Thursday, March 16, 2006

Hutang TNB boleh beli 4 buah bank

Hari ini ada dua berita sensasi dalam akhbar-akhbar tempatan.

Pertama darihal kedudukan TNB sebagaiamana yang telah dibentangkan oleh Timbalan Menteri Tenaga di Parlimen semalam yang dikatakan mencatat hutang terkumpul sebanyak RM29.9 billion.



Kedua darihal pengambil-alihan Southern Bank Berhad ataupun SBB oleh Bumiputera Commerce Holdings ataupun BCHB. Lembaga Pengarah SBB dikatakan akhirnya menerima tawaran BCHB berjumlah RM6.7 billion untuk pengambil-alihan korporat yang terbesar dalam sejarah negara.

Yang menjadi semakin sensasinya adalah apabila kita meneliti antara angka RM29.9 billion yang melibatkan TNB itu dan angka RM6.7 billion, jumlah yang dibayar untuk mengambil-alih sebuah rangkaian bank seumpama SBB.

Bermakna jumlah RM29.9 billion yang dikatakan sebagai hutang terkumpul di TNB, sebenarnya jika cair dapat membeli lebih 4 buah rangkaian bank setaraf rangkaian SBB yang dijual pada harga RM6.7 billion.

Apa pun oleh kerana hutang adalah hutang walaupun nilainya boleh membeli lebih 4 buah bank, maka tiadalah pilihan lain selain memeras hasil dari rakyat jelata jua untuk menampung kerugian ini. Bekalan letrik perlu terus berjalan, jika tidak negara akan gelap dan industri akan terencat, maka untuk terus berjalan dalam keadaan hutang tak dapat dikumpul, maka rakyatlah menjadi mangsa, terima kasih kerana mengundi BN, Tradisi Membela Rakyat!

No comments: