Monday, February 04, 2008

Wajah MB dari hitam menjadi putih
Bukti Selangor Maju

Kulit hitam atau putih, kuning langsat atau sawo matang, semuanya anugerah Allah swt belaka. Tidak ada siapa yang minta dilahirkan hitam atau putih, segalanya ketentuan Allah swt. Setahu saya, sepanjang pengalaman hidup ini, manusia yang saya lihat berjaya menukar kulitnya dari hitam menjadi putih adalah penyanyi pujaan ramai Michael Jackson.





Itupun setelah melalui rawatan “skin belaching”, barangkali Michael tidak mahu mewarisi kulit hitam yang baginya kotor dan tidak cantik. Itu Michael Jackson.

Di muka depan Utusan Malaysia hari ini Menteri Besar Selangor, Khir Toyo menafikan yang beliau menggunakan rawatan “botox” atau sebarang pembedahan ke atas wajahnya. Untuk rekod Khir ini asalnya berkulit hitam manis, tetapi kini wajahnya telah berubah dari hitam menjadi putih kemerah-merahan, sesuatu yang bagi saya “luar biasa”.

Menurut Utusan lagi:

Beliau dalam nada berseloroh berkata rahsia mukanya yang kini semakin tampak lebih muda dan berseri adalah kerana gemar memakan tempe yang menjadi hidangan utama masyarakat Jawa.

Beliau menambah:

Tempe selain mempunyai kandungan protein yang tinggi ia juga mempunyai khasiat melawan kanser berikutan penyediannya yang melibatkan proses fermantasi.

Itulah petua beliau iaitu makan tempe, dan segala fitnah yang mengatakan beliau menggunakan botox atau pembedahan baginya adalah fitnah pembangkang.

Saya merasakan kenyataan Khir ini satu pembohongan besar. Kalau sekadar makan tempe, bukan beliau sahaja malah ramai lagi yang memakannya, tetapi tidak pula wajah mereka secara tiba-tiba bertukar dari hitam menjadi putih! Sebelum ini ketika ditanya pemberita Khir juga pernah menyatakan bahawa perubahan wajahnya itu disebabkan pemakanan yang beliau amalkan.

Saya tidak berani mengatakan yang Khir telah menjalani rawatan umpama Michael Jackson, atau menggunakan botox dan pembedahan, tetapi saya menganggap jika amalan memakan tempe sahaja boleh menajdi putih, Khir terang-terangan berbohong dan memperbodohkan rakyat!

Apa pemakanan yang diamalkan? Berapa kilo tempe beliau telan sehari, dan selama berapa lama? Kalau beliau jujur sila nyatakan. Biar selepas ini, bukan beliau sahaja malah seluruh rakyat negeri Selangor yang berkulit gelap juga boleh sama-sama amalkan agar menjadi putih kemerah-merahan seperti beliau. Mungkin selepas ini Selangor Maju boleh buka industri rawatan muka, bagi mereka yang gelap mahu jadi putih, silalah ke Negeri Selangor. Tidakkah ini nanti membawa pulangan hasil kepada negeri ini.

Cakap betul-betul Khir, kalau ya katakan ya, tetapi janganlah sampai berbohong dan memperbodohkan rakyat jelata!

Sunday, February 03, 2008

Apabila keris MSO menikam

Seronok juga bila saya melihat sahabat baik saya Tuan Hj MSO http://msomelayu.blogspot.com/ telah selamat pulang ke tanahair setelah bertandang di Tanah Suci menunaikan Haji. Sepanjang pemergian beliau politik tanahair dari pengamatan saya tidak berapa seronok, kerana ketiadaan leteran dan tujahan beliau. Sesungguhnya dunia politik ini tidak sempurna kalau diserahkan kepada ahli-ahli politik sahaja. Para pengkritik dan penganalisa seumpama sahabat saya inilah menambah warna kepadanya menjadikan ianya seronok dan kadangkala hangat, tak kiralah betul atau tidak.

Ramai yang kekadang tidak berapa senang dengan hasil yang diluahkan beliau, namun saya termasuk dalam golongan yang tidak berasa lengkap hidup jika tidak membaca dan mengamatinya. Saya anggap beliau sebagai guru dan pembakar semangat saya dalam berjinak-jinak di dunia penulisan politik ini walaupun kadangkala kami juga bertikam-tikam, tapi taklah sampai “putus saudara”.





Sahabat saya ini seorang yang unik. Moto di laman blognya berbunyi “Hanya kita memahami diri kita” sekaligus menzahirkan betapa beliau tidak mudah tunduk atau akur pada mana-mana pihak, beliau belayar menurut arus kemahuan beliau. Keras kepala, degil, “gedebe” semuanya selendang dan pakaian beliau, namun hatinya tetap baik dan cinta kepada perjuangan ini tidak pernah sedetik pun saya sendiri pertikaikan.

Itulah Tuan Hj MSO yang saya kenali.

Saya lihat sejurus melangkahkan kakinya kembali ke tanahair beliau semakin bersemangat “update” blog beliau yang lengang dan sunyi sepankang beliau di Tanah Suci.
Bila berkunjung ke blog beliau sebentar tadi saya tersenyum dan masih tersenyum membacakan posting terbarunya: “Kenapa marah Rais, dia memang begitu”. Sesiapa yang membaca posting terbarunya itu pasti akan tahu siapa yang beliau maksudkan sebagai “sahabat saya yang berkerja sepenuh masa di Ibu Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut”.

Saya terpaksa berterus-terang agak sukar memahami tulisan sahabat saya itu, tetapi memang itulah “style” MSO. Saya membacanya berkali-kali, malah terpaksa “print” nya untuk lebih selesa menelaahnya. Memang beliau cuba menonjolkan beberapa mesej dalam artikel beliau itu yang saya akur sesuatu yang memang perlukan muhasabah, tetapi bukan hanya kepada “sahabat saya yang berkerja sepenuh masa di Ibu Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut” tetapi ramai yang lain.

Belia mengakhiri tulisannya dengan menyebut: “Kepada sahabat saya di Jalan Raja Laut itu tenguk-tenguklah apa yang saya bimbangkan itu. Jangan kerana orang kita buat silap maka kita pun buat-buat tidak nampak. Al munafik namanya itu.” Satu pesanan yang sangat bermakna pedas, namun perlu dihadapi.

Sementara itu saya masih menagih teh tarik yang dijanjikan oleh Pak Haji MSO yang sampai sekarang belum dapat saya rasa sejak duduk di Jalan Raja Laut.

BN peralat Tahun baru Cina untuk menang

Apakah maksud Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan mahu memilih Kota Bharu sebagai lokasi sambutan Tahun Baru Cina secara besar-besaran kali ini?

Kita akui Tahun Baru Cina adalah perayaan terbesar masyarakat Cina di Malaysia, dan memang walaupun majoriti penduduk Kelantan adalah terdiri dari orang-orang Melayu namun terdapat juga sebilangan besar masyarakat Cina yang bertumpu di Kota Bharu khasnya di DUN Kota Lama dalam Parlimen Kota Bharu. Tetapi yang menjadi persoalan mengapa menteri berkenaan ketika membuat pengumuman turut menyatakan darihal penglibatan MCA Kelantan dan malah sambutan itu nanti akan dirasmikan oleh TPM Najib Tun Razak dan Presdien MCA Ong Tee Keat (maaf Ong Ka Ting).

Kalau ikhlas mahu merayakan perayaan masyarakat Cina itu, maka hormatilah kerajaan negeri. Dalam kerajaan negeri Kelantan terdapat seorang EXCO berbangsa Cina, sepatutunya pembabitan beliaulah diutamakan. Apakah menteri berkenaan tidak sedar yang MCA di Kelantan adalah parti pembangkang (yang tiada wakil pun dalam DUN)!

Kerajaan negeri Kelantan pada setiap tahun menyambut Perayaan Tahun Baru Cina dengan penyertaan MB dan pimpinan kerajaan negeri. Kalau benar ini perayaan bersama, maka terajunya mestilah kerajaan negeri, jangan nanti bagai rusa masuk kampong, silap-silap disiang dan dipanggang jadi lauk!




Bagi saya inilah bukti rasional Dollah Badawi memanggil pilihan raya pada musim Tahun Baru Cina. Iaitu untuk dipolitkkan bagi kepentingan BN. Saya yakin semua tuntutan masyarakat Cina di Malaysia akan diiyakan sepanjang tempoh ini walaupun perlaksanaannya belum tahu. Rata-rata kajian menunjukkan yang BN kini kehilangan sokongan masyarakat Cina, oleh itu jika masyarakat Cina boleh dibeli, maka inilah peluang terbaik untuk menjamin kemenangan BN.

Untuk itu saya menyarankan agar kerajaan negeri menolak cadangan kementerian ini dan sebaliknya mengadakan majlis sambutannya sendiri. Semalam pemimpin MCA menyatakan kiranya BN menang kembali di Kelantan, seorang ahli EXCO dikalangan masyarakat Cina akan dilantik. Beliau samada tidak tahu atau buta fakta, sejak PAS menang di Kelantan, Datuk Annuar Tan, seorang Cina dan bekas ahli Gerakan, telah dilantik menjadi ahli EXCO dan beliau kini adalah AJK PAS Pusat.
Apabila rakyat mula biadap

'Mengambil tindakan mengoyakkan gambar Tan Sri Rashid walaupun sebagai gimik merupakan satu perbuatan biadab yang tidak boleh diterima. Tindakan itu memang melampau dan kalau ada undang-undang boleh mengenakan hukuman terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab, ia perlu diambil.”

Demikianlah reaksi PM Dollah Badawi terhadap tindakan pimpinan BERSIH yang baru-baru ini telah bertindak mengoyak gambar Pengerusi SPR Rashid Abd Rahman dihadapan para wartawan semasa satu sidang akhbar.





Sudah pastilah tindakan tersebut bersebab, dan takkanlah bertindak demikian juga bertentangan dengan undang-undang? Dahlah hak kebebasan rakyat untuk bersuara dan berhimpun dikekang dan disekat, bertindak mengoyak gambar pun mahu diambil tindakan, ini mengalahkan kerajaan diktataor kuku besi!

Pastinya tindakan mengoyak gambar sesiapa pun yang hidup atau yang mati adalah melampau dan memang boleh dianggap biadap, soalnua mengapa ianya dilakukan. Menurut salah seorang penggerak BERSIH Dr Dzulkifli Ahmad, tindakan tersebut diambil kerana Rashid selaku pemimpin yang bertanggungjawab dalam mengendali dan menguruskan pilihan raya telah gagal malah menghalang usaha-usaha untuk mereformasikan system pilihanraya dalam Negara.
Tambah Dr Dzul lagi beberapa tuntutan utama BERSIH masih tidak dipedulikan termasuklah menghapuskan undi pos, melanjutkan tempoh berkempen dan memberishkan daftar pengundi. Justeru tindakan mengoyakkan gambar beliau itu adalah simbolik kemarahan BERSIH yang mewakili rakyat Malaysia, terhadap beliau dan SPR.

Biadapkah tindakan itu?

Rashid baru-baru ini menggesa parti-parti pembangkang agar tidak menyertai pilihan raya jika tidak percaya kepada beliau dan SPR, siapa yang lebih biadap? Sebelum itu Rashid telah menghina Presiden PAS yang katanya berserban besar tetapi berbohong, siapa lebih biadap? Rashid juga pernah mendakwa bahawa PAS merasuah para pengundi dengan syurga, siapa lebih biadap?

Kalau PM Dollah Badawi juga bersekongkol dengan Rashid, maka Dollah pun sama seperti Rashid. Kalau BERSIH mengoyak gambar Rashid kerana protes terhadapnya, rakyat pula perlu bangun menolak BN sebagai protes menolak Dollah dalam pilihan raya umum nanti. Biadapkah rakyat?

Saturday, February 02, 2008

Maharaja Dollah

PM Dollah Badawi telah merasmikan sebuah lagi Komplek Membeli-belah di KL iaitu Pavilion. Sebelum ini bekas PM Tun Dr Mahathir telah merasmikan cawangan kedai rotinya iaitu The Loaf juga di komplek yang sama (The Loaf yang pertama dibuka di Langkawi).

Ketika itulah kalau sesiapa yang masih ingat, apabila pemberita bertanyakan Tun darihal apa yang sepatutnya OIC lakukan dalam kemelut rakyat Palestin di Gaza, kata Tun: “Jangan tanya saya, saya hanya seorang penjual roti”.


Berbalik kepada perasmian komplek berkenaan oleh Dollah, semasa uapacara perasmian Dollah telah turut merasmikan sebuah butik baru dikomplek itu yang diberinama:

The Emperor’s New Clothes

Butik tersebut dilaporkan milik anak perempuan dan menantunya iaitu Nori dan Khairy. Sempena majlis itu kedua-dua pasangan berkenaan telah menghadiahkan sebuah tshirt, berbelang hitam putih dengan simbol bagaikan salib di bahagian dada belah kiri.






Demikianlah betapa pembangunan Negara turut membuka peluang kepada anak dan menantu PM untuk turut terjun kebidang perniagaan. Pasti dalam musim lobi-melobi untuk menjadi calon BN ini maka ramailah bakal-bakal calon akan mengunjungi butik ini, mana tahu bukti resit pembelian dari butik ini annti akan menjadi dokumen sokongan yang boleh digunakan untuk menaikkan nama seseorang sebagai calon!

Apa ada pada nama butik ini?

“The Emperor’s New Clothes” samada disengajakan ataupun tidak adalah sama dengan sebuah buku “fairy tale” karangan seorang sasterawan Denmark yang terkenal iaitu Hans Christian Anderson yang dihasilkan pada tahun 1837. Ianya mengisahkan darihal seoang Maharaja yang telah mengambil dua orang “penyangak” untuk menghasilkan pakaian yang paling cantik baginya, mengalahkan tukang jahit yang lain.

Ringkas ceritanya kedua penyangak ini menyedari yang Maharaja itu pun bukan cerdik sangat orangnya, dan rakyat jelata pula terlalu takut dan sentiasa memberikan ketaatan membuta padanya, maka diambillah kesempatan menghasilkan kononnya satu pakaian yang paling isitmewa dan berharga, yang sebenarnya tidak ada apa-apa pun.

Kerana mempercayai pakaian itu luar biasa (sedangkan ianya palsu dan tidak dihasilkan apa-apa pun), Maharaja “bangang” tadi telah melucutkan pakaiannya dan menyarung kononnya sepersalinan pakaian, sedangkan hakikatnya beliau berbogel kerana ditipu penyangak tadi. Tidak ada siapa pun dikalangan pembesar dan rakyat yang ebrani buka mulut menegur, lalu beraraklah maharaja tadi ke tenagh pekan dengan pakaian barunya sedangkan sebenarnya beliau berbogel.

Semuanya berjalan tanpa seorang pun berani berkata yang beanar sehinggalah sebagaimana dicatatkan oleh penulis:

During the course of the procession, a small child cries out, “But he has nothing on!" The crowd realizes the child is telling the truth and begins laughing.

(Semasa perarakkan itu seorang kanak-kanak kecil berteriak, “Tapi beliau tidak menganakan apa-apa pakaian!” Barulah semua yang hadir sedar yang kanak-kanak tadi berkata yang benar dan seluruh rakyat mentertawakan maharaja tadi.)

Saya pasti tuan punya butik tidak bermaksud menamakan butiknya sebagaimana karangan Han Christian Anderson itu, jika tidak siapakah kedua penyangak dan siapa pula maharaja itu?

Friday, February 01, 2008

Patutkah Najib ketuai BN dalam PRU12?

Ketika Dollah menafikan “gentleman agreement” antara beliau dan Tun Dr M, TPM Najib Tun Razak pula berada dalam situasi tidaks enang duduk. Kalau benar terdapat perjanjian demikian maka beliaulah yang septutnya mengetuai jentera pilihan raya BN dan menentukan letak duduk calon-calon BN dan bukannnya Dollah. Tetapi dalam waktu yang sama beliau tidak boleh kelihatan menyokong Tun takut-takut Dollah mengambil keputusan untuk terus kekal pada kuasa, memandangkan jawatan PM masih dalam gengaman beliau.

Lantaran itu Najib dalam serba-salah.

Menurut Utusan apabila beliau diminta komen berkenaan perkara ini beliau berkata:

''Saya tidak tahu mengenai hal itu (perjanjian di antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Abdullah). Saya komited untuk menyokong Perdana Menteri dan setia kepadanya.”

Mungkin akhbar tersebut mahu memelihara hubungan Najib dan Dollah selaku suara tidak resmi Umno, tetapi akhbar The Star melaporkan:

Asked if he was aware of any gentleman’s agreement made when Dr Mahathir stepped down, Najib said, “I don’t know about the agreement. You have to ask the parties concerned.”

Ditanya adakah beliau sedar akan kewujudan perjanjian berkenaan, najib berkata, “Saya tidak tahu berkenaan perjanjian itu. Anda perlu tanya pihak-pihak yang berkenaan”

Bagi saya reaksi Najib dalam akhbar The Star ini menunjukkan seolah beliau tidak berapa setia sebagaimana dilaporkan Utusan di atas. Sepatutunya jika benar setia beliau berkata: “Saya hanya percaya PM saya”, tetapi sebagaimana tertera di atas beliau suruh The Star tanyakan pula pada kedua-dua Dollah dan Tun!


Mungkin Dollah kini memerlukan baju kalis tikaman, kerana nampak-nampaknya sudah ada pihak yang mahu “menikamnya” dari belakang. Jangan terlalu percayakan “Brutus” kerana dalam kisah Ceaser, Brutus yang beliau percayai juga terlibat menikamnya
Et tu Brutus!!!
Apabila Pak Lah memungkiri janji!

Semalam selepas merasmikan Komplek Beli-belah Pavilion di KL, apabila para pemberita bertanyakan PM Dollah Badawi berkenaan apa yang dikatakan “gentleman agreement” antara beliau dan Tun Dr Mahathir, kelihatan Dollah agak tidak senang dan cuba melepaskan diri dari menjawab soalan tersebut.

Menurut Utusan:

‘‘Tiada perjanjian,’’ tegas Perdana Menteri kepada pemberita selepas melancarkan pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur di sini hari ini.
Abdullah, bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, walaupun ditanya beberapa kali pemberita kecuali mengulangi jawapannya: “No gentlemen’s agreement (tiada perjanjian mulut).”




Akhbar The Star pula melaporkan:

When reporters pressed him further on the so-called gentleman’s agreement, Abdullah brushed it aside saying: “Why are you so interested in this? There was nothing.”

Apabali para pemberita terus mengasak beliau berkenaan apa yang dikatakan “gentelamans agreement” itu Dollah cuba menepisnya ketepi sambil berkata: “Mengapa kamu berminta sangnat berkenaan perkara ini? Tak ada apa-apa pun.”

Mengapa Dollah enggan menjawab lebih lanjut? Mengapa beliau “brushed it aside”? Mengapa beliau pertikaikan pula minta pemberita berkenaannya?

Sudah pastilah jika memang ada perjanjian sedemikian bermakna Dollah tidak patut memegang lagi jawatan PM selepas pilihan raya umum ke 12 ini? Adakah Dollah enggan mengotakan janjinya yang telah dibuat itu dan mahu terus berkuasa? Atau adakah sebaliknya Tun Dr M telah berbohong dengan mengada-adakan cerita berkenaan perjanjian berkenaa? Atau adakah kedua-dua Pmd an bekas PM telah berbohong?

Menurut laporan akhbar-akhbar saluran perdana hari ini, Tun dilaporkan telah berkata bahawa terdapat perjanjian antara beliau dan Dollah bahawa memandangkan TPM Najib Tun razak lebih muda dari Dollah maka Dollah hendaklah melepaskan jawatan Perdana Menteri nya setelah memegangnya selama 1 penggal.

Apakah yang sebenarnya telah dikatakan oleh Tun semasa sidang akhbarnya itu. Demi memberikan rakyat Malaysia maklumat yang sebenar, saya turunkan di bawah ini soalan pemberita dan jawapan Tun dalam siding akhbar itu. (Saya memiliki video rakaman sepenuhnya sidang akhbar berkenaan)

Pemberita: When you (Tun Dr M) stepped down in 2003 you said that you’ve made a gentleman agreement with Pak Lah that he would only stay for one term, so kalau he stay for more than one term macam mana?

Tun: Even if I say I have this gentlemans agreement there is no way I can prove it. So that was my thinking, that since he was older than Najib he should be the Pm for one term and Najib should be able to take over.

Dollah adalah cucu seorang ulamak, mempunyai latarbelakang pendidikan agama dan pencetus “Islam Hadhari”, sudah pastilah dengan kehebatan berkenaan tidak mungkin beliau tergmamak memungkiri janji. Atau adakah beliau kini merasakan jawatan PM ini hak beliau dan tidak lagi peduli pada janji-janjinya sebelum ini, atau bagaimana?