan satu sahaja, iaitu gagallah perhimpunan tersebut nanti.

Akhbar-akhbar tempatan hari ini melaporkan yang Menteri Penerangan Zainuddin Maidin kononnya mengarahkan pegawai-pegawai penerangan di bawah kementerian beliau agar menangkis khabar angin yang mengatakan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Besar memulaukan Persidangan Raja-Raja Melayu yang diadakan pada Rabu dan Khamis lalu. Zainuddin mendakwa khabar angin itu disebarkan oleh pihak tertentu dalam usaha mereka untuk menarik orang ramai menyertai satu tunjuk perasaan besar-besaran kononnya sebagai menyokong Raja-Raja Melayu.

Saya rasa inilah kali pertama saya mendengar khabar angin seperti ini. Bunyinya pun macam tak masuk akal dan lebih jahat lagi khabar angin separuh tiang itu mahu dikaitkan pula dengan Perhimpunan Aman BERSIH pada 10 November nanti termasuklah kononnya berkait sekali dengan Perarakkan Majlis Peguam ke Pejabat PM pada 26 Septeber lalu. Sebenarnya fitnah jahat yang beliau reka itu langsung tidak ada kena mengena dengan Perhimpunan BERSIH, saya masih tertanya-tanya, kalau benar, siapakah agaknya yang menjual fitnah itu kerana setahu saya tidak ada satu pun laman web tempatan yang menyiarkannya.





Zainuddin nak tiru taktik Joseph Goebbels Menteri Propoganda regim Nazi Hitler. Tabur fitnah sehingga rakyat percaya, akhirnya terpedaya. Itu tahun 40an, sekarang dah zaman cyber dan serba maju, kasihan Zainuddin masih dizaman pendudukan Jepun!

Kalau hajat beliau nak menggagalkan Perhimpunan BERSIH atau mencetuskan kegelisahan rakyat sehingga memaksa pihak berkuasa bertindak ke atas perhimpunan itu, nasihat saya, hentikanlah. Negara kita sudah 50 tahun Merdeka, 13 tahun lagi iaitu pada 2020 menurut kerajaan beliau sendiri, Malaysia akan menjadi negara maju. Takkanlah ditahap ini rakyat boleh termakan dengan momokkan seorang Menteri yang tidak memiliki kelayakan untuk duduk pada portfolio beliau itu. Hanya Menteri yang tidak berpelajaran sahaja membuang masa mengarahkan pegawai-pegawai kerajaan (beliau lupa pegawai-pegawai penerangan itu bukan dibayar gaji oleh Umno tetapi oleh rakyat) di bawahnya untuk bertindak di atas fitnah yang beliau sendiri reka.

Perhimpunan itu nanti akan berjalan secara aman kerana ia dianjurkan oleh rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi. Biarlah rakyat sendiri membuat keputusan samada mahu menyertainya ataupun tidak. Kalau Zainuddin berhsarta mahu bertindak, maka tidak ada bezalah beliau dengan Junta Tentera Myanmar yang bertindak terhadap rakyatnya yang tidak berdosa itu.

Ayuh kita keluar beramai-ramai, jangan dipedulikan Zainuddin Goebbels yang separuh tiang itu.

No comments: