Thursday, December 11, 2008

ISA dan puaka disebaliknya

Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar semalam menjelaskan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan telah baru-baru ini membebaskan 6 tahanan ISA termasuklah dua warga Thai. Dari enam yang dibebaskan itu dua merupakan dari Kumpulan JI, dua ditahan kerana disyaki ejen kepada perisik asing dan dua lagi iaitu warga Thai merupakan anggota kumpulan pemisah.

Bermakna ada tiga kategori tahanan yang dibebaskan iaitu pertama dari JI, kedua ejen perisik dan ketiga anggota pemisah Thai. Kategori JI ini telah banyak maklumat dan laporan yang kita perolehi dan diberikan kepada kita walaupun ternyata ia tidak pernah dibuktikan secara sahih di mahkamah terbuka, tetapi yang memusykilkan adalah dua kategori lagi.


Tak Bai, Narathiwat, 2004
Mengapa rakyat Malaysia tidak diberitahu tentang ejen perisik asing ini? Selain dari diumumkan nama kedua-dua tahanan yang dibebaskan itu iaitu Mohd Faizul Shamsudin dan M. Mavalavan, mengapa tak didedahkan aktiviti mereka? Untuk siapa mereka merisik dan apakah yang dirisik oleh mereka? Atau setelah disiasat seperti biasa kerajaan dapati tiada bukti untuk mensabitkan mereka, atau bagaimana?

Sudahlah mereka ditahan tanpa bicara, ditahan dalam keadaan sorok-sorok tiba-tiba dibebaskan pun begitu juga.

Seterusnya dalam bab tahanan warga Thai, mengapakah mereka diusir balik ke negara mereka (deported)? Jika mereka anggota pemisah Thai, tidakkah boleh kita memberikan perlindungan atau suaka politik kepada mereka atas sebab-sebaba perikemanusiaan? Dari segi peri kemanusiaan siapa pun tahu bahawa jika mereka dihantar pulang pasti mereka akan ditahan pula oleh Tentera Thai. Dari pengalaman kezaliman terhadap anggota pemisah Islam di Selatan Thai dan Narathiwat pada 25 Oktober 2004, kita telah boleh duga apakah nasib yang bakal menimpa Ab Rahman Ahmad dan Mohd Termizi Zakaria.

Sementara itu Kem Tahanan Kamunting terus menjadi kem puaka yang menahan tanpa bicara 46 tahanan ISA yang entah sampai bila akan dibebaskan. Selagi kem dan akta yang membenarkan seseorang ditahan tanpa bicara ini wujud maka selagi itulah kerajaan ini akan memikul laknat dari keluarga dan tahanan yang dizalimi (sejak dari mula ia diwujudkan), termasuklah dari rakyat sendiri yang sudah tidak dapat menerima kezaliman seumpama ini.

3 comments:

Anonymous said...

tujuan utama perisik dilepaskan : atas dasar supaya mereka menjadi back up kpd situasi politik thailand. dilepaskan bersyarat yg mana berkeuntungan kepada malaysia kelak..heheh

Jeff Johari said...

kesian kat kaum keluarga yang ditahan, lebih lebih lagi yang mempunyai anak isteri di rumah.

.. full stop..

Anonymous said...

lebih pelik ada pemimpin sebuah pertubuhan beridentiti islam kata isa itu baik!hehehe