Saya pasti ramai yang membaca berita ini semalam di Utusan Malaysia. Tajuknya:
Keyakinan PAS mula goyah
Kononnya Naib Presiden PAS Dato Husam Musa berkata bahawa sasaran Pas memenangi 40 kerusi Parlimen di seluruh negara pada pilihan raya umum akan datang kini berubah dan beliau yakin parti itu hanya akan memenangi 20 sehingga 30 kerusi sahaja. Tentulah mereka yang tidak prihatin akan perkembangan PAS atau kurang pendedahan politik akan terus menyangka (tambah-tambah yang hanya gemar membaca tajuk berita atau akhbar) bahawa kenyataan ini menggambarkan sebagaimana tajuk Utusan itu, bahawa PAS sudah mula goyang dan gelabah. Lantaran goyahnya parti itu, mungkin ekoran kekuatan Umno semasa, maka sasarannya juga mula meleset dan keyakinannya meluntur.
Gambar Kickdefella
Kalau kita mahu meraikan berita wakil Utusan dari Kota Bharu itu, bermakna berdasarkan apa yang beliau petik dari Husam, PAS kini mensasarkan menang sekitar 20 ke 30 kerusi Parlimen. Goyahkah PAS jika begitu? Hari ini PAS cuma ada 6 kerusi Parlimen disamping menawan kerajaan negeri Kelantan. Jika ia boleh menang 20 kerusi bermakan PAS mampu menokok 14 kerusi Parlimen lagi, bukankah itu sebenarnya satu peningkatan! Pada pilihan raya umum 1999 PAS menawan 27 kerusi Parlimen dan seklaigus menawan kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu dan hampir sahaja menawan Kedah, bayangkan jika ia mampu pula menang 30 kerusi kali ini.
Tetapi itu kata Utusan, sedangkan rupanya menurut Husam (yang sempat saya hubungi untuk mendapatkan penjelasan) apa yang beliau nyatakan adalah target baru berdasarkan perkembangan politik semasa. Menurut beliau jika mood pengundi kini yang kelihatan banyak menolak BN ekoran isu-isu semasa, swing lebih 15% lagi berkemungkinan PAS boleh mampu menang, bukannya kurang kerusi tetapi meningkat sehingga ke 70 kerusi Parlimen!
Kalau dengan 27 sebagaimana yang saya nyatakan sudah mampu menang Kelantan dan Terengganu, bayangkan 70 kerusi, berapakah negeri agaknya akan rebah dan ditawan PAS!
Itu andaian bukannya angan-angan kerana itu Utusanlah yang sebenarnya goyah lalu memutarkan kenyataan Husam dan melaporkan sebaliknya. Saya yakin jika BN dan Umno dapat membaca andaian Husam ini dengan penuh rasional berasaskan kelemahan mereka dan perkembangan serta senario politik semasa, jangan harap mereka akan panggil pilihan raya November atau Disember ini. Mungkin tahun depan atau betul-betul sehingga tamat tempuh mereka tahun berikutnya!

Umno dan BN sepatutnya belajar dari kesilapan mereka yang lepas-lepas dan jangan under estimate atau memandang kecil kemampuan PAS yang kini berada di tahap pencapaiannya yang terendah. Pada pilihan raya umum pertama tahun 1959 dahulu, Umno dan Perikatan ketika itu sedang berhibur sakan dengan kejayaan mereka memerdekakan negara, namun PAS ditakdirkan berjaya melompat dari belakang dan berjaya menawan Kelantan dan Terengganu serta muncul sebagai blok pembangkang terbesar di Parlimen diketuai Almarhum Dr Burhanuddin al Helmi. Begitu juga pada tahun 1990, Umno yakin yang mereka telah berjaya mengatasi krisis perpecahan mereka pada tahun 1987 (pengharaman Umno dan Ku Li terbit dengan Semangat 46), rupa-rupanya mereka tersasar dan Kelantan berjaya ditawan PAS dengan kerjasama Semangat 46 dengan Tok Guru Nik Abd Aziz ditabalkan sebagai MB baru Kelantan.
Begitulah juga ditahun 1999 sbagaimana yang saya sebutkan. Demam Sukan Komanwel 1998 ketika itu belum reda, dan Umno ketika itu begitu yakin yang mereka telah merebahkan pengaruh Anwar Ibrahim yang menghantui mereka, tiba-tiba PAS bangkit dengan gagah, dan anak emas BN iaitu Terengganu yang disangkakan begitu kental dan kukuh akhirnya kecundang dan rebah ke tangan PAS. Kerusi Ketua Pembangkang di Parlimen sekali lagi dikuasai PAS dengan Almarhum Dato Fadzil Nor ditampuknya manakala dua buah negeri Melayu di Pantai Timur di kepalai oleh Tok-Tok Guru belaka.

Mungkinkah pencapaian seperti ini dapat diulangi oleh PAS kali ini? Jangankan 70 kerusi, malah kalau 30 kerusi sekalipun, maka bersedialah untuk melihat perubahan dalam lanskap politik di Malaysia. Ayuh kita jadikan andaian itu satu kenyataan!
No comments:
Post a Comment