Saturday, December 23, 2006

Lagi kisah sedih dari Johor

Pak Lah Perdana Menteri dilaporkan telah menyingkatkan tempoh cutinya dan bergegas balik ke tanahair. Terus ke Johor Bharu pagi tadi dan turun ke padang melawat mangsa-mangsa banjir yang telah hampir lima hari menanggung azab malapetaka.

Agaknya terpukul juga pintu hatinya untuk membatalkan percutiannya kerana negara lebih penting. Kini negara dilanda malapetaka dan memang layaklah beliau sebagai Perdana Menteri berada dalam negara dan bukannya beristirehat di luar.

Selesailah satu bab.

Cuma saya terperanjat apabila membaca akhbar THE STAR hari ini mukasurat lapan di bawah tajuk:

Reports of looting surface

Menurut laporan tersebut seorang surirumah berbangsa Cina telah mendakwa bahawa sekumpulan pasukan penyelemat tentera telah menuntut bayaran sebanyak RM4,000 untuk menyelamatkan cucu jirannya dan pengasuh bayi tersebut yang terperangkap akibat banjir di Kg Abdullah di Segamat.



Menurut laporan itu lagi mangsa berkenaan akhirnya diselmatkan oleh sukarelawan lain.

Benarkah anggota tentera kita bersikap sedemikian? Saya merasakan perkara ini jika benar berlaku perlulah diambil tindakan sekeras-kerasnya. Kita tidak mahu pasukan tentera yang kita beri amanah untuk menyelematkan rakyat dalam saat kesusuhan, akhirnya mengambil kesempatan membuncitkan perut masing-masing dengan kerja dan wang haram.

Dalam laporan itu juga disebut mengenai kejadian memecah kedai dan mencuri secara besar-besaran berlaku terutama di Segamat.

Dan disamping kejadian anggota tentera yang memeras wang itu, terdapat juga penduduk tempatan yang menangguk di air yang keruh, dengan menjalankan perkhidmatan menyelematkan orang-ramai yang terperangkap dengan mengenakan caj antara RM50 ke RM100.

Sejak bilakah rakyat Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai mudah membantu dan menolong saudaranya yang lain yang dalam kesusahan, bertukar menjadi makhluk yang mata duitan? Ini merupakan satu perkembangan yang buruk yang sungguh mengaibkan serta memberi imej buruk terhadap jati diri bangsa dan agama.

Siapakah yang bertanggungjawab merosakkan akhlak dan pemikiran bangsa ini sehingga duit menjadi syarat kepada segala-galanya? Tentulah orang Johor lebih arif dalam hal ini.

No comments: