Saturday, January 10, 2009

PAS buktikan Umno silap

Sudah beberapa hari kawan-kawan dari Umno cawangan Angsana dan Subang Mewah di USJ1, Subang Jaya berpakat untuk meninggalkan parti tersebut. Kedua-dua cawangan ini terletak di bawah Umno bahagian Kelana Jaya, yang diketuai oleh Mat Taib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor. Hasrat mereka ini timbul ekoran tekanan-tekanan yang dikenakan oleh Umno yang menyekat mereka dari mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri yang baru.

Apabila keluar kenyataan bahawa antara 80 ke 100 ahli-ahli Umno, anak-anak buah Mat Taib ini akan menyertai PAS, maka Umno bahagian dan cawangan-cawangan yang berkaitan mula kacau dan sasau. Terbitlah kenyataan dari Ketua Penerangan Umno bahagian bahawa kononnya angka itu bikinan dan propaganda PAS sedangkan sebenarnya yang mahu keluar sekadar tak lebih dari 10 orang yang menurut beliau merupakan duri dalam daging Umno.

Saya boleh faham penafian Umno itu, kerana jika berita ini benar ia gempar dan merupakan tamparan besar bukan sekadar kepada Umno bahagian tetapi lebih-lebih lagi terhadap bos mereka sendiri yang bakal bertanding untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Umno Mac nanti. Bayangkan musuh-mush Mat Taib dalam Umno akan membikin cerita, bagaimana Mat Taib mahu merebut jawatan kedua tertinggi dalam Umno sedangkan rumah tangganya sendiri kacau dan anak-anak buahnya lari menceraikan Umno!

Maka berlakulah usaha-usaha akhir untuk memujuk, menekan dan apa sahaja, asalkan mereka itu tidak lari meninggalkan cawangan-cawangan Umno itu terbongkang begitu sahaja. Apa perlu bimbang jika Umno benar-benar kuat? Apa perlu gelabah jika ahli-ahlinya bediri teguh belakang Mat Taib?

Akhirnya ditakdirkan Allah swt gelombang yang bakal berlaku itu tidak lagi tertahan atau terbendung. Ia berlaku juga, petang tadi kira-kira jam 4.00 petang, lebih 100 borang PAS dari ahli-ahli Umno cawangan-cawangan ini diserahkan oleh Setiausaha Umno cawangan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato Dr Hasan Ali, sekaligus mengesahkan penghijrahan beramai-ramai ahli-ahli Umno itu benar dan berasas.

Yang keluar pimpinan Umno cawangan, pimpinan Wanita dan Puteri Umno sekaligus melumpuhkan kedua-dua cawangan Umno itu dan memberika tamparan kepada Mat Taib dan Umno bahagian. Semoga trend ini yang saya percaya bermula sejak penyertaan Ketua Umno bahagian PJS, Kapt Dato Zahar baru-baru ini, akan terus subur dan bercambah bukan sekadar di PJS dan Kelana Jaya tetapi ke seluruh Selangor dan seluruh negara insyallah.

6 comments:

slyderrose said...

Alhamdulillah semoga ramai lagi ahli umno (baru) berhijrah ke PAS atau PR.

Anonymous said...

Alhamdulillah...
Takbir!!! berita yang ana dok tunggu tunggu kesahihannya..

T.kasih YDP.

al-brangi Online said...

dah ramai orang bandar yang sedar.

Dulu2 depa kata PAS hanya kat pondok dan mana ada sawah ada PAS.

Anonymous said...

yahudi be end tak nak komen ker......tehehehehe

Anonymous said...

Saya sendiri meneriman hampir 3500 ahli baru PKR di satu kawasan di Selangor, semakan ahli UMNO menunjukan 40% ahli UMNO yang lain belum ada ahli.

Anonymous said...

Takbir!

Moga kesedaran ini berlaku diseluruh negara terutama di KT menjelang 17 Januari ini. Syabas semua!

{JAWA MERU}