Thursday, June 30, 2005

MANTAPKAN INSTITUSI PARLIMEN
BERIKAN HAK RAKYAT MENGIKUTI PERSIDANGANNYA


Perdana Menteri berkata kerajaan sedang dan telah mengambil langkah-langkah bagi memantapkan institusi Parlimen sebagai badan legislatif tertinggi dalam negara.

UTUSAN melaporkan Pak Lah berkata di Dewan rakyat semalam:

Parlimen juga merupakan forum demokrasi unggul negara yang berfungsi menyuarakan pandangan hasrat rakyat Malaysia

Sesungguhnya ahli-ahli Dewan Rakyat dan secara tidak langsung ahli-ahli Dewan Negara merupakan wakil rakyat Malaysia di Parlimen. Mereka terutama ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih secara langsung oleh rakyat bagi mewakili mereka untuk menyuarakan hasrat, pandangan dan masalah di kawasan mereka masing-masing.

Saya yakin siapa pun pasti mahu melihat Parlimen Malaysia menjadi forum yang terunggul di negara untuk mendebatkan permasalahan rakyat disamping menggubal undang-undang yang sesuai untuk rakyat.

Namun rakyat juga berhak mengikuti perkembagan yang berlaku di dalam Parlimen. Setelah mereka mempraktikkan hak mereka memberikan mandate kepada wakil masing-masing, padan sangatlah sekiranya mereka juga diberikan hak menilai prestasi wakil masing-masing. Dan tidak ada cara lain yang lebih sesuai melainkan disiarkan secara langsung persidangan di Parlimen untuk ditontoni oleh rakyat bagi membuat penilaian tersebut.

Apa gunanya kita ada bangunan Parlimen yang tersergam indah dengan hiasan yang mahal-mahal tetapi rakyat di luar tidak mengetahui apa yang berlaku di dalam. Kalau pun ada sekadar apa yang pihak kerajaan mahu mereka mendengar dan mengetahui, selebihnya digelapkan dari pengetahuan rakyat.

Kalau benar-benar mahu FIRST WORLD PARLIAMENT Pak Lah kenalah berani-berani membuat pembaharuan seumnpama ini, cakap saja macam Khir Toyo tak guna.

Wednesday, June 29, 2005

SELANGOR NEGERI MAJU 2005
KHIR PENIPU?

Kerajaan Negeri Selangor diberitakan akan membuat pengisytiharan Selangor sebagai sebuah negeri maju (developed state) pada 31 Ogos 2005 ini, 15 tahun sebelum Wawasan 2020 iaitu tahun dimana Malaysia dijangka mencapai status yang sama.

Khabarnya beberapa juta RM akan dibelanjakan untuk menjayakan sambutan besar-besaran itu kelak. Menurut akhbar THE SUN hari ini dalam ruangan CITIZEN NADES, beberapa penulis sedang dicari oleh pihak tertentu untujk menulis beberapa siri artikel berkenaan status Selangor Maju ini untuk disiarkan sempena perayaan tersebut. Upah untuk tulisan puji-pujian dan sanjungan terhadap Selangor dan pemimpinnya itu sahaja dijangka menelan RM1 juta.

Solanya benarkah Selangor akan mencapai status NEGERI MAJU pada 31 Ogos ini? Siapakah yang memberikan pengesahan status tersebut?


KHIR PEMBOHONG?

Dalam Laman Web MB Selangor Khir Toyo dilaporkan sebagai berkata bahawa pengesahan status NEGERI MAJU ini disediakan oleh NPC (Pusat Produktiviti Negara) yang membuat kajian bersama UIA dan UITM. Kata beliau:

Kerajaan (Selangor) memilih NPC kerana ia merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) yang juga merupakan institute berkembar (partner institute) kepada International Institute fro Management Development Switzerland. IMD merupakan penyelaras dan penerbit, The World Competitiveness Yearbook.

LOGO IMD

Benarkah Selangor tersenarai mengatasi Republik Singapura dalam bab pendidikan universiti? Malah menurut kajian itu Selangor mengatasi Malaysia sendiri dalam bab ini (sedangkan Universiti yang terunggul dan tersohor di Malaysia iaitu Universiti Malaya terletak di Kuala Lumpur, bukannya Selangor).

Benarkah dari sudut pencapaian ekonomi berdasarkan 75 petunjuk Selangor mencatakan pencapaian 20 tertinggi dalam dunia iaitu 58/75 berbanding 64/75 untuk Singapura, 64/75 untuk Denmark dan 56/75 untuk New Zealand?

Bukan kita tidak berbangga kiranya Selangor benar-benar memperolehi pencapaian sedemikian rupa, akan tetapi adakah pencapaian ini benar-benar diperolehi atau sekadar dicipta oleh kalangan tertentu semata-mata untuk mengaburi mata rakyat?

Apa yang mengemparkan adalah laporan akhbar THE SUN hari ini yang mempertikaikan kenyataan MB tersebut dan sekaligus mempertikaikan status NEGERI MAJU yang dimaksudkan. Pemberita THE SUN Maria J Dass telah mengemukakan pertanyaan kepada IMD di Switzerland berkenaan kesahihan maklumat ini dan berikut antara jawapan Ekonomis Kanan IMD Suzanne Rosselet Mc Cauley:

I must admit to being very surprised for two reasons: first, we DO NOT cover THE STATE OF SELANGOR in the WCY (World Competitiveness Centre) rankings, only Malaysia. Second, with a Google search, I came across the announcement that you refer to and the article mentions ranking positions that do not correspond to any rankings that we have for Malaysia. So I have no idea where they are getting these numbers from.

Saya mengakui turut terperanjat oleh kerana dua sebab: pertama, kami TIDAK SEKALI-KALI membuat liputan terhadap NEGERI SELANGOR di dalam ranking WCY (Pusat Persaingan Dunia), hanya Malaysia. Kedua, melalui carian di Google, saya memperolehi pengisytiharan yang dimaksudkan berkenaan artikel yang menyebut darihal tahap pencapaian yang sebenarnya tidak selari dengan sebarang pencapaian yang kami ada untuk Malaysia. Saya tidak tahu dari mana mereka memperolehi angka-angka ini.

Kalau institut berkembar, penyelaras dan penerbit WCY sendiri menafikan maklumat ini bermakna Khir Toyo telah jelas membohongi rakyat dan status NEGERI MAJU yang megah diwar-warkan itu kini sangat-sangat diragui!

Menurut laporan THE SUN lagi Timbalan Ketua Pengarah NPC Dr Ab Wahab Muhamad telah memaklumkan bahawa NPC sekadar melakukan kajian dan membuat perbandingan dengan 29 negeri lain dengan jumlah penduduk kurang dari 20 juta. NPC mengakui sebagaimana dilaporkan oleh akhbar tersebut:

The title FULLY DEVELOPED STATE never existed and has never been awarded by the Swiss institute or the NPC. The NPC just used the Swiss model to collate information.

Gelaran NEGARA MEMBANGUN SEPENUHNYA tidak pernah wujud malah tidak pernah dianugerahkan oleh institute Swiss itu ataupun NPC sendiri. NPC sekadar menggunakan model Swiss itu untuk mengumpul maklumat.

Jelas dengan kenyataan-kenyataan di atas banyak persoalan perlu dijawab oleh Khir, jangan bercakap berdegar-degar mengakui sesuautu yang hakikatnya tidak wujud. Sekiranya Khir benar berbohong maka beliau perlu bertanggungjawab terhadapnya. Jangan sekadar ghairah membelanjakan wang berjuta menyambut sesuatu yang tidak ada, kelak bukan rakyat Selangor malah seluruh dunia akan ketawa besar dan memandang serong kepada kita. Imej negara tercalar semata-mata kerana pembohongan Khir!

Tuesday, June 28, 2005

KONSPIRASI TERHADAP ISA?

Isa Samad yang dijatuhkan hukuman gantung selama 6 tahun oleh lembaga disiplin Umno memang dikenali sebagai tokoh kontroversial. Lantaran itu apabila beliau jatuh mendadak setelah naik juga mendadak maka berbagai teori dan anggapan dibuat terhadap punca-punca kejatuhan beliau itu.

Sebelum menjadi Naib Presiden Umno dan Menteri Wilayah beliau adalah MB Negeri Sembilan. Isa menjadi MB dizaman Dr Mahathir ketika usianya baru 33 tahun. Beliau kekal sebagai MB selama 22 tahun dan dalam masa tersebut telah berjaya mewujudkan jalinan rangkaian akar-umbi di negeri adat pepatih itu dengan begitu kukuh dan kemas.

Kekukuhan kedudukan beliau di NS membimbangkan banyak pihak yang berkepentingan termasuklah pihak istana. Suasana inilah yang sangat digemari Mahathir ketika itu.

Laman MALAYSIA TODAY (yang dipelopori oleh seorang kerabat di Raja) memaparkan betapa kemudiannya istana dengan bantuan tokoh-tokoh muda di NS telah bersekongkol dan akhirnya dalam kealpaan Isa mereka telah berjaya mencungkil beliau keluar dan dihumban dari arus perdana Umno khasnya di NS, berikutan tindakan pengantungan beliau ini.

Khabarnya istana tidak pernah selesa dengan Isa. Dan ketidak selesaan ini digambarkan sendiri oleh pihak istana sepanjang Isa menjadi MB.

Kerana itu menjelang penobatan Pak Lah sebagai PM istana dan pihak-pihak tertentu dalam Umno NS melihat semacam ada peluang untuk mereka menyusun langkah dan mengambil kesempatan. Ini kerana menantu Pak Lah yang ketika itu sebagai salah seorang SU beliau di Pejabat PM adalah anak NS yang memang sedang berura-ura untuk melonjakkan dirinya dalam Umno.

Dalam pilihanraya lalu menantu Pak Lah mahu meluaskan tapaknya dengan berdiri sebagai calon, tapi Isa tak setuju. Ini menaikkan darah menantu Pak Lah, suatu yang tidak dapat beliau maafkan hingga hari ini. Akhirnya Isa sendiri disuruh bertanding ke parlimen dan MB baru di bawa masuk. MB baru ini rapat dengan menantu Pak Lah dan disenangi istana.

Selanjutnya Isa terus dipantau walaupun telah bertakhta sebagai menteri pusat. Setiap langkahnya dijejaki, setiap gerak-gerinya diteropong.

Peluang terbuka apabila Isa mengumumkan mahu bertanding Naib Presiden. Perangkap dipasang akhirnya bagai pelanduk mabuk (mabuk kuasa) Isa tergelincir dan masuk ke perangkap yang dipasang. Walaupun hakikatnya ramai yang bagai pelanduk tadi tapi yang tak bernasib baik cuma seekor iaitu Isa!

Demikianlah lebih kurang teorinya. Apa pun rasuah tetap rasuah cuma dalam hal ini bukan seorang tetapi ramai yang mengamalkannya. Bagai terjun ke dalam laut yang lain selamat kerana pandai berenang kecuali Isa yang lemas dan kecundang.

Pastinya melalui teori ini menantu Pak Lah, istana dan banyak pihak berkenaan tersenyum simpul bergembira.

Monday, June 27, 2005

KALAU DALAM UMNO PUN RASUAH
KETIKA PILIHANRAYA UMUM BAGAIMANA?

Jelas dari perkembangan di dalam Umno sejak akhir-akhir ini, wabak politik wang telah berjaya menular menjadi darah daging dalam parti Melayu tersebut. Wang digunakan untuk membeli sokongan, bagi memastikan satu-satu pemimpin itu naik. Ianya berlaku dari peringkat akar umbi dari serendah-rendah cawangan hinggalah ke pemilihan bahagian sehinggalah ke peringkat Majlis Tertinggi sebagaimana yang kita lihat perkembangannya pada hari ini.

Apabila wang menjadi asas sokongan, maka kelayakan ataupun kemampuan seseorang itu akan ditolak tepi. Seorang pemimpin yang jujur, berani dan berwibawa akan dilangkaui kiranya seorang pemimpin yang walaupun bongkak, sombong, pembohong dan longgar moralnya tetapi memiliki wang dan kekayaan terpa ke hadapan untuk menawarkan diri menjadi pemimpin.

Lantaran berdarah dagingnya politik wang ini, maka akan bertapak dan bermaharajalelah jugalah lain-lain amalan mungkar umpama kronisma, nepotisma dan cantas-mencantas politik.

Demikianlah halnya di dalam Umno. Saya pasti ramai dikalangan kita samada yang dalam Umno maupun yang diluar memiliki pengalaman masing-masing. Saya sendiri pernah melihat seorang tokoh korporat yang banyak berjasa menaikkan martabat bangsa khususnya dalam bidang ekonomi ditewaskan dalam percubaan pertama beliau sebagai ketua cawangan dalam bahagian Kuala Selangor satu ketika dahulu semata-mata kerana ketua bahagian ketika itu (yang kini telah pun disingkir dari bahagian) berasa terancam.

Di bahagian Kelana Jaya kenalan saya seorang perwakilan mendakwa terdapat jual-beli sokongan ketika pemilihan pucuk pimpinan Pemuda bahagian, sehingga wang bertukar tangan dalam tandas hotel semasa mesyuarat berjalan demi membelo sokongan.

Bapa saudara saya seorang aktivis Umno Wilayah Persekutuan tewas dalam percubaannya untuk jawatan Naib Ketua bahagian walaupun telah banyak menabur jasa. Bila ditanya macam-mana boleh tewas, kata beliau pihak lawannya yang muda dan tidak pernah sebelum ini bergiat dalam bahagian telah menggunakan wang!

Jadi amalan mungkar ini sesungguhnya bukan lagi satu rahsia, tetapi adalah bualan umum.

Jika sesama Umno pun amalan rasuah membeli kuasa dan kedudukan ini berlaku secara terang-terangan dan terbuka bayangkanlah apabila Umno berhadapan dengan rakyat semasa pilihanraya umum! Acapkali parti-parti pembangkang mendakwa Umno dan BN menggunakan wang, bantuan dan berbagai hadiah dan janji untuk membeli undi rakyat, namun ianya tidak dihiraukan oleh pihak berkenaan. Malah dalam pilihnaraya umum lalu tindakan seorang wakil kepada calon Umno untuk membeli calon PAS di Johor telah berjaya dirakam dan ditangkap RED HANDED namun tiada tindakan diambil dan calon Umno yang menang terus menjadi wakil rakyat sehingga hari ini.

Sah Umno pengamal budaya rasuah dan pelopor politik wang ini, maka seharusnya mereka disenarai hitamkan dan sentiasa diawasi oleh BPR.

Pihak berkuasa perlu faham kiranya amalan mungkar ini dibiarkan berlarutan yang akan menjadi mangsa adalah negara dan anak bangsa kita sendiri. Kerana berjaya disogok dengan wang, kemewahan dan wanitalah empayar dan kuasa besar Melayu kecundang di zaman awal dahulu. Apabila agama tidak lagi menjadi panduan, wang dan kedudukan menjadi matlamat, maka amanah akan disalah guna dan negara dan bangsa akan ranap.

Rakyat perlu melihat perkembangan semasa ini dengan penuh serius dan bijak bertindak bagi memastikan ianya segera ditangani demi masadepan kita semua.

Sunday, June 26, 2005

UMNO: MELARAM WAJAH YANG TERCEMAR

Hari ini hanpir kesemua akhbar-akhbar mingguan arus perdana memaparkan kes rasuah politik yang membabitkan Isa samad, Naib Presiden Umno yang menang jawatan tersebut dengan undi terbanyak dalam perhimpunan Umno tahun 2004 lalu.

Berbagai komen dan reaksi diberikanb. Sudah pastilah apabila ditanya dari kalangan pemimpin Umno, mereka rata-rata menyokong tindakan ini, walaupun mereka sendiri belum tentu terselamat dari cengkaman lembaga disiplin yang kononnya masih belum selesai menjalankan tugasnya terhadap kes-kes yang dilaporkan kepadanya.



Umno Teluk Kemang dimana Isa adalah ketuanya sahaja yang bersuara tidak dapat menerima keputusan ini.

Walaubagaimanapun satu komen yang agak menarik datangnya dari bekas Naib Presiden Umno yang pernah cuba menetang Presiden Umno dalam pemilihan tahun 2004 itu tetapi gagal kerana tidak mendapat cukup pencalonan. Beliau adalah Tengku Razaleigh Hamzah. Kata Ku Li dalam Buletin Uatam TV3 sebentar tadi:

Imej parti sudah tercemar oleh kerana suka tak suka persepsi ahli-ahli (Umno), (parti-parti) pembangkang dan rakyat terhadap parti (Umno) akibat peristiwa ini sudah merosakkan pandangannya terhadap parti kita (Umno) yang selama ini berjalan dengan baik.

Dalam pemilihan kontroversi itu Isa pada awalnya sekadar memperolehi 37 pencalonan dari bahagian-bahagian Umno seluruh negara iaitu pencalonan kelima terbanyak. Akan tetapi apabila jumlah undi selesai dibilang, Isa berjaya meraih undi terbanyak iaitu 1,507 unid. Muhyiddin Yassin yang memperolehi pencalonan terbanyak iaitu dari 159 bahagian, Cuma menang ditangga ketiga dengan 1,234 undi!

Apo nak dikato!

BPR PERLU BERTINDAK SEGERA KE ATAS PIMPINAN YANG MENGAMALKAN RASUAH POLITIK

Menurut akhbar NST hari ini Presiden Umno berkata parti itu tidak akan sekadar menggantung atau memecat keahlian ahli yang terlibat dalam politik wang malah:

They can also be referred to the ACA which can result in these members even going to jail.

Merek juga boleh dirujuk ke Badan Pencegah Rasuah dimana mungkin megakibatkan ahli berkenaan dipenjarakan.





Kata Pak Lah samada seorang ahli itu akan dirujuk ke BPR atau tidak bergantung kepada penemuan lembaga disiplin dan jenis pertuduhan yang dikenakan terhadap tertuduh.

MINGGUAN MALAYSIA hari ini menyenaraikan 9 pertuduhan yang dikenakan terhadap Isa Samad, Naib Presiden Umno yang didapati bersalah atas tuduhan politik wang dan digantung keahliannya selama 6 tahun.

Rata-rata kesembilan-sembilan pertuduhan tersebut jika dikaji berat-berat belaka antaranya:

- membenarkan Setiausaha Politiknya memberi RM300 kepada perwakilan di pejabatbya di Bangunan DBKL awal September 2004
- membenarkan ejennya memberi RM300-1800 kepada perwakilan dari 3 bahagian di Pahang
- membenarkan 3 ejennya dari Sabah memberi RM300 kepada perwakilan Umno bahagian dari Sabah

Sekiranya Umno jujur dan serius dalam menangani amalan jijik politik wang ini, parti tersebut seharusnya bertanggungjawab menyerahkan kes seberat ini kepada BPR untuk tindakan undang-undang selanjutnya. Umno tidak sepatutnya menghalang proses undang-undang apabila melibatkan ahli-ahlinya. Lebih-lebih lagi kes ini melibatkan seorang Menteri Pusat!

Malah bekas naib Presiden Umno yang juga ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah turut menyokong tindakan ini sebagaimana disiarkan dalam Buletin Utama TV3 sebentar tadi. Kata Ku Li:

Dimana duit itu datang? Dari pendapatan bulanan atau punca-punca lain yang dianggap haram. Apakah kerajaan tidak boleh mengambil tindakan lebih dari itu?

Dalam hal ini BPR sebagai sebuah badan bebas seharusnya proaktif dan bertindak tanpa menunggu laporan dari lembaga disiplin Umno demi kepentingan dan maruah negara. Kalau rasuah benar-benar mahu diperangi maka Umno perlu bersedia memberi ruang terbuka kepada BPR untuk bertindak yang barangkali kelak akan berjaya menyeret keluar bukan sahaja seorang malah lebih ramai lagi kalangan pimpinan terkanan parti yang jelas tidak lagi alah pada wabak rasuah politik ini.

Saturday, June 25, 2005

RASUAH POLITIK BUKAN BARAH TAPI AIDS BAGI UMNO

Satu Negara sedang hangat memperkatakannya. Naib Presiden Umno, Menteri cabinet dan bekas MB Negeri Sembilan, Isa Samad didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno kerana terlibat dalam politik wang semasa pemilihan Umno September tahun lepas. Akibat bersalah Isa dihukum gantung keahliannya dari parti selama 6 tahun. Bermakna jika gagal rayuannya Isa tidak lagi Naib Presiden Umno, tidak lagi ketua bahagian Umnomalah ahli Umno pun tidak lagi. Gugurlah juga kerusi menterinya.

Ada orang melihat usaha Umno ini sebagai komitmen bersungguh parti tersebut dalam membenteras rasuah politik. Kini Umno tidak mengira bulu, hatta Naib Presiden pun kalau perlu akan diambil tindakan. Terbukti dengan tersungkurnya Isa ini Umno kelihatan begitu komited.

Wartawan Utusan Mohd Nor Ab. Samad dalam ruangan Pada Hemat Saya menulis:

Wang yang dulu diumpamakan sebagai darah menghidupkan Umno kini menjadi barah yang boleh mematikan Umno. Atas sebab itu pemimpin Umno berhempas-pulas mencari jalan untuk menangani penyakit parti.

Kalau istilah barah digunakan untuk gejala politik wang dalam Umno, bermakna amalan jijik ini suatu penyakit serius. Barah biasanya apabila dibuang tidak semstinya berjaya menyelamatakan seseorang. Terpulanglah pada kadar cepat atau lambatnya barah tadi dikesan dan tahap rebakannya. Jika barah tadi telah meresap melalui saluran darah ke bahagian lain dalam tubuh, buanglah apa bahagian sekalipun, maut tidak dapat dielakkan.

Kalau Isa akhirnya gagal di dalam proses rayuan dan terus digantung bermakna satu barah telah dibuang. Tetapi jangan lupa bagaimana dengan 1,507 orang perwakilan yang mengundi Isa ketika pemilihan tersebut. Mungkin tidak semua mereka memangkah kerana disogok, soalnya berapa peratuskah yang memangkah tanpa disogok? Dua pertiga? Separuh? Suku?

Kalau Isa dan Setiausaha Politiknya dihukum, bagaimana dengan wakil-wakilnya yang lain yang bertindak sebagai agen, agen peringkat negeri-negeri, agen peringkat bahagian-bahagian, peringkat Pemuda dan Wanita? Siapa berani memperakui bahawa mereka yang telah sedap merasa gula-gula Isa ini tidak akan tergiur pula untuk merasa gula-gula entah siapa lagi dimasa depan?

Sebagaimana kata Adnan Yakub MB Pahang dalam perhimpunan tersebut, kiranya ada mana-mana pihak yang sanggup berbelanja USD2 billion maka pihak tadi pasti berjaya membeli semua pemimpin Umno dari Cawangan hinggalah ke Majlis Tertinggi!

Bagi saya rasuah ataupun politik wang dalam Umno ini sudah sampai ketahap setanding dengan AIDS ataupun Sindrom Kurang Daya Ketahanan. Seumpama AIDS amalan kotor menyogok untuk menjadi pemimpin ini tiada ubatnya lagi kecuali menunggu balasan ajal yang berlari-lari kea rah mangsanya.
Kalau menjadi pemimpin pun boleh dibeli dengan rasuah bayangkan apabila pemimpin-pemimpin jenis ini duduk di kerusi kerajaan. Entah berapa banyak lagi amalan rasuah yang telah dan sedang diamalkan sebagaiman Mohd Nor menulis:

Yang memberi dan yang menerima jangan dilupakan, yang meminta – semua sama jika ingin berjaya dalam perjuangan yang belum selesai.

Kesimpulannya budaya kronik ini telah menular dan menjadi amalan biasa dalam Umno lantaran kedurjanaan pemimpin-pemimpin mereka sejak dari zaman Dr Mahathir lagi atau barangkali lebih awal. Apabila wang menjadi penyelesaian kepada segala-galanya maka runtuhlah peradaban dan harga diri mana-mana pihak sekalipun. Tiada pilihan nampaknya kecuali sahabat-sahabat dalam Umno bertukar selera dan timbang-timbanglah alternatif lain.

Friday, June 24, 2005

SOTHI HERO KAUM INDIA

Apakah isunya?

Pihak kerajaan melalui syor Malaysia Medical Council MMU ataupun Majlis Perubatan Malaysia telah bertindak menarik-balik pengiktirafan yang diberikan terhadap ijazah perubatan dari Crimea State Medical University (CSMU) di Ukraine.



Apakah akibat langsung dari tindakan itu?

Bermakna pengiktirafan yang diberikan pada tahun 2001 itu apabila ditarik balik bermakna semua pelajar Malaysia yang sedang menuntut tidak lagi akan diberikan pengiktirafan oleh kerajaan, dan ijazah mereka jika diperolehi akan menjadi sia-sia.

Berapa orang pelajar Malaysia menuntut di sana?

Menurut laporan seramai 1,100 orang.

Mengapa kerana isu ini Timbalan Menteri MIC S. Sothinathan digantung?

Ianya bermula apabila Ketua Pembangkang membawa usul membincangkan tindakan penarikan balik pengiktirafan ini di Parlimen pada 21 Jun lalu. Kit Siang di dalam ucapannya sebagaimana terkandung dalan hansard dewan rakyat mempertikaikan tindakan pihak kerajaan.



Kata beliau pihak kerajaan sendiri yang memberi pengiktirafan pada tahun 2001 dan hasilnya kini ia menjadi satu-satunya universiti yang menempatkan pelajar Malaysia teramai yang mengikuti kursus ijazah perubatan. CSMU menjadi tumpuan ramai warga Malaysia menghantar anak-anak mereka oleh kerana perbelanjaannya antara yang termurah.

Belanja untuk mengikuti kursus ijazah perubatan di sana adalah sebanyak RM100 ribu berbanding RM250 ribu bagi IPTS tempatan ataupun RM400 ribu di Australia, RM500 ribu di Kanada dan RM630 ribu di UK.

Jadi mengapa tiba-tiba pengiktirafan ini ditarik balik? Jika ada kekurangan dari segi kualiti atau seumpamanya banyak lagi tindakan yang boleh diambil selain dari terus menarik-balik pengiktirafan seumpama ini yang akan mengakibatkan ramai pelajar terkandas.

Kit Siang turut memaklumkan dari jumlah pelajar yang menuntut di sana 231 pelajar Melayu, 220 Cina , 581 India dan 25 lain-lain.

Jelas dari ratio di atas lebih 50 peratus pelajar yang terlibat adalah dari kaum India. Dan sudah pastilah wakil-wakil rakyat berbangsa India begitu bterpanggil untuk membicarakan isu ini demi membela anak bangsa mereka.

Contohnya wakil DAP Ipoh Barat M Kula Segaran ketika membahaskan usul ini berkata:

Saya rasa Tuan Yang Dipertua kita perlu tahu baha kebanyakan masyarakat India adalah dari lower income group dan juga ramai di antara bangsa lain, Cina dan Melayu yang tidak ada pilihan tetapi perlu dapat satu saluran sahaja hanya boleh dihantar ke Crimea. Bagilah galakan kalau kerajaan tidak ada tempat (dalam universiti tempatan) taka pa, biar mereka pergi ke sana untuk melanjutkan pelajaran, ini anak-anak kita, anak-anak Malaysia.

Tetapi Timbalan Menteri Kesihatan Dr Abdul Latiff Ahmad apabila menjawab bagi pihak kementerian tidak langsung mengambilkira pandangan ahli-ahli lain. Malah dengan sombong menyinggung perasaan kaum-kaum lain termasuklah pemimpin tertinggi MUC apabila beliau nerkata:

Kalau ada pemimpin sebuah parti dalam komponan BN mengatakan bahawa tindakan ini adalah semata-mata untuk mengurangkan kapasiti etnik India unutk menjadi doktor, itu tidak benar sama-sekali.

Dan beliau terus melakukan provokasi apabila mengatakan:

Jangan kita libatkan etnik. Kalau hendak libatkan etnik ada 200 lebih pelajar-pelajar Melayu yang sedang belajar di CSMU (Tepuk) Apakah kerajaan tidak mahu, orang-orang Umno tidak mahu lihat perkara ini? Tetapi kawan-kawan kita dalam Umno menyokong kerana UMNO IS THE CUSTODIAN OF QUALITY (Tepuk)

Provokasi dan kesombongan inilah yang telah MEMBAKAR hati dan perasaan Sothi. Sebagai seorang wakil rakyat berbanga India dan Setiausaha Agung parti India terbesar dalam negara. Sudah tentulah maruah bangsanya tercabar dan sebagai seorang pemimpin yang bermaruah beliau terpanggil untuk membela diri.

Walaupun duduk di bangku kerajaan sebagai Timbalan Menteri Sothi telah mengambil risiko demi mempertahankan maruah dan harga diri bangsanya, Sothi berkata:

Sebenarnya ini buka isu emosi atau apa tetapi di CSMU ini kita tahu semua ini adalah satu perkara dan fakta yang benar. Kita ada lebih daripada 500 pelajar India lebih kurang 50 peratus. Jadi sebagai satu parti (MIC) yang bertanggungjawab untuk memastikan kepentingan masyarakat Inida di negara ini terbela memang adalah tugas kita untuk memberi pandangan.

Di satu peringkat Sothi dengan keras berkata:

Cakap yang benar (kepada Timbalan Menteri Kesihatan). Jangan kata yang tidak benar.

Itulah isunya dan akibat bertindak demikian Sothi digantung 3 bulan oleh pihak kerajaan. Kata Timbalan PM beliau digantung kerana isu melanggar etika bukannya atas kes perkauman.
Bagi saya Sothi bertindak berani dan membuktikan beliau sanggup berkata yang benar walaupun terpaksa memikul risiko seumpama ini. Hairan wakil Umno tak pula demikian malah sebagaimana terbukti dalam hansard pada hari itu menjerit-jerit dan marah-marah pada Sothi dan Kula Segaran. Tak siapa yang bangun membela nasib 231 orang pelajar Melayu yang terbabit. Malah wakil-wakil Umno telah menyokong penuh tindakan ini!

Wednesday, June 22, 2005

PAS DI FASTFORWARD KAN DI TV1

Katalah apa sekalipun tapi bagi saya Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS telah berjaya mengharumkan nama parti dan membanggakan keseluruhan ahli, para pendokong dan mereka yang bersimpati dengan PAS melalui siaran langsung rancangan FASTFORWARD di TV1 malam tadi. Ini reaksi jujur yang saya pasti dikongsi bersama oleh semua yang menyaksikan siaran tersebut termasuklah rakyat Malaysia pada amnya.

Dalam masa 1 jam yang terhad itu Ustaz Nasha telah berjaya menyentuh dan mengulas dengan baik beberapa isu besar termasuklah darihal prinsip dan perjuangan PAS, corak kepimpinan PAS, hubungan dengan masyarakat bukan Islam, isu Anwar Ibrahim disamping mempertahankan rekod kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu serta isu amanat Haji Hadi.

Sekiranya para pemanggil yang memanggil untuk mengemukakan soalan secara langsung pada malam tersebut dikira pemanggil bebas maka sahlah PAS telah menerima pengiktirafan dan rating yang baik dalam masa yang begitu singkat. Seorang pemanggil dari Selayang, Gopi Krishnan umpamanya telah menyatakan kekagumannya melihat Ustaz Nasha mampu menjawab soalan dengan tenang dan baik malah beliau mengakui tidak menyangka yang PAS memiliki pemimpin yang seumpama ini (mampu bertutur dan berinteraksi dengan baik dalam Bahasa Inggeris).

Rata-rata penampilan Ustaz Nasha malam tadi membuktikan kesedian PAS untuk memainkan peranan lebih serius dalam arus perdana politik tanah air, dalam berbagai isu tidak setakat hal-hal yang berkaitan dengan agama sahaja sebagaimana yang mahu digambarkan secara jahat oleh pihak lain. Dan ini cuma dapat diperolehi kiranya PAS bersedia bersikap lebih terbuka dengan melibatkan diri dalam pelbagai forum, perbincagan dan perundingan sebagaimana siri FASTFORWARD ini.

Tahniah Ustaz Nasha, mudah-mudahan lebih ramai lagi pemimpin PAS akan menyiapkan diri untuk mengambil bahagian dalam acara seumpama ini.

Tuesday, June 21, 2005

WAWANCARA BERSAMA TERAJU PUTERA UMNO
BANYAK YANG BOLEH DIPERTIKAIKAN


Dalam laman web Agendadaily di http://www.agendadaily.com/ dimuatkan wawancara eksklusif bersama Ketua Putera Umno yang baru ditubuhkan iaitu Abdul Azeez Abdul Rahim. Putera Umno, iaitu Biro dari Pergerakan Pemuda Umno ini diberikan tugas menawan anak-anak muda sekitar 18 hingga 25 tahun dan mereka ini mahu dilatih dan diberikan pendedahan agar menjadi instrument kearah mencapai cita-cita Malaysia maju pada tahun 2020.



Menurut seorang sumber yang menghubungi kami sebahagian besar dari jawapan Azeez terhadap wawancara ini adalah bohong dan palsu belaka. Menurut sumber tadi sesiapa yang tidak mempercayainya bolehlah melakukan siasatan sendiri samada melalui pendaftar syarikat ataupun mana-mana pihak yang berkaitan.

Beliau memberi contoh Azeez ada berkata:

Itulah mulanya saya berjaya sehinggalah saya dapat jual kereta pada mat salleh dan saya ada 7 showroom . Saya ada di tapak Gaint Kelana Jaya sekarang, jalan Kelang Lama dan dalam Subang Parade, itu ada jual kereta mewah.

Di dalam Subang Parade tidak ada showroom kereta. Kalau ada pun berkala pada musim-musim tertentu, tidak ada showroom yang kekal. Takkanlah Azeez nak mendakwa showroom seumpama itu sebagai sebahagian dari kononnya 7 showroomnya itu.

Satu lagi pembohongan yang lebih serius (dalam wawancara itu) adalah:

Kemudian saya beli syarikat Almarhum Sultan Selangor iaitu syarikat Wilayah Arm, setelah maju dalam berniaga, saya mula memberi bantuan kepada mereka yang tidak bernasib baik, pada rumah anak yatim, badan kebajikan, sekolah agama, sekolah anak yatim, Belia 4B, Pandu Puteri

Menurut sumber syarikat tersebut bukannya milik Almarhum Sultan Selangor, tidak masuk akal Almarhum Tuanku memiliki sebuah syarikat sedemikian rupa. Barangkali pemilik lesennya adalah kerabat di raja Selangor tetapi BUKAN Almarhum Sultan, mengapa Azeez menjual nama Almarhum dalam hal ini? Dan Azeez tidak pula memberitahu yang syarikat itu kemudiannya telah beliau jual dan kini pemiliknya bukan lagi beliau!

Dan lebih serius lagi Azeez mendakwa:

sejak dulu lagi saya memberi sumbangan dan bantuan, kemudian saya sambung belajar, saya buat Masters di sebuah Universiti di Amerika

Menurut sumber Azeez tidak pernah memasuki mana-mana universiti di Amerika apalagi berjaya mendapatkan ijazah sarjana di sana.

Dalam wawancara ini Azeez turut berkata:

Sesuatu yang salah tetap saya kata salah, haram tetap haram halal tetap halal prinsip saya jelas, saya tidak mahu kerana kawan saya nak pusing cakap, itu saya tak mahu! Bagi saya apa mak cakap adalah benar belaka.

Dan dalam hal ini berdasarkan kenyataan sumber sebagaimana yang telah dinyatakan, tidaklah salah kalau kita mula meragui kenyataan Azeez di atas. Kalau yang salah itu benar-benar salah, maka banyak yang perlu diperbetulkan oleh Azeez dan sedih melihatkan Umno akan menyerahkan nasib anak-anak muda kepada seorang yang kredibilitinya sangat-sangat dipertikaikan.

Kesimpulannya renunglah apa lagi kata Azeez dalam wawancara itu:

Pak Lah ke sana sini menyebut Islam Hadhari, yang faham siapa, ketua bahagian pun ada yang tak faham, apatah lagi akar umbi, jadi peluang yang berikan pada saya ini akan dipergunakan dengan sebaik-baiknya, saya akan pergi ke akar umbi untuk menterjemahkan apa itu mari bekerja bersama saya bukan untuk saya.

USTAZ NASHA DI TV1 malam ini

Saksikan Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin bin Mat Isa secara lansgung melalui TV1 malam ini jam 10.30 malam dalam siaran bahasa Inggeris FAST FORWARD.

MASA KHUSUS UNTUK WANITA DI KOLAM RENANG
BUKAN ALASAN AGAMA

Akhbar-akhbar tempatan sejak akhir-akhir ini membuat liputan meluas tentang kemasukan besar para pelancong dari Timur Tengah ke Malaysia. Pada tahun lepas sahaja dianggarkan negara menerima 165,000 pelancong dari destinasi ini.

Kerajaan Malaysia berhasrat untuk mempertingkatkan lagi jumlah kemasukan pelancong dari Timur Tengah ini dengan memperkenalkan beberapa langkah untuk menarik minat mereka. Ini kerana para pelancong dari Timur Tengah ini dikatakan berbelanja kira-kira RM5,780.00 seorang di Malaysia.



Antara langkah kerajaan adalah menggalakkan komplek-komplek membeli-belah beroperasi sehingga jam 2 pagi kerana meraikan budaya masyarakat di sana yang gemar membeli-belah sehingga lewat malam.

Namun apa yang ingin diulas di sini adalah pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pelancongan Zahid Hamidi sebagaimana yang dimuatkan dalam akhbar THE STAR di bawah tajuk

Pool time for women only
Waktu di kolam renang untuk wanita sahaja

Kata Zahid:

To attract more Middle East tourists some hotels had already allocated time for women to swim from 6pm to 9pm. Some West Asians were MORE SENSITIVE and having a women only time for pools would encourage them to visit Malaysia.

