Thursday, December 21, 2006

Tol naik harga barangan tak naik?

Kita semacam biasa mendengar gesaan supaya para peniaga tidak menaikkan harga barangan apabila sahaja kerajaan mengumumkan kenaikkan kos dan perkhidmatan tertentu. Contohnya apabila berlaku kenaikkan harga minyak baru-baru ini, kerajaan menasihatkan pengilang, pembekal, peniaga dan lain-lain agar tidak menaikkan harga barngan atau perkhidmatan mereka masing-masing.

Hari ini tiada yang tidak naik kecualilah dikecil dan dinipiskan produknya (bagi sesiapa yang boleh). Contohnya roti canai yang kita makan hari ini rasanya lebih tipis dari yang kita makan sebelum minyak naik dahulu, begitu juga gula atau susu dalam the tarik kita (bagi yang tak tahan dinaikkan sahaja harga the tarinya). Ikan, ayam, daging, sayur-sayuran dan keperluan lain tak boleh dikecil atau dinipis-nipiskan lalu naiklah ia.

Lantas hari ini apabila membaca akhbar THE STAR bilamana Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan HEP membuat gesaan yang sama berikutan kenaikkan kadar tol yang bakal dirasai mulai 1 Januari 2007 ini bagi kebanyakkan penggunana lebuhraya di Lembah Kelang, saya merasa muak untuk menelannya.



Kata menteri berkenaan kos kenaikkan tol kurang dari 1 peratus dari kos pengangkutan dan pengeluaran, jadi tak perlulah para pengilang dan peniaga serta mereka yang terlibat dalam sektor pengangkutan menaikkan kadar masing-masing.

Saya tak tahulah siapa yang akan memperdulikan kata-kata menteri berkenaan, kalau semasa naik harga minyak dulu, mamak di gerai pun tak pedulikan ini pula orang lain! Yang pasti saya dan isteri serta keluarga sudah pasti akan terpaksa membayar lebih kesan dari kenaikkan tol mulai 1 Januari ini dan kenaikkan itu tentu akan memberi kesan besar terhadap hidup kami sekeluarga.

Dan yang pasti juga disamping kenaikkan mendadak harga barangan dan perkhidmatan kesan dari kenaikkan harga minyak beberapa bulan lalu, saya sekeluarga akan berhadapan dengan kenaikkan-kenaikkan baru kesan dari naikknya kadar tol yang terbaru ini.

Apa boleh buat?

Satu Jawatankuasa Protes Kenaikkan Tol telah dibentuk oleh beberapa NGO dan parti-parti politik (parti pembangkanglah memandangkan yang memerintah adalah parti kerajaan) diketuai oleh Tuan Syed Shahir Presiden MTUC. Mereka sedang mengusulkan beberapa tuntutan untuk dikemukakan kepada pihak kerajaan ekoran kenaikkan ini dan bagi memberikan isyarat kepada kerajaan bahawa tuntutan ini mewakili sebahagian besar rakyat yang terjejas, satu perhimpunan secara aman telah dijaualkan pada Ahad 7 Januari nanti berkemungkinan di Lebuhraya LDP (tempatnya akan diumumkan kelak)

Oleh itu saya secara peribadi menggesa seluruh rakyat yang terjejas tak kiralah fahaman politik, bangsa, agama atau kepercayaan, kakitangan awam atau swasta termasuklah mereka yang dah pencen dari kalangan anggota polis dan tentera, jawatankuasa penduduk, jawatankuasa masjid, surau, gereja, kuil untuk keluar beramai-ramai menyertai himpunan tersebut kelak.

Tunjukkanlah kita prihatin, tunjukkanlah kita sesungguhnya teruk terjejas, tunjukkanlah kita ada hak untuk bersuara dan kita tidak berpura-pura.

Ini bukan gesaan untuk keluar merusuh atau merosakkan harta awam dan menguggat keselamatan awam. Ini adalah satu rayuan agar rakyat berhimpun dan menyuarakan protes mereka, kerana kerajaan yang ada sudah tidak memperdulikan lagi kebajikan dan nasib rakyatnya. Kita berhimpun supaya mereka segera mendengar dan memberi perhatian.

Ayuh, tak guna kita mengeluh sesama kita, tunjukkan kita serius dan komited. Buat perancangan awal, jumpa anda 7 Januari nanti.

No comments: