Agong perkenan terima memorandum BERSIH
Kenapa Dollah tak ulas?
- Setelah meneliti kembali ulasan Presiden Umno (semasa memberikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Umno) terhadap PERHIMPUNAN AMAN BERSIH yang dijadual diadakan esok 3 petang di Dataran Merdeka, KL, terfikir juga saya kenapa Dollah tak ulas langsung darihal perkenan yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong kepada BERSIH.
- Tuanku telah memberikan perkenan agar wakil BERSIH (yang difahamkan akan diketuai oleh beberapa pimpinan parti politik dan NGO termasuk YB Ketua Pembangkang Sdr Lim Kit Siang, YB Datin Seri Dr Wan Azizah ahli parlimen Permatang Pauh dan YB Dato Kamarudin Jaffar ahli parlimen Tumpat) menyembahkan kepada Baginda memorandum tuntuan BERSIH itu.
- Tuanku telah dimaklum darihal HIMPUNAN AMAN BERSIH ini dan penyembahan memorandum itu, kenapa Dollah tak anggap sikap Tuanku itu juga sebagai mencabar beliau dan kerajaan? Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia yang bersama BERSIH dapat berbangga kerana Raja kita prihatin dan sudi mendengar suara hati rakyat walaupun mungkin mereka berbeza pandangan dengan pihak kerajaan. Bukankah mereka juga rakyat ke bawah Duli Tuanku?
- Bagi saya sikap Dollah itu jelas menunjukkan yang larangan dan sekatan yang mahu dikenakan terhadap BERSIH itu bukan berpunca dari pandangan bebas dan profesional pihak polis tetapi sebenarnya dipengaruhi oleh sentimen kepartian, khasnya sentimen Umno, lalu Dollah selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri lebih pentingkan parti dan kedudukan peribadi beliau dari mengkaji dan meneliti rintihan dan suara rakyat.
Itulah PM kita, bebrbeza dengan pihak istana yang nampaknya lebih proaktif, berani dan bebas.
Daulat Tuanku!
No comments:
Post a Comment