Untuk menarik lebih ramai pelancong Timur Tengah beberapa hotel telah pun memperuntukkan waktu renang untuk wanita iaitu dari 6 petang ke 9 malam. Sebahagian mereka dari Asia Barat LEBIH SENSITIF dan memperuntukkan waktu untuk wanita sahaja di kolam-kolam renang akan menggalakkan mereka mengunjungi Malaysia.

Inilah realiti hidup di Malaysia hari ini. Kita tidak lagi melihat sesuatu permasalahan ataupun isu itu dari perspektif dan kacamata Islam. Contoh ini menunjukkan kesediaan pihak kerajaan merobah peraturan demi memperolehi keuntungan kewangan. Kita seolah terlupa bahawa tuntutan untuk waktu renang berasingan ini bukannya kerana budaya tetapi sebenarnya kerana hukum Islam terang-terangan mengharamkan pendedahan aurat dikhalayak ramai.

Tetapi oleh kerana kita mengejar Islam Tamadun yang cuma mengejar limpahan keuntungan tanpa memberikan keutamaan ataupun pertimbangan terhadap aspek agama maka demikianlah jadinya kita ini. Bersedia dan sanggup melentur dan meminda apa sahaja peraturan dan syarat asalkan boleh untung sudah. Sampai bila kita akan begini?

Monday, June 20, 2005

EKSKLUSIF GAMBAR: TIMBALAN PRESIDEN PAS MENGUNJUNGI USTAZ AZIZAN DAN PAK SHAHNON DI PULAU PINANG

Timbalan Presiden PAS yang baru Ustaz Nasharudin Mat Isa telah meluangkan masa pada hari Sabtu lepas untuk mengunjungi Pesuruhjaya PAS Kedah YB Ustaz Azizan Abd Razak di Hospital Besar Pulau Pinang. Ustaz Azizan baru sahaja menjalani pembedahan jantung dan sedang beransur pulih.




Dan semasa berada di Pulau Pinang Ustaz Nasha turut menziarahi bekas ahli Parlimen PAS Kawasan Sik iaitu Sasterawan Negara Prof Emeritus Shahnon Ahmad di kediaman beliau di Minden Heights, Gerogetown. Pak Shahnon telah sempat bermesra dengan Ustaz Nasha yang sempat bersama-sama dengan beliau di Parlimen pada penggal lalu.

SIAPA PEGANG KEMUDI PUTERA UMNO?

Semalam Pak Lah selaku Presiden Umno telah hadir merasmikan pelancaran gilang-gemilang sayap baru Umno iaitu Putera Umno. Majlis berlangsung di Stadium Hang Tuah Melaka.


PALING KANAN KETUA PUTERA UMNO YANG BARU LAHIR

Acara yang dipenuhi dengan konsert dan hiburan itu bermula seawal jam 3.00 petang dengan konsert dan persembahan oleh barisan artis jemputan termasuklah Aznil Nawawi dan KRU. Menurut laporan stadium telah dibanjiri lebih 30,000 orang muda-mudi yang pastinya tertarik dan terpikat dengan program hiburan pada malam tersebut.

Menurut Ketua Pemuda Umno Hishamuddin Tun Hussien yang berucap dalam acara tersebut, penubuhan Putera Umno membuktikan komitmen Presiden UMNO yang ingin memastikan anak-anak bangsa Melayu bergerak cemerlang agar hasrat negara menjadi Malaysia maju pada 2020 tercapai.

Putera Umno ini membuka keahliannya kepada golongan remaja dan belia Melayu berusia antara 18 dan 25 tahun dan ianya diketuai oleh salah seorang EXCO Pemuda Umno iaitu Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang akan dikenali sebagai Pengerusi Biro Putera Umno.

Menurut sumber Pemuda Umno memperjudikan nasib para remaja apabila memberikan teraju kepada seorang yang diragui kebersihan serta kedudukannya dalam masyarakat. Sumber itu berkata bagaimana seorang yang telah dituduh melakukan ugut dengan senjatapi di mahkamah (yang kesnya sedang berjalan di mahkamah) boleh diberikan amanah memimpin anak-anak remaja yang kononnya kelak akan menjadi galang-ganti pemimpin masa depan negara?

Malah menurut sumber itu lagi pemimpin ini mempunyai banyak lagi kes sivil yang sedang menanti di mahkamah berhubung perniagaan dan hutang. Dan anugerah Datuk yang beliau sandang juga turut dipertikaikan. Ini tidak termasuk akhlaknya yang suka berfoya-foya dan pernah terlibat dengan isteri orang.

Sejauh mana kebenaran makulmat ini masih dalam proses disahihkan namun menurut penyampai sumber, sesiapa yang mempertikaikannya bolehlah buat carian sendiri di mahkamah dan bertanya dengan sesiapa sahaja yang kenal rapat dengan pemimpin ini!

Kesimpulannya Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda:

Jika suatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat (kehancuran) nya.(HR. Bukhari Muslim)

Sunday, June 19, 2005

ANNUAR MUSA: PAS TERLALU KECIL DAN TIDAK SIGNIFIKAN

Menjelang Muktamar PAS ke 51 lalu, PAS telah menjadi bahan berita hangat samada dalam Negara termasuklah di luar. Ramai menantikan saf pimpinan baru PAS yang diputuskan oleh para perwakilan di dalam muktamar tersebut. Sehinggakan apabila keputusan rasmi diumumkan dengan munculnya pimpinan baru dan muda dalam saf pimpinan tertinggi parti yang diterajui Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang itu, akhbar THE STAR bertarikh 6 Jun 2005 memuatkan tajuk:

Most dramatic change in decades
Pertukaran paling dramatik sejak berdekad-dekad

Namun pepatah Inggeris ada berkata daging untuk seserang mungkin racun pula untuk seseorang yang lain. Demikianlah halnya dalam MINGGUAN MALAYSIA hari ini. Annuar Musa Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan dan juga Ketua Pembangkang DUN Kelantan telah menggunakan sepenuhnya wawacara beliau dalam akhbar tersebut untuk menyerang dan memperlekehkan pimpinan baru PAS serta masa depan PAS samada diperingkat nasional maupun diperingkat Kelantan.

Annuar memang berhak mengatakan apa sahaja yang beliau mahu, soal samada rakyat boleh terima ataupun tidak, itu terpulanglah kepada rakyat sendiri. Di dalam wawancara tersebut, walaupun para perwakilan PAS telah memberikan kepercayaan kepada satu kombinasi pimpinan yang baru dan bertenaga, Annuar dengan angkuh berkata:

Orang akan tanya orang nak gunakan PAS untuk apa? Nak guna PAS masuk syurga? Mungkin tahun 1960 orang percaya, tahun 2005 orang tak percaya. Jadi orang nak pertahankan PAS untuk apa? Nak pertahankan PAS kerana nak membentuk sebuah negara Islam? Bila orang tengok Umno lebih mempamerkan negara Islam yang lebih berjaya orang akan tolak PAS. Apalagi bila diberi kepercayaan jaga Kelantan pun tak boleh jaga, macam mana orang nak percaya dia boleh jaga Malaysia.

Benarkah Umno mempamirkan Negara Islam yang lebih berjaya? Naib Presiden PAS Husam Musa ketika berucapa dalam majlis munaqasyah ucapan dasar Presiden PAS di Kapar, Selangor baru-baru ini berkata antara lain:

10 prinsip Islam Hadhari yang dianuti Umno itu langsung tidak menyentuh aspek perlaksanaan syariat Islam.

Kalau namanya Negara Islam tetapi tiada roh dan jiwa Islam maka selagi itulah untuk pengetahuan Annuar PAS akan terus diperlukan.

Dalam keghairahannya menyerang PAS Annuar seolah-olah hilang pertimbangan kewarasan apabila menuntut agar dasar dan pronsip perjuangan PAS diubah terlebih dahulu sebelum rakyat dapat menerima PAS. Beliau berkata:

Selagi fundamental Pas tidak berubah - dia boleh tukar pemimpin tetapi tidak mungkin akan berlaku perubahan yang benar-benar meletakkan mereka pada landasan yang betul. Bermakna, Pas ini umpama orang yang membina kapal tanpa menyukat kekuatan ombak dan gelombang. Dia tidak akan berjaya. Ombak dan gelombang berubah tapi mereka masih menggunakan kapal korek yang sama

Fundamental PAS adalah terkandung dalam Fasal 5 perlembagaannya iaitu:

Memperjuangkan wujudnya dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Kalau ini dinamakan kapal korek, maka saya yakin kapal korek ini masih bertenaga sejak ditubuhkan 53 tahun lalu dan akan terus bertenaga dan digunakan oleh PAS sampai bila-bila. Sokongan besar ataupun kecil dari rakyat terhadap PAS adalah hakikatnya kerana PAS berpegang pada fundamental ini. Siapa Annuar untuk mengarahkan PAS berbuat sebaliknya?!

Jelas Annuar sebenarnya bimbang dengan perkembangan yang terbaru berlaku dalam PAS namun cuba menunjukkan muka tebal kerana takkanlkah Ketua Umno di bumi PAS mahu tunjuk kelemahan. Beliau berkata:

Saya fikir orang baru bila dapat jawatan, dia terlupa dia menang timbalan sebenarnya, bukan menang Presiden. Bila saya baca interviu Husam, dia fikir dia dah jadi Mursyidul Am dan Menteri Besar Kelantan. Tak mungkin seseorang yang pegang jawatan kecil dalam parti macam itu dapat mengubah. Sebab itu pada saya, ini satu euphoria (rasa sangat gembira) selepas mana-mana pemilihan, perkara biasa.

Annuar terpaksa menyerang Husam kerana Husam kini adalah Naib Presiden PAS dan PAS Kelantan disamping diwakili Husam turut mempunyai Kamaruddin Jaafar yang kini menjawat jawatan Setiausaha Agung PAS. Bermakna dengan kekuatan ini Umno Kelantan semakin tertekan dan sukar memungkinkan Annuar bertakhta sebagai MB setelah menunggu sekian lama.

Menurut Husam semasa di Kapar, ketika peresmian Muktamar PAS ke 51 di Kota Bharu awal Jun lalu, melalui usaha Ibrahim Ali, antara yang turut hadir mendengar ucapan dasar Presiden PAS adalah 2 orang Ketua Umno cawangan dalam DUN Kijang iaitu kawasan Husam sendiri. Kalau Ketua Umno cawangan pun dah berjinak dengan PAS, Annuar tak perlulah sibuk darihal jawatan kecil atau jawatan besar, jaga parti sendiri silap lengkah jangan kerusi ketua pembangkang, kerusi DUN sendiri pun lesap dihanyutkan oleh parti yang kecil dan tidak signifikan ini!

Saturday, June 18, 2005

RAYUAN DARI KAMUNTING
BILAKAH LAGI KEZALIMAN MAHU DISINGKAP

Akhbar THE STAR hari ini melaporkan darihal kunjungan anggota Kaukus Parlimen berkenaan Hak Asasi Manusia ke Kem Tahanan Kamunting yang menahan mereka yang dituduh tanpa bicara di bawah undang-undang zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA.

Menurut laporan terdapat seramai 115 tahanan yang merengkuk di Kem Kamunting tanpa diberikan peluang membela diri di mahkamah terbuka. Dari kumpulan besar ini seramai 68 terdiri dari mereka yang kononnya terlibat dengan JI, 9 kononnya terlibat dalam KMM, 22 atas kesalahan kononnya terlibat dalam pengeluaran wang palsu, 13 dokumen palsu dan seorang pakar dalam pengeluaran komponan nuklear.

Menahan mereka ini dalam tempoh yang tidak diputuskan, tanpa memberi ruang dan peluang membela diri, adalah satu kezaliman yang sudah pasti mencemarkan rekod hak asasi manusia negara ini. Bayangkan trauma yang dihadapi oleh anak-isteri para tahanan. Menanti-nanti kepulangan bapa dan suami masing-masing sehingga entah berapa lama. Siapakah yang memperdulikan penghidupan mereka di luar, belanja hidup, persekolahan, rumah, kasih sayang!

Menurut NST jurucakap para tahanan mendakwa bahawa waktu lawatan kaum keluarga turut disekat oleh pihak penguasa kem sekaligus menambahkan lagi penderitaan yang telah sedia mereka pikul.

Kerajaan Malaysia perlu menunjukkan sikap bertanggungjawab, samada mendakwa mereka ini di mahkamah terbuka, ataupun jika tiada kes segera membebaskan mereka agar dapat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. Malah menurut Ketua Pembangkang Lim Kit Siang, salah seorang anggota kaukus ini, para tahanan merungut mengapa 2 orang anggota kanan Jemaah Islam JI iaitu Mohd Iqbal (warga Indonesia) dan Wan Min Wan Mat yang kedua-duanya merupakan pakar membuat bom dibebaskan oleh kerajaan pada tahun lepas sedangkan mereka yang lain yang tidakpun merupakan ancaman kepada negara terus ditahan.

Perkara ini perlu diberi perhatian agar negara tidak terus dipandang serong oleh dunia luar. Baru-baru ini bekas PM Mahathir Mohamad bersungguh mendesak junta tentera Myanmar agar segera membebaskan Suu Kyi, tahanan politik di Myanmar. Jangan kita dilihat laksana ketam, berdegar-degar menyuruh anak berjalan lurus, sedangkan kita sendiri merangkak herot tak sedar diri!

Friday, June 17, 2005

RAFIDAH PULA MENGADU URUSAN BAWAH HIDUNGNYA

Akhabr NST hari ini melaporkan betapa Menteri Perindustrian Antarabangsa yang juga ahli parlimen Kuala Kangsar melenting apabila mendapat tahu bahawa Majlis Daerah Kuala Kangsar bercadang berbelanja RM51.5 juta untuk kerja-kerja lanskap dan hanya RM1.5 juta untuk pembasmian kemiskinan. Kata Rafidah bajet majlis daerah itu sungguh tunggang-langgang dan perlu disemak semula.



Menurut laporan MDKK akan berbelanja RM11.2 juta untuk kerja-kerja lanskap dipersisiran Sungai Sayong, RM8 juta untuk pembinaan taman, RM3.6 juta untuk menaik taraf kawasan perumahan dan RM1.8 juta untuk menghijaukan jalan-jalan.

Kononnya Rafidah akan membangkitkan hal bajet tunggang-langgang ini dalam mesyuarat kabinet akan datang.

Soalnya kenapa Rafidah pertikaikan apa yang berlaku dalam dapurnya sendiri? Bukankah beliau ahli parlimen Kuala Kangsar? Tidakkah beliau dimaklumkan atau meminta dimaklumkan dari masa kesemasa darihal perkembangan di kawasan parlimen beliau sendiri? Mengapa Rafidah atau kalau terlalu sibuk, sekurang-kurangnya wakilnya tidak duduk dalam Majlis Tindakan Daerah? Atau barangkali memang ada duduk tapi tidak beri perhatian?

Kes ini sama sahaja dengan kes Menteri Pelajaran yang merungut akan kekeurangan kemudahan di sekolah-sekolah terutama bekalan asas umpama air dan letrik, Timbalan Menteri Keselamtan Dalam Negeri yang merungut tentang ketidakberkesanan kempen anti dadah.

Apa lagi yang nak rakyat harapkan jika mereka yang diberi amanah pun mempertikaikan urusan dalam pertanggungjawaban mereka! Kalau inilah jenis kualiti kerja menteri-menteri kabinet dan ahli parlimen BN, maka rakyat perlu menyemak semula sokongan mereka sebelum ianya berlarutan dan membawa padah kepada negara.

* Maaf menurut Utusan PBT yang dimaksudkan adalah Majlis Perbandaran Kuala Kangsar ataupun MPKK bukannya MDKK.

MAHATHIR TUNTUT PEMBEBASAN SUU KYI
TETAPI YANG DITAHAN DIZAMANNYA MASIH DI KAMUNTING


AFP hari ini melaporkan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad menuntut agar junta tentera di Myanmar membebaskan pemimpin demokrasi Aung San Suu Kyi. Mahathir dikenali mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan Myanmar malah beliaulah bertanggungjawab ketika PM dahulu untuk menyokong penyertaan Myanmar ke dalam ASEAN.



Suu Kyi yang kini dalam tahanan di rumah telah memimpin parti beliau NLD memenangi pilihanraya pertama Mynamar pada tahun 1990. Namun kemenangan besar beliau itu telah tidak diiktiraf oleh pihak tentera dan sejak itu beliau telah dikenakan pelbagai tindakan yang menyekat kebebasan beliau dan rakan-rakan di dalam partinya.

Bagi mereka yang mengenali Mahahtir sudah pasti akan berasa lucu mendengar desakan Mahathir ini. Kerana semasa beliau PM dahulu Mahathirlah salah seorang PM Malaysia yang acapkali menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA untuk menahan mereka-mereka yang menentang beliau samada dari pimpinan parti politik pembangkang, penggerak NGO sehinggalah kalangan anggota partinya sendiri! Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, anggota-anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pernah beliau tahan malah bekas Timbalan Perdana Menteri beliau sendiri bukan setakat pernah ditahan amalah dipukul semsa dalam tahanan ISA.

Ada diantara tahanan ISA yang ditahan semasa beliau PM dahulu masih merengkok dalam tahanan tanpa dituduh di mahkamah sehinggalah ke hari ini. Tiba-tiba diperingkat antarabangsa beliau begitu bersungguh mahu mendesak negara lain membebaskan tahanan politik mereka.

Saya kira desakan ini akan ditertawakan diperingkat antarabangsa kerana siapa yang tidak mengenali perangai beliau semasa PM dahulu. Tahniah Mahathir kerana terus mencemarkan nama Malaysia dimata dunia walaupun setelah bersara.

Thursday, June 16, 2005

APABILA SI JAHIL TURUT BERBICARA TENTANG ISLAM

Sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Syariah di Kuantan menjatuhkan hukuman sebat 6 kali dan denda RM5000 tiap-tiap seorang ke atas 2 orang peminum arak yang didapati bersalah, seluruh akhbar media perdana sebagaimana biasa mensasikan keputusan tersebut.

Ada yang mempertikaikannya dan tidak kurang juga yang menyokong. Blog Jeff Ooi umpamanya secara berseloroh mengulas dengan tajuk:

No it neednt be in Kelantan/ Ia tidak semestinya berlaku di Kelantan

Menurut Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Dr Ismail Ibrahim pihak akhbar tidak sepatutnya mensasikan hukuman ini kerana ianya seolah-olah memberikan gambaran bahawa perundangan Islam itu zalim.

Yang paling menarik adalah ulasan Sisters in Islam. Menurut pengurus programnya Masjaliza Hamzah sebagaimana yang dilaporkan di dalam THE STAR:

The Quran did not spell out a punishment for the consumption of intoxicants either in private or in public. By making public consumption of alcohol an offence under the Syariah Criminal Offences Act, the government has criminalized what is deemed a personal sin.

Quran tidak menjelaskan darihal hukuman ke atas peminum arak samada dalam majlis tertutup ataupun terbuka. Dengan meletakkan perbuatan meminum arak di khalayak sebagai satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah kerajaan sebenarnya telah meletakkan sebagai jenayah satu yang sebenarnya sekadar kesalahan (dosa) peribadi.

Apabila mereka yang jahil darihal Islam turut mahu berbahas dan memperkatakan darihal Islam, ketika itulah sebenarnya Islam akan dihina dan dipandang rendah Islam tidak pernah melarang kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat namun apabila yang mahu kita ulas itu adalah soal hukum dan perundangan kita seharusnya memiliki atapun menguasai ilmu berkenaannya.

Dalam ilmu dan bidang apa sekalipun demikianlah baisanya disiplinnya.

Sumber hukum di dalam Islam adalah berpandukan al Quran, Hadis, Qias dan Ijmak. Memahami hukum dan perundangan Islam menuntut penguasaan terhadap kempat-empat sumber ini, itullah disiplinnya.

Apabila Masjaliza berhujah yang Quran tidak menjelaskan darihal hukuman yang sepatutnya dikenakan terhadap peminum arak, beliau seolah-olah menolak sumber hukum Islam yang lain. Disinilah bukti kurangnya penguasaan ilmu Masjaliza sedangkan beliau mewakili NGO yang acapkali mahu sahaja mengeluarkan ulasan berkenaan Islam.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah berkata:

Barangsiapa melakukan suatu pekerjaan tanpa ilmu pengetahuan tentang itu maka apa yang dia rusak lebih banyak daripada apa yang dia perbaiki.

Manakala Khalifah Abu Bakar ra pula pernah berkata:

Langit mana yang melindungi diriku dan bumi mana yang akan menjadi tempat pijakkanku, kalau aku mengatakan sesuatu yang tidak kuketahui.

Saya sendiri bukanlah pakar tentang hukum dan perundangan Islam namun tahu bahawa ayat-ayat yang mengharamkan arak memang jelas samada dalam al Quran maupun Hadis. Hukuman ke atas pesalah arak ini walaubagaimanapun tidak dihuraikan dalam al Quran kecuali dalam amalan Rasulullah saw sendiri.

Diriwayatkan daripada Husain bin al-Munzir bahawa ketika Saidina Ali ditugaskan oleh Saidina Uthman untuk menghukum sebat ke atas al-Walid bin Uqbah, beliau berkata yang maksudnya :
Rasulullah s.a.w. telah menghukum sebanyak 40 kali sebatan begitu juga Saidina Abu Bakar tetapi Saidina Umar menghukum sebanyak lapan puluh kali semuanya aalah sunnah yang ini aku lebih sukai.

Janganlah kita menyalahgunakan platform yang ada untuk memperlekeh dan menghina Islam yang dianuti oleh jutaan insan dalam dunia ini. Rujuklah pada yang pakar dan berhujahlah berdasarkan fakta, kalau perundangan dan hukum Islam yang mahu diulas maka kembalilah kepada sumbernya, jangan ikut akal dan emosi sendiri.

Kesimpulannya eloklah direnungi tulisan Dr Yusuf Qardawi yang berbunyi:

Sesungguhnya ilmu pengetahuan mesti didahulukan atas amal perbuatan, karena ilmu pengetahuanlah yang mampu membedakan antara yang haq dan yang bathil dalam keyakinan umat manusia, antara yang benar dan yang salah di dalam perkataan mereka, antara perbuatan-perbuatan yang disunatkan dan yang bid ah dalam ibadah, antara yang benar dan yang tidak benar di dalam melakukan muamalah, antara tindakan yang halal dan tindakan yang haram, antara yang terpuji dan yang hina di dalam akhlak
manusia; antara ukuran yang diterima dan ukuran yang ditolak; antara perbuatan dan perkataan yang bisa diterima dan yang tidak dapat diterima.

Wednesday, June 15, 2005

KELANTAN AKAN MENGIZINKAN KARAOKE DAN SNUKER
: BUKTI KETERBUKAAN ISLAM

PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1990, dan sejak itu sebarang aktiviti berbentuk maksiat yang berada dalam bidangkuasa kerajaan negeri telah dibendung selaras dengan slogannya Membangun Bersama Islam. Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan telah diperkenalkan yang sekaligus mengharamkan semua aktiviti snuker, billiard dan karaoke.

Premis-premis perjudian yang dilesenkan oleh kerajaan pusat telah tidak diperbaharukan lesen premisnya yang telah mengakibatkan industri judi yang dibenarkan oleh kerajaan Umno/BN lalu di tutup sama-sekali.

Aktiviti snuker, billiard dan karaoke yang sebenarnya harus dari segi hukum itu terpaksa diharamkan oleh kerana selama di bawah pemerintahan kerajaan BN ianya telah bertukar wajah dari aktiviti yang bersih dan sihat kepada yang mencurigakan, penuh dengan unsur maksiat, judi dan lain-lain yang tidak sihat belaka.

Contohnya boleh dilihat di Kuala Lumpur pada hari ini, dimana pusat-pusat ini bercermin gelap, berlampu malap. Pergaulan bebas perkara yang lumrah, malah ada pusat-pusat karaoke yang turut menyediakan gadis-gadis GRO yang boleh menemani para pengunjung sehingga memungkinkan aktiviti maksiatyang lebih dahsyat. Arak adalah minuman ruji dalam pusat-pusat karaoke.

Kini kerajaan PAS Kelantan berhasrat menyemak semula keputusan ini, dan berkemungkinan setelah mendapat kelulusan EXCO aktiviti snuker, billiard dan karaoke akan dibenarkan kembali namun dengan diberikan suntikan Islam agar ianya tidak bertentangan lagi dengan syarak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Takiyuddin Hassan aktiviti snuker dan billiard tidak lagi akan diistilahkan sebagai aktiviti hiburan, sebaliknya sebagai aktiviti sukan dan oleh itu terkeluar dari larangan enakmen berkenaan. Syarat yang akan dikenakan adalah bahawa permohonan lesennya hanya boleh dipohon oleh persatuan snuker dan billiard yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan. Cuma ahli-ahli persatuan sahaja yang dibenarkan mengunjungi pusat-pusat ini. Bermakna pusat snuker dan billiard di Kelantan kelak akan berwajah baru dan tidak lagi menjadi tempat-tempat lepak dan bepelisiran sebagaimana di negeri-negeri lain.

Demikian juga halnya dengan pusat-pusat karaoke. Menurut Takiyuddin berkemungkinan lesen karaoke yang baru akan hanya diluluskan dengan syarat pengunjungnya terdiri dari kalangan anggota keluarga dan tidak lagi pasang-pasangan yang bukan mahram. (Perkara seumpama ini kini dilakukan di Republik Islam Iran dan berjaya dilaksanakan) Juga tidak akan ada bilik-bilik khas manakala lagu-lagu yang dibenarkan berkemungkinan lagu-lagu berentak nasyid sahaja.

Bermakna juga jika berjaya Kelantan akan menjadi negara pertama yang merobah struktur dan konsep pusat-pusat karaoke dari pusat-pusat maksiat yang menghidangkan arak dengan gadis-gadis GRO yang boleh dijamah dan diambil kesempatan bertukar menjadi pusat memupuk keteguhan dan keharmonian keluarga, pusat hiburan secara Islam contoh!

Kita berdoa semoga ianya berjaya dan insyallah kemudian akan menjadi tuntutan rakyat untuk dilaksanakan pula di tempat-tempat lain.

Tuesday, June 14, 2005

EROPAH PUN MENENTANG PEMBERIAN JARUM PERCUMA

Seorang pengunjung tetap BLOG ini telah memperkenalkan satu laman web yang sungguh menarik dan bermaklumat iaitu EUROPE AGAINST DRUGS di http://www.eurad.net/index.htm Ia menjadi menarik khususnya apabila kita membincangkan darihal isu pemberian jarum dan kondom percuma kepada para pengidap HIV AIDS.



EUROPE AGAINST DRUGS atau EAD ini adalah sebuah badan NGO yang ditubuhkan di Berlin pada tahun 1988 dengan matlamat memperkenalkan polisi dan program bagi tujuan pencegahan penyalahgunaan dadah dan usaha-usaha pemulihan. Ia memiliki status perunding diperingkat Majlis Eropah dan ahli Jawatankuasa Narkotik UN di Vienna.

Adakah pemberian jarum percuma ini berjaya di sana?

Menurut EAD:

We also advise communities to remember that needle/syringe programmes promote a dangerous behaviour and life style which might increase the risk of spreading HIV/AIDS.
Kami memberikan nasihat kepada pelbagai masyarakat bahawa program (memberikan percuma) jarum sebenarnya menggalakkan amalan hidup yang merbahaya dan malah akan mempertingkatkan lagi penyibaran HIV/AIDS.

It is possible for communities to reduce the grave practice of drug abuse. It has been done in many different countries at different times- and it can be done again.
Tidaklah mustahil bagi pelbagai masyarakat untuk mengurangkan amalan penyalahgunaan dadah ini. Ianya pernah dilakukan di banyak negara pada waktu-waktu tertentu – dan ianya masih boleh dilakukan.


EURAD wishes to state clearly that it is drug abuse which is the source of the drugs epidemic.
EURAD ingin menegaskan bahawa penyalahgunaan dadah itulah sebenarnya punca utama masalah dadah.



The main question is how we can force drug abuse into retreat-not how we can make it safer. Free syringes to addicts can increase drug abuse by giving the impression that under these conditions abuse is safe.What in the short-term appears to be harm reduction may in the long-term prove to be harm production
Persoalan utama
bagaimana dapat kita memaksa pengunduran amalan penyalahgunaan dadah ini – bukannya bagaimana mahu kita jadikannya selamat. Pemberian jarum percuma kepada para penagih akan hanya mempertingkatkan penyalahgunaan dadah itu sendiri dengan memberikan gambaran seolah-olah amalan ini selamat. Apa yang pada waktu jangka pendek dilihat mengurangkan masalah sebenarnya pada waktu jangka panjang akan hanya melahirkan lebih banyak masalah.

Dalam laman web ini digariskan antaranya beberapa fakta dan masalah berhubung dengan pengaih yang mengunakan jarum antaranya:

1) Para penagih biasanya akan hilang sabar untuk mengenakan suntikan susulan dan tidak semestinya menunggu untuk menggunakan jarum baru
2) Ada kalangan penagih yang enggan menghentikaan amalan berkongsi jarum (semacam satu budaya)
3) Pengaih dadah jenis ini biasanya diancam maut bukan hanya melalui AIDS tetapi juga melalui ovredose, kemalangan, mengganas apabila khayal dan lain-lain

Soalnya berdasarkan pengalaman atau fakta manakah yang mendorong Kementerian Kesihatan untuk menjalankan program pemberian jarum dan kondom percuma ini. Takkanlah usaha yang gagal dan sia-sia di tempat lain mahu digunapakai pula di negara ini! Kemeterian Kesihatan perlu bertanggungjawab, dan menimbangkan hal ini dengan lebih mendalam jika tidak kita akan menjadi bahan gelak ketawa negara lain.

(Terima kasih Sdr Yasir)

BERJAYA SPORTS TOTO CATAT KEUNTUNGAN BESAR
DALAM NEGARA ISLAM HADHARI

Kerajaan Malaysia sejak dari Merdeka sehingga kehari ini memberikan keizinan berlesen kepada syarikat-syarikat judi untuk menjalankan kegiatannya dalam negara walaupun majoriti rakyat negara ini menganut agama Islam dan Islam merupakan agama resmi Persekutuan menurut perlembagaan Persekutuan.

Kini hampir kesemua syarikat yang terlibat dalam industri ini adalah terdiri dari syarikat-syarikat gergasi belaka yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Dalam akhbar hari ini salah sebuah syarikat tersebut iaitu Berjaya Sports Toto Berhad telah mengumumkan keuntungan lebih 143 peratus berbanding tahun lalu bagi tempuh kewangan berakhir April 2005. Dengan mengendalikan aktiviti perjudian syarikat ini telah mengaut hasil sebanyak RM2.67 billion bagi tempoh kewangan yang dimaksudkan dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM488.39 juta!



Dan syarikat ini menjangka prestasinya untuk tahun 2005-2006 ini akan bertambah baik memandangkan jangkaan kenaikan jumlah perbelanjaan para pengguna dalam negara keseluruhannya.

Allah swt mengharamkan judi dan aktiviti perjudian. Di dalam Al Quran surah al Maidah ayat 90:

Hai orang-orang yang beriman. Sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib itu adalah kotor dari amalan syaitan.

Dan dalam surah Al Baqarah ayat 219

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya (arak dan judi ) ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya

Bagi Kerajaan Malaysia, orang Islam tidak dibenarkan membeli atau menikam nombor di premis-premis perjudian yang dimaksudkan. Memang kalau kita mengunjungi premis-premis ini ada notis larangan, walaubagaimanapun sejauh mana ianya dikuatkasakan wallahualam kerana rata-rata penganut Islam samada warganegara Malaysia, pekerja asing yang beragama Islam, boleh dilihat berkeliaran di premis-premis judi ini apabila ada hari cabutan. Barangkali kalau mereka tak berani beli, mereka mengupah pula orang lain untuk beli, kan mudah begitu.

Orang Islam dilarang membeli, namun orang Islam tidak pernah dilarang samada membeli saham, menjadi ahli lembaga pengarah ataupun bekerja sebagai kakitangan syarikat-syarikat ini. Comtohnya kalau kita mengunjungi laman web Berjaya Sports Toto dari barisan ahli lembaga pengarahnya terdapat dua nama Melayu Islam iaitu Tan Sri Dato Jaffar Bin Abdul (bekas Timbalan Ketua Polis Negara) dan Mohamed Saleh Bin Gomu (bekas pegawai kanan PDRM).

Suka tak suka inilah realiti dalam negara kita pada hari ini. Kita ghairah mahu negara lain mengambil kita sebagai negara Islam contoh, tetapi amalan yang dilarang dan dilaknat oleh Allah swt kita izinkan dalam negara kita sendiri tanpa sedikit pun rasa bersalah. Sampai bila kita mahu berterusan sebegini?

Monday, June 13, 2005

JARUM DAN KONDOM PERCUMA HAMPIR MENJADI REALITI

Cadangan pemberian kondom dan jarum suntikan percuma kepada para penagih jenis IDU (injecting drug user : penagih mengunakan jarum) bagi mengelakkan jangkitan HIV AIDS dikatakan akan mengakibatkan kerajaan berbelanja RM145 juta setahun. Kata Menteri Kesihatan Dr Chua Soi Lek jumlah ini berpatutan memandangkan ianya dapat mengelakkan 90,000 pengidap HIV baru dimana kerajaan kini berbelanja lebih RM500 juta setahun untuk merawat mereka.



Sekali lagi kita terpegun mendengar dan membaca kisah sorong papan tarik papan yang melibatkan polimik kondom dan jarum suntikan percuma ini.

Dengan mendedahkan angka-angka ini bermakna Dr Chua cuba sedaya upaya meyakinkan orang-ramai bahawa eloklah diberi kondom dan jarum percuma jika tidak kerajaan akan menanggung kos perbelanjaan yang lebih besar!

Bagi saya penagihan dadah itu lebih-lebih lagi yang melibatkan IDU adalah merupakan penyakit sosial yang serius yang tidak boleh dibiarkan berlarutan. Ia meruntuhkan peradaban manusia dan bagaimana kita boleh terima mereka sebagai sebahagian dari anggota masyarakat yang normal.

Kita seolah mahu membenarkan mereka terus hidup sebagai penagih kerana jarum-jarum bersih kita bekalkan pada mereka secara percuma. Dan kita menobatkan pula mereka terus sebagai ketua keluarga kerana kita memberikan mereka kondom percuma apabila sahaja mahu mengadakan hubungan seks dengan isteri.

Mereka ini bukan manusia yang normal. Mereka berpenyakit, bermasalah dan perlukan rawatan. Mereka hanya boleh dibiarkan bebas berkeluarga dan bermasyarakat apabila mereka telah sembuh dan bersih dari dadah.

Bayangkan suatu keluarga, yang ketua keluarganya seorang penagih jenis IDU, apa Menteri Kesihatan tidak mengambil kirakah perkara ini? Mereka ini lemah pertimbangan, mudah berputus asa, dan akan lakukan apa sahaja untuk melepaskan ketagihan mereka. Kita pula galakkan mereka terus hidup berkeluarga, hari ini kita beri jarum dan kondom percuma barangkali esok kita berikan elaun dan bekalan dadah pula!

Saya melihat mereka ini jika berkeluarga pasti akan memiliki keluarga yang porak peranda. Isteri mana yang sanggup berterusan berkongsi hidup dengan suami jenis penagih IDU. Mahukah anak-anak hidup dengan bapa yang berpenyakit seperti ini? Mereka ini pasti tidak berkerja, dan pasti mengundang lebih banyak masalah kepada masyarakat dan negara.

Oleh itu janganlah kerana kita mahu mengekang satu bahaya maka kita mengendurkan pula kawalan dan perang terhadap bahaya yang lain. Percayalah rancangan memberikan jarum dan kondom percuma ini akan hanya mengundang berbagai bala dan kesusahan lagi, yang untungnya pasti para pembekalnya.

Benar angka pengidap HIV AIDS meningkat dari tahun ke tahun menurut statistik dari 1986 sehingga 2004 terdapat 64, 439 pengidap. Bagi tahun 2004 sahaja terdapat 6,427 kes baru. Dan 75 peratus dari pengidapnya merupakan penagih jenis IDU.

Maka kita perlu sebenarnya mempertingkatkan lagi perang kita terhadap najis dadah. Perketatkan lagi penguatkuasaan, bagaimana jadinya semakin kita maju semakin berlambak jenis dadah ini dipasaran. Perkenakan langkah lebih serius lagi. Tapi bersetuju dengan jarum dan kondom percuma ini bagi saya tak secara langsung mengahalalkan terus aktiviti penagihan dadah ini. Kita mengaku kalah dan mengaku bahawa usaha kita selama ini telah gagal!

Semoga Allah swt melindungi kita dari murka Nya.

MUZAKARAH:
UMNO KATA TIADA JEMPUTAN RASMI

Mukatamar Tahunan PAS ke 51 yang lalu berakhir dengan tawaran untuk bermuzakarah dengan Umno khususnya berkenaan konsep Islam Hadhari. Dan saya percaya tajuk muzakarah ini sekiranya berjaya diadakan bolehlah diperluaskan lagi skopnya yang penting untuk mengusahakan agar kedua-dua parti terbesar dalam negara ini agar dapat duduk berunding dan berbincang khasnya berkenaan nasib dan masa depan Islam dalam negara.



Setiausaha Agung Umno Radzi Sheikh Ahmad apabila diajukan persoalan adakah Umno bersedia untuk menjayakan muzakarah ini beliau berkata Umno belum dimaklumkan lagi secara rasmi.

Oleh itu memandangkan Umno perlukan makluman secara rasmi maka saya mencadangkan agar PAS segera mengutuskan surat rasmi. Kerana pasti beberapa round perundingan lagi akan berjalan sebelum sesuatu yang konkrit dapat diusahakan.

Biarlah kita jujur dan ikhlas dalam membicarakan permasalahan yang berlarutan menghantui umat Islam dalam negara ini. Islam sekarang diperingkat memerlukan sangat pembelaan demi memastikan survivalnya. Lakukanlah sesutu demi memartabatkan agama suci ini serta mempertahankan akidah kita masing-masing.

Contohnya jika ada yang berkesempatan menonton siaran AGENDA di Astro semalam betapa kalangan ahli panel yang terdiri dari orang Islam sendiri mengutuk dan memperlekehkan peruntukkan agama dan menjadikan isu hukum seolah-olah satu bahan persendaan. Inilah jadinya apabila kita longgar dalam mempertahankan maruah Islam, Pengarah JAWI dan bekas Imam Besar Masjid WP yang hadir sebagai ahli panel ternyata gagal menangkis dan mempertahankan Islam. Sehingga seorang ahli panel wanita Islam yang juga kolumnis akhbar THE SUNDAY MAIL boleh menyatakan secara terbuka bahawa tidak seharusnya ada larangan terhadap meminum arak kecualilah ke atas mereka yang mabuk dan kemudiannya mengganas!

Umno dan PAS perlu menggariskan secara terbuka komitmen masing-masing untuk membela dan memartabatkan Islam. Biarlah tertulis di dalam rekod akan keinginan dan hasrat masing-masing, agar rakyat boleh tahu dan membuat penilaian. Kalau kita sama-sama komited kearah agenda yang sama, alhamdulillah tetapi kalau kita masih berbalah dan berbeza, maka biarlah rakyat juga yang memutuskan akhirnya, tak perlulah lagi kita berselindung-selindung.

Saturday, June 11, 2005

MAHU CAPAI PENDIDIKAN TARAF DUNIA
TAPI SEKOLAH TIADA LETRIK DAN AIR

Saya pasti kebanyakan rakyat Malaysia seperti juga saya terperanjat apabila mendapat tahu bahawa hampir 2,300 buah sekolah kebangsaan di seluruh Negara masih tidak mempunyai bekalan air dan elektrik. Bayangkan bagaimana anak-anak disekolah-sekolah ini menghadapi pelajaran masing-masing dalam keadaan panas dan tidak selesa. Demikian juga guru-guru yang bertanggungjawab mendidik mereka.

Tanpa bekalan air pastinya kesihatan anak-anak dan guru-guru yang terbabit turut terancam.

Sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar hari ini:

Daripada 2,300 buah sekolah itu, 800 sekolah langsung tidak mendapat bekalan elektrik dan 1,500 belum mendapat bekalan air awam.

Berita malang ini menjadi lebih sensasi lagi apabila ianya sebenarnya dibocorkan oleh Menteri Pelajaran sendiri, Hishamuddin Tun Hussien.



Saya tidak tahu apa maksud politik disebalik pendedahan Hisham itu tapi bagi saya pendedahan ini oleh menterinya sendiri sebenarnya lebih merupakan tindakan meludah ke langit jatuh ke muka sendiri.

Seumpama seorang petani yang tidak mengunakan baja untuk tanamannya tiba-tiba mengadu mengapa hasilnya tidak baik berbanding dengan orang lain yang menggunakan baja. Ataupun seorang pengawal keselamatan yang sering tidur dalam menjalankan tugas tiba-tiba mengadu bagaimana barang-barang di bawah jagaannya boleh dicuri orang.

Demikianlah bagi saya gelagat Hisham ini. Keluhan dan rungutan tidak boleh datang dari seorang menteri yang sebenarnya dipertanggungjawabkan untuk menyelia hal ini. Siapakah yang perlu memikul tanggungjawab ini kalau tidak menteri berkenaan sendiri.

Kita sering menyaksikan di kaca TV bagaimana anak-anak di Negara dunia ketiga khususnya di Afrika dan Asia yang hidup melarat, tidak memiliki persekolahan yang sempurna. Rupa-rupanya di tanahair kita sendiri masih ada anak-anak yang seumpama itu juga!

Apa gunanya kita megah dengan bangunan pencakar langit, yang mewah dan mahal-mahl sedangkan perkara pokok seumpama memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak bangsa sendiri terabai sama-sekali.

Menteri Pelajaran perlu segera menangani isu ini. Tiada faedahnya beliau mendedahkan angak-angka tanpa melakukan tindakan segera dan mengatasinya.

Dalam laman web kementerian digembar-gemburkan kononnya misi kementerian adalah untuk:

Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Taraf dunia apa benda jika bekalan letrik dan air pun tiada! Kalau beginilah keadaanya lebih baik misi di atas dikuburkan sahaja, kerana hakikatnya ia sekadar bahan solek untuk mencantikkan laman web semata-mata!

Friday, June 10, 2005

MESEJ DARI KARTUNIS SENYUM KAMBING

Suka tidak suka sesiapa sahaja yang membaca akhbar UTUSAN pasti tidak dapat mengelakkan mata dari mengerling kartun politik muka depannya iaitu Senyum Kambing. Hari ini ia memaparkan:



Berbagai mesej dapat dibaca dari dialog yang diberikan. Yang jelas ianya mempromosi Setiausaha Agung PAS yang baru yang telah diumumkan perlantikannya semalam iaitu Datuk Kamaruddin Jaafar. Datuk KJ adalah juga ahli parlimen PAS kawasan Tumpat, Kelantan.

Memang Datuk KJ seorang bekas pensyarah UKM satu ketika dahulu pernah menjawat jawatan Setiausaha Agung ABIM iaitu ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presidennya. Beliau memiliki khazanah pengalaman ketika bergiat dalam ABIM dahulu dan terdedah dengan banyak program dan aktiviti diperingkat tempatan dan antarabangsa. Ketika DS Anwar menyertai UMNO Datuk KJ ikut serta, bertanding tetapi kalah ditangan PAS untuk kerusi parlimen Tumpat.

Datuk KJ pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Tun Ghaffar ketika Tun menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri. Bermakna beliau juga telah menimba banyak pengalaman dan tahu sangat akan kisah dalam kelambu Umno.

Walaubagaimanapun ketika krisis Anwar, beliau bangun menentang dan akhirnya keluar UMNO dan menyertai PAS diambang pilihnaraya umum 1999. PAS Kelantan memberikan laluan kepada Datuk KJ bertanding di Tumpat dan menang sehinggalah kini.

Sejurus selepas pilihnaraya umum tersebut Datuk KJ telah bertanding dan menang pula jawatan AJK PAS Pusat. Ini sekaligus membuktikan keterbukaan PAS menerima dan menempatkan dikedudukan yang sewajarnya mana-mana tokoh yang bersedia untuk berkhidmat dengan ikhlas di jalan Allah.

Kini Datuk KJ selain menjadi Ketua Whip PAS di Parlimen adalah juga Setiausaha Agung parti. Dan perlantikannya ini bagi SENYUM KAMBING adalah sesuatu yang perlu ditonjolkan. Apa pun niat UTUSAN kita mengucapkan ribuan terima kasih atas publisiti percuma itu dan saya yakin Datuk KJ dengan pengalamannya yang luas itu akan mampu memberikan khidmat yang terbaik kepada parti dalam suasana PAS sedang membuka dirinya kepada masyarakat sebagai alternatif kepada kelesuan dan kekalutuan yang berada dalam Umno.

Percayalah ramai lagi yang dalam Umno akan nanti menceraikan parti itu dan duduk bersama bernaung di bawah perjuangan Islam yang sebenar ini sebagai mantan-mantan belaka, ianya hanya menunggu saat dan ketika yang munasabah insyallah.

Thursday, June 09, 2005

KALAU KAKITANGAN PEJABAT UMNO DAPAT 10 AP YANG LAIN?

Dalam UTUSAN MALAYSIA hari ini Dr Mahathir dilaporkan sebagai berkata:

Sistem AP diperkenalkan ketika saya belum ada dalam kerajaan. Bila saya ada (dalam kerajaan) saya potong AP, sebab mereka jual.

Dahulu, mereka yang kerja di Ibu pejabat UMNO akan dapat AP sebanyak 10 permit seorang dan mereka boleh buat duit sebanyak RM8,000 sebulan, katanya.

Sebelum itu dalam laporan yang sama dikhabarkan:

Dr. Mahathir mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz pada 31 Mei lalu iaitu kerajaan tidak akan mendedahkan nama pemegang AP yang dibenarkan untuk membawa masuk kenderaan ke negara ini.

Kita menilai sama ada seseorang itu mempunyai merit untuk dianugerahkan AP.
Anak Tun Dr. Mahathir sendiri pun memiliki AP untuk mengimport kereta Porsche, apakah salah untuk dia memilikinya, kata Rafidah.


Demikianlah sedikit sebanyak terselak perangai buruk pimpinan Umno dipelbagai peringkat. Kakitangan parti pun boleh dapat 10 AP dan kaut RM8,000 sebulan. Itu kakitangan, bagaimana dengan Ketua Bahagian, ahli badan perhubungan, ahli MT, Pemuda, Wanita dan lain-lain.

Eloklah Mahahthir potong pemberian tu semasa beliau berkuasa, tapi menurut Rafidah anak Mahathir pulak terima entah berapa banyak pulak lagi AP! Itu baru anak Mahathir, Rafidah bagaimana, yang lain-lain bagaimana? Dato’ Seri Anwar Ibrahim pernah membuat laporan Polis berkenaan aktiviti rasuah Rafidah di MITI. Dahulu Mahathirlah yang melindungi Rafidah kini Rafidah dedahkan Mahathir.

Ini baru kisah AP belum kisah lesen kontraktor kelas F yang satu keluarga ada lebih dari satu lesen mengikut menteri yang berkenaan (lesen ini biasanya beredar dikalangan pimpina Umno peringkat cawangan-cawangan). Demikianlah cerita dalaman Umno yang bukan lagi satu rahsia. Padanlah politik wang tu hanya wujud dalam Umno, kerana nampak gayanya rasuah dan mengejar kekayaan cara pintu belakang, kronisma, nepotisma memang semuanya budaya dan darah daging Umno belaka!

Menurut Azmin Ali dalam ceramahnya sempena muktamar PAS di Kota Bharu minggu lalu, di Kuala Kedah, ada mangsa tsunami yang menerima pemberian injin bot dari LKIM kemudiannya dirampas kembali kononnya atas alasan kawan itu ahli PKR. Begitulah jadinya nasib orang Melayu bawah teraju Umno. Yang susah makin susah, yang kenal baik dengan pimpinan, hidup senang dan kaya raya.

PIMPINAN PAS WALAUPUN MUDA TAPI BERFIKIRAN BEKU
: DR MAHATHIR

Ramai yang menyangka bahawa apabila Dr Mahathir melepaskan cengkamannya dari takhta kuasa, beliau akan turut bersara dari politik dan menumpukan usia tua beliau dalam kapasitinya sebagai penasihat korporat dan lain-lain urusan warga emas.

Namun manusia bernama Mahathir ini bukan begitu. Beliau tidak mudah melupakan apa lagi bersara dari dunia politik yang pernah satu ketika dahulu beliau warnakan dengan berbagai warna hitam penuh konspirasi, cantas-mencantas, zalim dan rasuah itu. Lalu apabila pemberita bertanyakan reaksi beliau terhadap pimpinan baru PAS, maka Mahathir segera tergiur kerana dendamnya terhadap parti yang paling beliau benci itu masih tak kunjung padam, kalau boleh beliau mahu terus memberi saham kepada kemusnahan PAS.



Mahathir ketika berkuasa dahulu tidak pernah sebutir pun menyebut darihal kebaikan PAS kecuali semua buruk belaka. Lalu tidak hairanlah Mahathir yang pencen akan turut menyanyikan lagu yang sama.

Kata beliau:

I dont think there is any change they may be younger but the thinking is still the same. It is frozen thinking.
(THE STAR)

Secara peribadi, saya melihat cadangan itu tidak banyak mengubah keadaan kerana walaupun Pas kini dibarisi golongan muda, tetapi mereka berfikiran beku.

(BERITA HARIAN)

Tanpa memberi sebarang penilaian baik terhadap kualiti kepimpinan yang ada apalagi terhadap mesej dan matlamat perjuangan PAS Mahathir sebagaimana biasa memuntahkan bisanya dengan seolah-olah mendakwa perjuangan politik Islam ini adalah sesuatu yang jumud dan ketingalan zaman. Ianya kuno dan lantaran itu sesiapa sahaja yang memimpinnya pasti terjebak dengan fikiran kuno dan beku juga.

Kalau datangnya dari manusia bernama Mahathir bukan hanya orang PAS, musuh PAS pun tidak hairan. Bukankah beliau secara peribadi pernah memperlekehkan Baginda Rasulullah saw dan mempersendakan kemampuan dan relevannya hukum Allah dizaman kini.

Kesimpulannya komen ini datang dari seorang veteran yang sampai akhir hayatnya dijangka tidak akan menerima perjuangan Islam. Namun Allah swt maha kaya lagi maha berkuasa, ramai mereka yang seangkatan dengannya antaranya Ghaffar Baba kini tidak lagi menanggap PAS sebagaimana anggapan bobrok Mahathir itu.

Beliau sebenarnya akur bahawa parti dan pimpinannya yang beliau anggap FROZEN inilah satu ketika dahulu telah pernah memalukan beliau dengan menghakis sokongan Melayu Islam ketika beliau berkuasa khasnya dalam pilihnaraya umum 1999 dahulu. Tidak mustahil dengan nafas dan semangat baru parti FROZEN ini akan mampu membuat pencapaian yang lebih besar lagi dimasa depan. Dan saya pasti beliaulah manusia yang paling malang jika ditakdirkan Allah parti FROZEN ini berkuasa semasa hayatnya. Ia mungkin FROZEN di mata Mahathir tetapi hakikatnya ia telah lama cair dan kini sesungguhnya sedang menunggu masa sahaja untuk bangkit menenggelamkan makhluk seumpama Mahathir ini.

Wednesday, June 08, 2005

LATIHAN BERSAMA TENTERA LAUT SINGAPURA DAN AS
MENGANCAM KEDAULATAN MALAYSIA

BERNAMA melaporkan sebentar tadi bahawa Tentera Laut Republik Singapura (RSN), yang sedang menjalankan latihan selama dua minggu dengan angkatan tentera Amerika Syarikat, telah berjaya melakukan tembakan dua misil di Laut China Selatan kelmarin. Menurut Kementerian Pertahanan Singapura, tembakan misil itu merupakan sebahagian latihan tembakan di bawah latihan dua hala tahunan Kerjasama Latihan Siap Siaga dan Keselamatan (CARAT) antara RSN dan Tentera Laut Amerika Syarikat (USN).

Memang menjadi hak negara masing-masing untuk mengadakan apa sahaja latihan atau persiapan ketenteraan yang difikirkan patut dan bersuasuaian untuk mempertahankan kedaulatan bumi masing-masing. Akan tetapi jenis latihan yang diadakan itu sungguh membimbangkan kita khususnya sebagai negara jiran.

Pertamanya dilaporkan bahawa:

Latihan bersama itu membabitkan tembakan senjata api dari kapal USN Destroyer (USS Hamilton) dan USN Frigate (USS Rodney M Davis) terhadap sasaran dron udara.

Keduanya:

Juga dilakukan tembakan misil Barak oleh RSN Missile Corvette (RSS Vigilance) terhadap sasaran yang sama; dan tembakan Mistral terhadap sasaran dron udara kedua oleh RSN Landing Ship Tank (RSS Endeavour). Kedua-dua sasaran itu berjaya dimusnahkan.


CONTOH SEBUAH PESAWAT DRONE


Melalui laporan pertama apabila sasaran yang dimaksudkan adalah dron udara (dron merujuk kepada pesawat tanpa pemandu yang boleh dilancarkan ke udara biasanya digunakan untuk latihan ketenteraan ataupun intipan dari udara) bermakna Singapura berlatih mempertahankan dirinya terhadap ancaman udara. Di rantau sini negara yang terdekat sudah pastilah Malaysia bermakna Singapura berlatih untuk mempertahankan diri terhadap ancaman udara dari Malaysia atau kemungkinan Singapura sendiri bertindak terhadap Malaysia bila perlu.


CONTOH MISIL BARAK BUATAN ISRAEL

Manakala laporan kedua pula menunjukkan Singapura menguji keupayaan misil Baraknya iaitu misil yang diperolehi dari Israel, musuh umat Islam Malaysia! Singapura memang diketahui mempunyai pakatan ketenteraan dengan Israel dan penggunaan misil buatan negara Yahudi itu sekaligus membuktikan sokongan pertahanan dari Israel bagi memperatahankan bumi Singapura atau mungkin juga menyerang mana-mana bumi yang dikira mengancam Singapura!

Kita harus memandang serius perkara ini kerana dalam keadaan aman pun Singapura sedang bersiap-siaga bayangkan jika berlaku keadaan tegang. Saya mengesyorkan demi kedaulatan negara, Malaysia juga perlu menguji kekuatannya khusus terhadap kemampuan ancaman dari Singapura. Sebagai negara berdaulat dan bermaruah kita juga perlu membuktikan kemampuan kita agar negara jiran tidak cuba-cuba untuk mengambil atau mencuri kesempatan.

ISU LAGU NEGARA KU
BETUL KE PAK LAH BERSELOROH

Seluruh negara yang menyaksikan Buletin Utama TV3 semalam pastinya menjadi terpinga-pinga, confused, berdukacita dan apa sahaja sikap yang malang-malang melihat Pak Lah di kaca TV menjawab pertanyaan para wartawan berkenaan menyanyikan lagu kebangsaan sebelum mana-mana majlis rasmi ataupun tidak rasmi.

Kebetulan lagu kebangsaan dinyanyikan sebelum beliau merasmikan Persidangan Kebangsaan Cabaran di Era Globalisasi anjuran Union Network International Malaysian Liaison Council (UNI-MLC) itu.



Pak Lah bila ditanya adakah nyanyian lagu kebangsaan ini menjadi arahan pihak kerajaan beliau berkata:

That was spontaneous. I didnt give any instruction, no suggestion of the sort.
(THE STAR)


Ianya berlaku spontan. Saya tidak memberi sebarang arahan, atau apa sahaja cadangan.

Dan apabila para wartawan yang hadir memaklumkan beliau bahawa cadangan ini berbangkit dari Kementerian Penerangan lalu Pak Lah sebagaimana disaksikan oleh semua yang menonton siaran berita itu berkata:

Ooo ... datangnya (cadangan itu) dari Kementerian Penerangan, majoriti mahu menyanyi, jadi kena nyanyilah.

Kata UTUSAN Pak Lah secara berseloroh tidak tahu Kementerian Penerangan telah mencadangkan lagu kebangsaan itu dinyanyikan di panggung wayang.

Saya sendiri dan saya percaya ramai lagi melihat dalam TV malam tadi jelas Pak Lah bukannya berseloroh ketika itu. Pak Lah kelihatan tidak berapa faham dengan maksud soalan para wartawan yang sebenarnya cuba kaitkan dengan polemik berhubung nyanyian lagu kebangsaan yang menjadi isu dalam akhbar-akhbar tempatan sejak kebelakangan ini.

Walaupun saya secara peribadi tidak subscribe pada politik Pak Lah namun suka tak suka beliau adalah Perdana Menteri kita. Maka apabila PM Malaysia dilihat seolah-olah kelabu dan tidak tahu perjalanan dan perkembangan semasa, sudah pasti kita juga akan turut keciwa dan malu. Beginikah PM negara dunia pertama?

Tuesday, June 07, 2005

JANGAN MENGUNDANG MALAPETAKA

Isu jarum dan kondom percuma ni kini menjadi semakin hangat. Biasanya kalau isu seumpama ini sampai ketahap begini cuma ada dua, samada ia akan ditolak ataupun diterima pakai.
Cadangan ini berpunca dari Kementerian Kesihatan dengan sokongan kelompok NGO yang berkaitan yang mahukan usaha diambil untuk mengawal dan mengurangkan tersibarnya virus HIV AIDS.

Saya lihat isu ini sungguh membimbangkan. Kita mahu kawal HIV AIDS yang dijangkiti melalui penggunaan jarum yang tercemar lalu kita berikan jarum bersih kepada mereka. Siapa mereka ini? Para penagih yang menyalahgunakan najis dadah melalui suntikan.

Kemudian kita turut mahu memastikan HIV AIDS tidak dijangkiti melalui hubungan seksual tanpa kawalan lalu kita berikan kondom percuma.

Tidakkah langkah-langkah ini dilihat celaru dan keliru? Apa dah jadi dengan kempen membenteras penyalahgunaan najis dadah dimana berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan oleh kerajaan zaman berzaman?

Kita gagal memerangi najis dadah dan kini kita bersedia membekalkan pula alat dan dadah gantian yang dipanggil methadone kepada mereka yang bermasalah ini. Kemudian bersedia menggalakkan hubungan seksual dengan syarat mereka ini menggunakan kondom yang kita bekalkan.

Apa dah jadi dengan masyarakat kita?

Bermakna kita kini mengiktiraf para penagih ini dan malah membenarkan mereka terus hidup berkeluarga sebagai sebahagian dari institusi masyarakat. Syaratnya kalau nak kenakan suntikan gunakan yang disediakan dan kalau nak berhubungan seksual gunakan kondom yang disediakan.

Sesungguhnya suami yang terjebak dengan najis dadah sudah tidak lagi layak berkeluarga. Mereka ini perlu ditangani secara berasingan. Mana ada keluarga yang bahagia kiranya ketua keluarga seorang penagih najis dadah.

Kesimpulannya keutamaan kita kini sudah tersilap. Dan kita akan terus tersilap kiranya usaha ini diteruskan.


MARINA MAHATHIR

Dalam UTUSAN MALAYSIA hari ini Marina Mahathir selaku Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia ghairah mempromosikan idea ini. Marina menyatakan di Negara Islam konservatif seperti Iran pun memberikan suntikan percuma kepada penagihnya. Dan Marina mahu mengusahakan membawa ulamak Iran ke sini untuk memberikan penerangan.

Kalau dalam bab penagihan dadah dan HIV AIDS ini Marina mahu turut Iran kenapa bab yang lain tidak?

Ini masalah sosial dan masing-masing Negara mempunyai masalah dan pendekatan masing-masing yang bersesuaian dengan keadaan setempat. Jangan kita gadaikan budaya dan norma hidup kita untuk mengejar sesuatu yang asing dalam masyarakat kita.

Saya kira kedua-dua langkah ini tidak sesuai dan jangan diteruskan. Kerajaan perlu mempertingkatkan usaha memerangi najis dadah, jangan izinkan sipenagih membawa amalannya ke rumah dan sekaligus menganggap ianya sesuatu yang normal. Bayangkan si anak melihat bapanya menggunakan jarum untuk menyuntik najis dadah di depan matanya! Mahukah kita kepada pembentukan masyarakat jenis ini?

TERJEMAHKANLAH HASRAT PARA PERWAKILAN

Muktamar PAS ke 51 telah pun selesai sudah. Keputusannya pemilihannya pun telah diketahui umum. Dan para perwakilan pun sudah pasti telah sampai selamat ke destinasi masing-masing.

Setelah debu-debu muktamar kembali berlaboh ke bumi, maka PAS bersama saf kepimpinan barunya perlu segera bergerak ke hadapan, memikul amanah dan kepercayaan yang telah diserahkan oleh para perwakilan kepada mereka.

Bagi saya keputusan pemilihan pada muktamar yang ke 51 itu bukannya mencerminkan ketidakpuasan hati jauh lagi kebencian para perwakilan terhadap mana-mana pimpinan yang telah digugurkan. Bagi ahli-ahli PAS semua saf kepimpinan disayangi dan dihormati cumanya pemilihan kali ini mendesak mereka untuk memutuskan hala-tuju parti, masadepan parti setelah tercedera teruk dalam pilihanraya umum yang lalu. Dan ini merupakan satu kerja serius yang perlukan pertimbangan yang penuh berhati-hati. Individu tidak penting yang penting adalah kelangsungan dan survival parti.


GAMBAR HARAKAHDAILY

Pemilihan kali ini menuntut mereka memilih yang terbaik dari kalangan yang baik-baik belaka bagi mengisi jawatan-jawatan tertinggi yang terhad. Saya pasti mereka telah memilih dengan penuh tanggungjawab dan dengan satu niat iaitu mahu menyaksikan parti ini kembali bangun mengepalai gerakan perjuangan Islam dalam Negara.

Rata-rata para perwakilan dilihat berpuas hati dengan saf kepimpinan yang baru ini. Satu pasukan yang seimbang antara yang tua dan muda, antara yang berpendidikan agama dan bukan agama. Dari lulusan doktor falsafah di bidang Islam sehinggalah doktor falsafah dibidang sains politik dan doktor perubatan. Terdapat jurutera, peguam, ahli ekonomi dan pengurusan. Ringkasnya gandingan yang mantap dan hebat yang mana Umno pun tidak mampu lahirkan.

Oleh itu para perwakilan telah menyatkan hasrat mereka, kini segala-galanya terletak pada saf pimpinan yang baru. Terjemahkanlah hasrat para perwakilan itu, bukitkanlah kemampuan masing-masing. Kini nasib dan masadepan Islam terletak ditangan anda sekalian. Jangan hampakan harapan kami dan seluruh umat Islam yang prihatin.

(Terima kasih kepada sdr/i yang telah menyumbang artikel untuk membantu Ustaz Nasha tempoh hari, kini giliran Ustaz Nasha pula untuk menunaikan harapan kita semua ke arah memperkasakan parti dan perjuangan)