Wednesday, December 03, 2008

PAS tidak sempit pemikiran kerana mahukan PM seorang Melayu atau Islam atau bagaimana?

“Hadi’s thinking narrow and outdated” atau “Pemikiran Hadi sempit dan ketinggalan zaman”, demikianlah bunyi tajuk kecil muka 11 akhbar The Sun hari ini. Ia melaporkan darihal kenyataan Presiden Hua Zong yakni Persekutuan Persatuan-persatuan Cina se Malaysia, Tan Sri Lim Gait Tong di dalam akhbar Cina ,The Oriental Daily News.

Lim marah dan tidak dapat menerima kenyataan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, di dalam temuramahnya bersama Harakah, yang menyebut bahawa Perdana Menteri Malaysia mestilah seorang Melayu atau Muslim.Tambah Lim pandangan Tuan Guru itu menunjukkan yang beliau seorang yang berfikiran sempit dan ketinggalan zaman serta tidak layak memimpin PAS.

Kata Lim lagi menurut perlembagaan Malaysia, mana-mana ahli parlimen yang menerima sokongan majoriti ahli-ahli dewan rakyat dan diperkenankan oleh Agung, layak menjadi PM tanpa mengira kaum atau agama. (dan rasa saya kenyataan Tuan Guru itu tidak pun bertentangan dengan peruntukkan perlembagaan ini kalau mahu dilihat dari realiti semasa yang ada).

Apa pandangan anda?

Bagi saya sebagaimana Lim layak untuk memberikan pandangan dan ulasan darihal satu-satu isu, maka demikianlah juga Tuan Guru, berhak memberikan pandangan dan ulasan berkenaan satu-satu isu. Tak perlulah kita melabel seseorang itu sempit pemikiran atau ketinggalan zaman, semata-mata kerana pandangan dan pendiriannya berlainan atau tidak dapat kita terima. Apakah pada sangkaan Lim pandangan beliau itu hebat dan dapat diterima semua?

Sebagai Presiden Parti Islam Se Malaysia, saya percaya apa yang dinyatakan oleh Tuan Guru itu adalah selari dan berkait rapat dengan dasar dan prinsip perjuangan partinya. PAS berjuang untuk memartabatkan Islam di Malaysia, itulah PAS apabila ditubuhkan pada tahun 1951 dahulu dan itulah PAS pada hari ini.

Kalau Lim tidak tahu, PAS yang sudah berkecimpung dalam kancah politik tanahair lebih setengah abad ini, menjunjung Islam sebagai dasar perjuangannya. Tujuan PAS sebagaimana terkandung dalam perlembagaannya adalah:

Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalasmnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah

Lalu sempit dan ketinggalan zamankah Tuan Guru jika beliau menyatakan bahawa PM Malaysia mestilah seorang Melayu atau Islam? Jika bagi Lim kenyataan itu sempit dan ketinggalan zaman, maka sempit dan ketinggalan zamanlah seluruh pemimpin dan ahli PAS kerana semua kami berpegang pada perlembagaan yang sama.

Kalau dilihat sejarah PAS, pandangan Tuan Guru itu sesungguhnya adalah pegangan dan pendirian parti sejak penubuhannya.

Pada pilihan raya umum 1990 umpamanya, ketika itu menyaksikan PAS bersama membentuk Angkatan Perpaduan Ummah. Persefahaman yang dipegang ketika itu, jika gagasan ini ditakdirkan menang maka PM yang disepakati adalah Tengku Razaleigh Hamzah (ketika itu Presiden Parti Melayu Semangat 46). Dalam PRU 1999, semasa membentuk Barisan Alternatif (pakatan bersama PKN (kini PKR), DAP dan PRM) PAS bersedia menerima Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai PM jika pakatan ini menang. Dan demikianlah juga seterusnya sehingga kini melalui Pakatan Rakyat.

Adakah persefahaman itu membuktikan yang semua kita sempit pemikiran dan ketinggalan zaman? Tanyalah Lim Kit Siang atau Karpal sekalipun, jika Pakatan Rakyat menang siapakah yang layak jadi PM? Maka jawapannya: Dato Seri Anwar iaitu seorang Melayu (atau) dan Islam.

PAS berpendirian demikian bukanlah bermakna PAS menolak kehadiran kaum dan penganut lain. Pengalaman yang lalu membuktikan yang PAS boleh bekerjasama dan menerima kehadiran mereka ini, samada sebagai rakan politik mahupun sebagai Menteri (ketika dalam BN dahulu), EXCO (di Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang) atau pegawai-pegawai lantikkan kerajaan. Malah di Pulau Pinang sebagai parti penyokong kerajaan PAS menerima Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri.

Cuma kerana menjunjung dasar perjuangan yang jelas termaktub dalam perlembagaannya, maka PAS sejak dari dahulu dan insyallah sampai bila-bila akan terus menuntut agar PM Malaysia jika ditakdirkan ia berkuasa bersama rakan-rakan lain, wajarlah seorang Melayu atau Islam. Diharapkan sesiapa sahaja yang berkawan dengan PAS dapat menerima dan menghormati hakikat ini.

11 comments:

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

Assalamu 'Alaikum,
Saya berpendapat PM mestilah muslim tetapi tidak mesti melayu.
Di antara muslim itu pula hendaklah yang kelihatan lebih bertaqwa.
Wassalam.

wakmeli said...

tu la pasal. asalkan islam. kan tok guru nik aziz dah bgtau dulu. Agamanya islam pun xcukup. yg penting ianya melaksanakan pemerintahan berlandaskan alQuran dan sunnah.blajar dari sejarah turki. Asalnya nak mennyingkirkan sultan yg lemah dan berpoya2(walhal masih menjaga kebajikan umat islam, tapi diganti dengan syaitan bertopeng manusia iaitu mustapha kamal laknatullah. tgk la kesan skrg.
Kita tak nak umno tumbang dan menyebabkan melayu islam terpaksa terlalu bertolenrasi dengan bukan islam. Klau umno tumbang, biarlah PAS mendukung perjuangan islam dan seluruh umat islam menyokong melaksanakan pemerintahan islam berlandaskan alquran dan sunnah.
Berhati2 kpd org2 munafik.InsyaAllah.

Rausyanfikir said...

Salam,

Setuju dengan Tn Guru. Tapi PAS mesti tunjukkan kesungguhan dan memahami sejarah peradaban Melayu Islam. Kita faham akan kepentingan pemimpin Islam yang bertaqwa. Tetapi kita juga tidak boleh bersifat melulu terhadap assabiyah yang baik. Dalam hal ini, tatkala semua orang sedang melucutkan ketuanan melayu ( Malay Ownership bukan Malay supremacy) institusi islam bakal habis dihancurkan. DAP, MCA, PKR bukan kenal Islam sangat. Mereka mahukan kuasa lebih daripada KEBENARAN.

Jangan kita lupa bagaimana kerajaan2 sipahi Islam bersekongkol dengan kerajaan kristian untuk jatuhkan Khilafah di Andalusia.


Di mana PAS dalam isu PSSMI?

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Mengikut penjelasan TG, PM mesti MUSLIM dan dr kaum majoriti, dalam situasi sekarang MELAYU. Kalau ditakdirkan Kaum CINA @ INDIA yg beramai2 menganut ISLAM dan MELAYU meninggalkan ISLAM,maka bukan melayu MUSLIM boleh menjadi PM.MEDIA selalu memainkan isu ni supaya kaum Cina & India menjauhi PAS.
TMU

Anonymous said...

Mengikut pendapat Toklong .......
TokLong berharap yg menjadi PM Malaysia mistilah yg dapat membantu dan membela Agama Islam dan melindungi keluarga toklong dari sebarang ancaman dan penindasan. Sekarang ini rasanya hidup TokLong bahagia aman sentosa dan tidak terancam serta ada kebebasan.

Shukur alhamdulilah.

Anonymous said...

Pada saya pandangan TGNA lebih sesuai yang mana Perdana Menteri mestilah seorang Muslim dan tidak semestinye Melayu...Muslim yang beramal dengan ilmunye bukan Muslim nama sahaja...Itu yang sebaiknye...

Unknown said...

Walaupun kita semua berkeyakinan bahawa Islam tu satu way of life, Muslim tu mereka yang menjadi penganutnya, Melayu hanyalah bangsa yang kesannya tak kemana pun TAPI di Malaysia ini mengikut perlembagaan persekutuan sekarang ni Melayu dan Islam macam bayang-bayang. Pergi mana-mana pun, mereka berdua ni akan berjalan beriringan.

Di situ sebahagian kita bersetuju mungkin juga sebahagian besar di kalangan masyarakat kita tak setuju..

'Alakullihal.. setakat hari ini.. nak sebut melayu pun tak apa.. nak sebut Islam pun tak apa... yang pentingnya Islam sebagai matlamat perjuangan kita di atas muka bumi Malaysia ini dan Melayu sebagai salah satu 'tools' sahaja.

Wallahu'a'lam

roslan sms said...

Asm

Tkasih Rosidi.

Malah kalau kita perhatikan Tuan Guru Presiden menyebut Melayu atau Islam/ Malay or Muslim bukannya Melayu dan Islam/Malay and Muslim, selari dengan semnagt perlembagaan malaysia yang sdr huraikan itu.

Bermakna tidak salah kalau Cina atau India. Kadazan atau Iban atau apa sahaja selain Melayu tetapi asal Islam.

Anonymous said...

Hanya orang Islam saja layak pimpin orang Islam. Ini bukan perkara kecil sebab natijahnya berkekalan selepas kiamat!

Anonymous said...

kita kena faham dunia hari ni lebih takutkan Islam dari Melayu.

Saya rasa mereka akan lebih menerima PM melayu walaupun tidak beragama Islam daripada PM Muslim yang bukan berbangsa melayu...

ini semua trick politik. kita kena bijak.

Anonymous said...

Salam

alhamdulillah saya dah nampak
TGHA tegaskan Melayu ATAU Muslim

Pemalar : Perlembagaan Malaysia
Premis satu : Melayu itu WAJIB/MESTI Muslim
Premis dua : TGHA mahukan Melayu jadi PM
Konklusi : TGHA mahukan Muslim

Pemalar : Prinsip asas Islam
Premis satu : Muslim tak semestinya Melayu
Premis Dua : TGHA mahukan Muslim jadi PM
Konklusi : TGHA mahukan Muslim

Pi mai pi mai orang Islam jugak
Asalkan bertaqwa
Apa nak gaduh2~

Bacalah dengan dua lapis! =)