GARIS PANDUAN PENDIDIKAN SEKSUALITI KEBANGSAAN
JANGAN SAMPAI BERTENTANGAN DENGAN ISLAM
Menurut Shahrizat Jalil Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat satu deraf garispanduan berhubung pendidikan seksualiti akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet akan datang. Ianya berbangkit ekoran respons masyarakat yang kononnya mahukan pendidkian seks diajar diperingkat sekolah agar seiring dengan nilai budaya dan sosial negara.
Mengapa perlunya garis panduan ini?
Menurut menteri berkenaan ianya perlu lantaran meningkatnya jenayah seksual dikalangan masyarakat dalam negara. Maka garispanduan ini bermaksud mendedahkan para pelajar kepada dunia seksualiti agar mereka tahu dan seterusnya dapat mengelakkan diri dari terjebak menjadi mangsa jenayah seksual.
Apakah yang akan dimuatkan dalam garispanduan ini?
Ianya masih diperingkat deraf sehinggalah memperolehi kelulusan kabinet. Namun yang jelas sebagaimana dilaporkan oleh MALAYSIAKINI isu termasuklah homoseksualiti turut disentuh. Malah menurut laporan dalam sessi forum yang membincangkan garispanduan ini wakil Sisters in Islam turut terlibat. Menyentuh isu homoseksual jurucakapnya Shanon Shah Mohd Sidik dilaporkan sebagai berkata
Maybe you see this as abnormal, others will see this as normal. So we have to respect the right whether we see it as normal or abnormal.
Mungkin anda melihatnya sebagai luar tabie, orang lain mungkin melihatnya sebagai normal. Oleh itu kita perlu menghormati hak yang berkenaan tidak kira samada kita melihatnya sebagai luar tabie ataupun normal.
Sekiranya garispanduan ini kelak dibentuk dengan mengambil kira pandangan pihak-pihak yang sememangnya keliru dan jahil tentang Islam, sudah pasti natijahnya kelak akan merugi dan membahayakan agama dan masyarakat.
Sejak akhir-akhir ini atas nama hak asasi dan individu kita telah melihat berbagai perkara yang bertentangan dengan Islam telah dilakukan. Antaranya kes Aminah Wadud, diikuti dengan gesaan menghapuskan MORAL POLICING dan kini yang ini pula.
Mengapa Kementerian yang dipertanggungjawabkan atas hal-hal Islam tidak diberi tugas ini? Mengapa Shahrizat dan mengapa pula Sisters in Islam mahu dibabitkan?
Sisters in Islam seolah-olah kini menjadi pakar rujuk kerajaan dalam isu-isu membabitkan masyarakat dan kepentingan Islam sedangkan mereka itu tidak sekelumit pun mewakili atau mencerminkan aspirasi umat Islam dalam negara!
Kerajaan sekali lagi bermain dengan isu yang sensitive dan bahaya.
Dalam hal ini apabila Kelantan mahu memperkenalkan garispanduan berkenaan pakaian dan lain-lain hal moraliti Kelantan dikatakan ketinggalan zaman, menyekat hak kebebasan rakyat dan macam-macam lagi. Sedangkan hasrat Kelantan adalah untuk sama-sama memerangi bahaya jenayah seksual yang kerajaan pusat sendiri akui berada pada tahap membimbangkan.
Formula dan penyelesaian Islam tidak mahu digunakan. Nahi mungkar dikatakan ala Taliban. Akhirnya dalam terhencot-hencot mahu mengubati kudis buta yang semakin membusong, dijemputlah tok-tok pawang hitam yang sesat dan penuh kayap dan kurap di badan.
Makin punahlah masyarakat jika formula sesat digunakan mengantikan formula yang hak sebagaimana yang terkandung dalam al Quran dan Sunnah.
No comments:
Post a Comment