Wednesday, June 01, 2005

KEPIMPINAN MAHFUZ PERLU DISERLAHKAN UNTUK MENYUMBANG KEPADA KEBERKESANAN PERJUANGAN PAS.
(PANDANGAN PRESIDEN TERAS)

Membaca wasasan Sdr Mahfuz ketika mendedahkanhasratnya untuk menerima pencalonan beliau untukjawatan Naib Presiden PAS, saya tertarik untuk memberikan pandangan saya secara jujur demi memastikan perjuangan sebuah wadah yang penting dalam perjuangan ini agar matlamatnya dapat direalisasikan dengan sempurna.

Saya sangat bersetuju wasasan beliau yang mahukan PAS menjadi sebuah gerakan rakyat yang lebih dinamik.Dalam ertikata lain beliau mahu supaya suatu penampilan PAS yang lebih bertenaga dan sangat cergas perlu diketengahkan. Sememangnya sudah sampai masanyaPAS melakukan suatu anjakan paradigma dalam operasinya mendekati rakyat dan membawa mesej perjuanganya.

Adalah amat malang sekali jika PAS terus berada ditakuk lama yang tidak dapat menghasilkan sebuah perjuangan yang sangat peka dan proaktif kepada perubahan masyarakat. Sungguhpun PAS perlu konsisten dengan prinsipnya, saya berfikir Sdr. Mahfuz menyedari bahawa kesinambungan perjuangan PAS juga bergantung kepada daya geraknya yang perlu responsif kepada perkembangan masyarakat.

Inilah yang melegakan saya kerana Mahfuz dapat menawarkan suatu wawasan yang didambakan oleh PAS yang sangat perlu merakyat dalam ertikata sebenarnya. Saya menyokong wawasannya untuk memastikan PAS mampu memberi penyelesaian yang konkrit kepada rakyat dalams ebanyak mungkin masalah rakyat. Beliau tepat sekali untuk mengingatkan pejuang PAS bahawa jika PAS hanya berimej mengkritik semata, sokongan rakyat kepadanya akan lesu.

Saya senang dengan semangat kerakyatan yang tulin yang dipunyai oleh Mahfuz . Kerana PAS akan menjadi eksklusif dalam ertikata ia akan meminggirkan ramai pihak jika pendekatan kerakyatan ini gagal dimanifestasikan. Dalam perjuangannya mendekati rakyat untuk memberi penyelesaian yang konkrit dan dinamik Mahfuz nampaknya kian matang apabila beliau mahu PAS benar-banar menonjol sebagai sebuah oraganisasi dangerakan yang representatif kepada hasrat rakyat disemua peringkat.

Mahfuz juga betul ketika beliau menyatakan bahawa PAS harus tampil sebagai sebuah kerajaan yang menunggu atau lebih tepat sebuah kerajaan pilihan rakyat,lantaran dengan rangka berfikir seperti ini PAS akan keluar dari sindrom berimej hanya sebagai parti pembangkang. Kotak berfikir pemimpin PAS perlu bekerja dalam kerangka yang lebih real untuk memerintah, dan bukan sekadar membangkang.

Dalam hal ini pemikiran Mahfuz harus didokong. Saya mengharapkan kepimpinan PAS akan datang akand apat menggarap wawasan yang dinyatakan oleh Mahfuz dan dengan itu barisan kepimpinan PAS akan dapat memeta gerakan PAS yang lebih meyakinkan untuk rakyat dan umat.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS
28 hb Mei 2005.

No comments: