Thursday, March 23, 2006

Humban sahaja kempen Budi Bahasa ke laut

Sebagai hamba rakyat kebanyakkan saya memahami Kempen Budi Bahasa Nilai Murni yang dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini bermaksud menyuntik nilai-nilai demikian ke dalam peradaban dan akhlah rakyat jelata.



Dan apabila saya menyelak portal Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan digariskan di sana bahawa objektif kempen tersebut adalah:

Menanam, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni

Dalam keghairahan kita melnacarkan kempen tersebut rupa-rupanya Pak Menteri berkenaan sendiri tidak langsung menghormati apalagi menghayati nilai-nilai murni yang beliau sendiri gembar-gemburkan.

Baru-baru ini dengan megahnya Rais Yatim mengisytiharkan bahawa beliau akan menganjurkan majlis persembahan Tarian Mak Yong di negeri Kelantan walaupun negeri tersebut mengharamkan persembahan yang dikategorikan sebagai tidak Islamik itu. Beliau dipetik dalam BERNAMA sebagai berkata:

The Culture, Arts and Heritage Ministry will go ahead with its planned Mak Yong performance in Pengkalan Chepa, Kelantan, on April 8 despite a ban imposed on such shows by the PAS led state government.We want to bring arts to the people. I will be there at the planned Mak Yong show. I want to gauge the response from the people of Kelantan.

Tidak cukup dengan sikap tercela itu Rais menyatakan bahawa majlis itu kelak akan dianjurkan di Pengakalan Chepa iaitu kawasan Parlimen dimana kerusi negerinya diwakili oleh Tok Guru MB Kelantan sendiri.

Katakanlah apa sahaja, bagi saya tindakan Rais melanggar larangan yang dibuat oleh kerajaan negeri yang diangkat secara sah oleh rakyat ini merupakan satu kebiadapan dan sikap kurang ajar yang jelas bertentangan sama-sekali dengan kempen yang beliau sendiri usahakan itu.
Rais turut dipetik sebagai berkata:

Dr Rais said the state governments move to reject such performances was not an issue.If it is wrong, under which HUKUM is it wrong, under what law is it wrong, they (state government) have to show us what is wrong.

Sikap Rais ini merupakan suatu ugutan terhadap kerajaan negeri dan jelas mahu mewujudkan ketegangan dan menduga kesabaran rakyat dan kerajaan negeri Kelantan.

Sehubungan dengan ini EXCO Kerajaan Kelantan Takiyuddin Hassan dipetik oleh akhbar THE STAR sebagai berkata:

Kelantans entertainment enactment had clearly spelled out that such a performance is banned due to its fantasy and unIslamic elements.

We have regulations. Please respect them. We are a duly elected government voted in by the people.

Jika Rais meneruskan hajatnya maka saya nasihatkan beliau humban sahaja ke laut kempen sia-sia beliau itu. Jika Mak Yong diputuskan bertentangan dengan Islam dan Rais pula begitu ghairah mahu meneruskannya, entahlah apa nak jadi dengan beliau.

No comments: