Friday, December 15, 2006

Jangan izinkan disko di Kelantan

Saya tidak pasti adakah kenyataan anggota EXCO Kelantan Takiyuddin Hassan ini telah disalah petik atau bagaimana, tetapi yang terbit dalam akhbar THE STAR hari ini berbunyi:

Kelantan may allow discos at tourist belt

Menurut akhbar tersebut Takiyuddin dipetik sebagai berkata bahawa kerajaan negeri sedang menimbang untuk membenarkan beberapa jenis oulet hiburan sepanjang zon pelancongan di Pantai Cahaya Bulan, Kelantan.

Takiyuddin dilaporkan telah berkata:

Places with live entertainment can be open if there are investors, but can only be for non Muslim tourists, notably foreigners.

Tak pasti pula samada live entertainment yang dimaksudkan itu adalah disco walaupun itulah tajuk yang diberikan oleh akhbar itu.

Saya kira jika disko lah yang dimaksudkan oleh anggota EXCO itu maka saya menyeru agar kerajaan negeri jangan sekali-sekali menimbangkannya walaupun jika ada pelabur yang berminat. Selama ini kerajaan Kelantan telah berjaya mengekalakan imej Serambi Mekahnya walaupun dengan berani telah memperkenalkan beberapa pembaharuan yang masih dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh syarak.

Beberapa konsert yang diizinkan dengan beberapa syarat tertentu, membenarkan kelab snooker, mengizinkan wayang kulit dan permainan Thai Boxing semuanya dapat diterima dengan hati terbuka dan daialu-alukan.

Akan tetapi membawa masuk disko ke negeri yang mahu Membangun Bersama Islam ini saya kira satu cadangan yang tidak baik dan akan hanya mencemarkan imej bersih yang ada pada Kelantan itu. Ini saya katakan walaupun ada disclaimer bahawa ianya hanya untuk para pelancoing yang bukan Islam.

Kerana bukankah selama ini kita mengkritik kerajaan pusat yang mahu melanjutkan waktu operasi kelab-kelab malamnya di sekitar KL atas alasan mahu mearik pelancong asing. Kalau pusat kita kritik tetapi Kelantan pula izinkan atas alasan yang sama saya kira ini adalah satu double standard yang akan hanya menjadikan Kelantan bahan serangan untuk musuh-musuhnya.

Disko adalah sebuah kelab tari menari, yang selama ini diharamkan di Kelantan kerana ia jelas bertentangan dengan Islam, mengapa kita mahu beri keizinan kepada sumber hiburan seperti ini walaupun atas alasan hanya untuk para pelancong yang bukan Islam?

Kesimpulannya saya merasakan cadangan ini tidak baik, dan mengharapkan agar ianya sesuatu yang disalah petik oleh akhbar berkenaan. Jika salah petik maka EXCO berkenaan perlu membuat penafian samada melalui akhbar yang sama atau melalui Harakah atau Harakahdaily.

No comments: