Wednesday, April 25, 2007

Semalam di Ijok (Selasa 24 April)

Hari sebelumnya beberapa insiden berlaku yang telah mengusarkan hati mereka yang percaya kepada sistem demokrasi dalam negara ini. Pihak polis telah menghentikan tiga cermah anjuran PKR di Taman Pancaran Bestari Selatan, Sg Darah dan Batang Berjuntai. Alasannya pihak penganjur tidak memperolehi permit polis.

Seingat saya inilah kali pertama pihak polis bertindak sedemikian rupa adalam kempen pilihanraya kecil. Ya, ini kempen pilihanraya kecil yang waktunya terhad bukan sebagaimana kempen pada hari-hari biasa. Apakah pihak polis tidak dapat menimbangkan cara penyelesaian yang lebih baik selain mengarahkan dihenti ceramah yang dipenuhi oleh rakyat yang mahu mendapatkan maklumat dari parti-parti yang bertanding?


Gambar dari Harakahdaily
Apakah telah mati budibicara? Benar jika pihak penganjur tidak memperolehi permit maka majlis dikira tidak sah, tetapi apakah pihak polis tidak menyedari bahawa rakyat di Ijok sedang dalam suasana pilihnaraya, hak mereka untuk mendengar sebelum membuat keputusan perlu dihormati. Dalam hal ini penganjur mungkin telah melakukan kesalahan, dakwa sahaja mereka selepas ini tetapi mengapa sampai perlu mengagalkan terus majlisnya kerana dalam hal ini rakyat tidak bersalah.

Jangan sampai pihak polis dilihat menyebelahi pihak lain, jangan sampai pihak polis dilihat pengacau dan penganggu demokrasi.

Biarlah rakyat yang menentukan siapa yang salah siapa yang benar. Saya membangkitkan hal ini kerana majlis anjuran BN pada waktu yang sama kelihatan berjalan lancar, malah para penyokong BN kelihatan mengejek-ejek para penyokong pembangkang ketika pihak polis menjalankan tindakan mereka.

Sementara itu petang semalam Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dan Naib Presiden PKR Sdr Azmin Ali telah menghadiri sebuah majlis jamuan teh petang di Ijok. Majlis mendapat sambutan baik dari penduduk tempatan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran pemimpin baru PKR Sabah Datuk Dr Jeffry Kitingan, adik kepada Ketua Menteri Sabah Pairin Kitingan.

Dan sebelah malamnya sementara pimpinan PAS (Tuan Guru Hj Abd Hadi, Dato Kamarudin Jaafar, Ustaz Ahmad Awang dan Hj Mahfuz Omar) dan PKR menghadiri dua majlis ceramah umum di dua lokasi berasingan di Kg. Ijok, pihak PKR turut menganjurkan majlis makan malam di sebuah restoran Cina di Pekan Ijok yang telah dihadiri oleh Penasihat PKR Anwar Ibrahim. Rakyat berbagai bangsa kelihatan membanjiri majlis tersebut, namun ianya berjalan dengan teratur dan aman.

Disebelah siangnya rombongan khidmat perubatan PAS yang diketuai Timbalan Ketua Dewan Muslimat Dr Lo’lo Ghazali dan Dr Abd Rani Osman telah mengunjungi Kg. Sg Darah bagi memberikan rawatan percuma kepada rakyat di sana. Malangnya kunjungan mereka ke sana telah diganggu oleh jentera Pemuda dan Wanita Umno. Mereka telah dikepung dan petugas-petugas BN itu telah menendang kerusi meja yang disusun sehingga mencetuskan ketegangan. Rombongan perubatan itu akhirnya mengalah kerana tidak berniat mencetuskan pergaduhan lalu Dr Lo’lo telah membuat laporan polis di balai berdekatan.

Demikianlah reaksi BN terhadap kempen BA yang semakin mendapat sambutan dan penerimaan rakyat. Jentera BA walaubagaimanapun tidak langsung patah semangat malah terus menyusun program dan aktiviti. Malam ini bertempat di Markas Besar PAS di Batu 8 Ijok, suatu majlis FORUM PERDANA EHWAL ISLAM akan dianjurkan oleh pihak PAS. Froum ini akan membariskan Dato Dr Hasan Ali, Ustaz Abd Ghani Abd Rahman (bekas pensyarah UTM) dan Ustaz Kamal Ashaari (bekas Imam Masjid Negeri Shah Alam).


Gambar dari Screenshots
Forum ini dijangka mendapat sambutan luar biasa penduduk tempatan kerana kebetulan esok adalah hari cuti umu sempena pertabalan SPB Yang Di Pertuan Agong.

Apa pun yang pentingnya adalah rakyat Ijok, kerana merekalah yang akan membuat keputusan ada hari Sabtu 28 haribulan ini. Kita dah 50 tahun Merdeka, semoga rakyat Ijok tidak tersilap lagi.

No comments: