Saturday, September 10, 2005

PAS ciplak Islam Hadhari : Dr Mashitah

Akhbar THE STAR hari ini ( Jumaat 9 Sept) banyak memberikan liputan kepada PAS. Sebanyak tiga mukasurat diperuntukkan bagi sessi temuramah dengan Setiausaha Agung parti Datuk Kamaruddin Jaafar. Manakala satu muka lain memberikan liputan berkenaan pengisytiharan Kota Bharu Bandaraya Islam yang dijadualkan pada 1 Oktober nanti.

Meskipun temuramah bersama Datuk KJ itu dikira padat khususnya dalam membincangkan halatuju dan masadepan PAS, artikel berkenaan Kota Bharu pula kelihatan agak kritikal. Dalam artikel bertajuk:

Dont just talk do something (Jangan hanya bercakapa, lakukan sesuatu)

itu dimuatkan pandangan dua orang ahli akademik dari UKM iaitu Dr Agus Mohamed Yusof dan Dr Ahmad Nidzamuddin. Sememangnya pandangan para ahli akademik yang bebas dan profesyional perlulah dipertimbang dan diambil-kira oleh pihak kerajaan negeri.



Akan tetapi dalam artikel itu juga dimuatkan komen oleh seorang bekas ahli akademik, yang kini pemimpin Umno, yang komennya pasti condong terhadap Umno dan kritikal terhadap PAS. Beliau adalah Dr Mashitah Ibrahim.

Apabila diterangkan darihal konsep 5K Kota Bharu Bandaraya Islam iaitu:

Keilmuan, kesetiaan, kebersihan, kemakmuran dan kebajikan.

Dengan sombong Dr Mashitah mentertawakan usaha kerjaan negeri itu. Sebagaimana yang dilaporkan oleh THE STAR beliau berkata:

The way I see it that PAS is trying to ciplak (copy) our Islam Hadhari. In fact all of PASs 5Ks are adapted form Islam Hadhari. PAS should just come out and say that it has accepted Islam Hadhari.

Dari pengamatan saya PAS sedang cuba menciplak Islam Hadhari kami. Malah kesemua konsep 5K yang disebut sebenarnya diceduk dari Islam Hadhari. PAS sepatutnya memperakui bahawa ia telah menerima Islam Hadhari.

Dalam hal ini mengapa Mashitah lebih pentingkan isu siapa ciplak siapa? Sebagai seorang bekas ahli akademik Mashitah sepatutnya memberikan galakkan kepada sebuah Majils Perbandaran seumpama Kota Bharu yang sedang mencuba secara serius untuk melahirkan sebuah bandaraya Islam yang sebenar. Tolak tepilah sebentar sentimen politik, dan berkatalah secara penuh jujur dan berhikmah.

Sebagai seorang Islam sebagaimana warga Islam yang lain di seluruh negara Mashitah sepatutnya berbangga dan berdoa agar usaha murni pihak kerajaan negeri ini akhirnya berjaya dan tercapai.

Mengulas kenyataan Mashitah Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata:

This has nothing to do with Islam Hadhari. If we ciplak anything we ciplak from Islam not from Islam Hadhari.

Ini tidak ada kena mengena dengan Islam Hadhari. Sekiranya ada yang kami ciplak, kami sebenarnya menciplak dari Islam dan bukannya dari Islam Hadhari.

Dalam keghairahan Mashitah mentertawakan usaha PAS Kelantan itu beliau barangkali terlupa beberapa cadangan dan aksi beliau sebelum ini yang benar-benar telah menjadi bahan gelak-ketawa rakyat jelata sehingga ke hari ini. Antaranya kes pelacur dan darurat, kes pertikaian tanah milik peribadi beliau dengan seorang lain dan aksi beliau bersalaman dengan rakan-rakan pemimpin lelaki yang bukan mahramnya walaupun dalam majlis yang sengit membincangkan berkenaan Islam Hadhari.

No comments: