Monday, April 09, 2007

Negeri Maju yang banyak jenayah

Disaat MB Selangor Khir Toyo sedang seram-seram sejuk mahu menghadapi Pilihanraya Kecil DUN Ijok yang dijangka diadakan bulan ini (tambahan dikhabarkan akan bertembung dengan Tan Sri Khalid), pihak Polis di Selangor pula mengumumkan kadar jenayah terbaru untuk negeri ini bagi suku pertama (Januari – Mac) tahun ini.

Menurut Ketua Polis Selangor kadar jenayah di negeri ini bagi tempuh berkenaan meningkat 1,310 kes berbanding tempuh yang sama tahun 2006. Bagi tahun lalu sebanyak 13,251 kes jenayah dilaporkan dalam tempoh 3 bulan manakala tahun ini sebanyak 14,561 kes dilaporkan.


Peningkatan sebanyak hampir 10% ini sudah pastilah memburukkan lagi imej NEGERI MAJU ini. Berdasarkan angka terbaru ini bermakna terdapat 162 kes dilaporkan setiap hari di Selangor ataupun 6.7 kes setiap jam. Menurut Ketua Polis Selangor itu lagi kes-kes pecah rumah, curi motorsikal dan ragut merupakan penyumbang utama kepada kenaikan indeks ini.

Saya dapat membayangkan betapa cemasnya Khir dengan angka terbaru ini. Barangkali kalau boleh mahu sahaja beliau pertikaikannya sebagaimana beliau dengan mudah pertikaikan angka-angka yang diterbitkan oleh Dr Kahidzir Ismail tempoh hari berhubung masalah remaja di negeri ini.

Inilah realitinya pada hari ini di Selangor. Kesimpulannya MB perlu memikul tanggungjawab dan memperkenalkan langkah-langkah drastik untuk menangani bahana ini. Jangalah cepat lari dari masalah dengan menyalahkan orang lain sebagaimana yang baisa beliau lakukan sebelum ini. Itu pendekatan doktor gigi, kalau sakit cabut, tetapi ini masyarakat dan negeri, Khir perlu lebih proaktif dan kreatif.

Apa gunanya kita menjadi NEGERI MAJU tetapi dalam waktu yang sama tidak selamat dan tenteram.

Bagaimana nak jawab di Ijok nanti?

No comments: