Tuesday, May 28, 2013

PAS kekal kuat bawah kepimpinan Tuan Guru Presiden (29/5/13)


Kebelakangan ini ramai membicarakan darihal keperibadian dan kepimpinan Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang. Ini barangkali ekoran keceluparan mulut seorang pemimpin muda dari kalangan Pakatan baru-baru ini yang telah menyerang Tuan Guru dalam ucapannya.
Memang hanya jauhari yang mengenal manikam.

Ilmu, ketokohan dan keperibadian Tuan Guru bagi saya yang pernah berkesempatan berkhidmat di bawah beliau jauh mengatasi mana-mana pemimpin tempatan dan pemimpin politik yang ada pada hari ini. Beliau memiliki keupayaan untuk melihat secara mendalam dan jauh satu-satu isu dan permasalahan yang saya percaya anugerah dari ilmu dan kewarakkannya yang tiada pada yang lain.

Pernah pada satu hari sebelum PRU ke 12, seorang pemimpin datang menemui beliau dengan beberapa helaian kertas yang menunjukkan analisa pemimpin itu terhadap jangkaan prestasi PAS bagi PRU ke 12 (saya tidak pasti pemimpin itu ingat atau tidak kerana dengan takdir Allah beliau juga kemudian menang satu kerusi Parlimen di tempat yang PAS tidak pernah menang). Ternyata bacaannya menunjukkan PAS tidak mempunyai harapan yang baik ketika itu.
Tuan Guru dengan tenang melihat kertas berkenaan dan mendengar hujah pemimpin itu. Kemudian katanya itu analisis pemimpin berkenaan yang dibuat berdasar angka-angka fizikal yang ada. Bagaimana dengan bantuan langit yang tidak dapat kita hitung dan jangka, kata Tuan Guru terus tenang. Benar bacaan itu tetapi kata Tuan Guru beliau juga percaya pada janji-janji dan bantuan Allah (lebih kurang begitulah kerana saya hadir ketika itu).

Dengan kuasa Allah swt, dalam PRU ke 12 PAS menang besar bersama PR selain mengekalkan Kelantan, PAS dan PR tumbangkan BN di Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang!
Itu mukadimmah saya berkenaan Tuan Guru. Cuma dalam posting ini saya mahu kaitkan dengan satu lagi persitiwa yang lebih rapat dengan saya kerana kebetulan kita membincangkan ketokohan beliau selain dalam masa yang sama kita berhadapan dengan sitiuasi dimana PAS hai ini mencatatkan prestasi terbaik di negeri Selangor. PRU ke 12 lalu kita menang 8 kerusi, kali ini 15.

Pada penggal yang lalu PAS bersama PKR dan DAP buat pertama kali berkongsi kuasa memerintah Selangor. Ketika itu sudah pastilah pengalaman baru ini membawa pelbagai cabaran dan dugaan baru. Dalam sejarah PAS tidak pernah berkongsi memerintah dimana ia bukan blok yang dominan seperti di Kelantan, Terengganu atau Kedah.
PAS Selangor ketika itu diketuai Dato Dr Hasan Ali, yang semua tahu dipenghujung penggal ke 12 itu telah dipecat dari parti.

Dr Hasan berhadapan pelbagai permasalahan diperingkat pentadbiran negeri diperingkat awal yang yang pada pandangan beliau sukar diselesaikan. Berbagai forum digunakan untuk meleraikan kekusutuan, namun tidak memuaskan hati. Beliau buntu dan ramai yang lain turut buntu sehinggalah saya dan Setiuasaha Perhubungan mencadangkan agar kita mendapatkan nasihat dan pandangan pemimpin kita, iaitu Tuan Guru Presiden sendiri yang saya yakin akan memberi bimbingan berasaskan ilmu dan pengalaman beliau.
Lalu disusunkan pertemuan tertutup. Saya dan Setiausaha Perhubungan hadir. Tuan Guru mendengar luahan hati Dr Hasan dan apabila tiba giliran beliau Tuan Guru berhujah berdsasarkan kisah riwayat Salahuddin al Ayubi.

(Untuk mengetahui kisah terperinci saya syorkan kita masing-masing mengimbas semula kisah Salahuddin yang berkenaan melalui bacaan masing-masing)
Menurut Tuan Guru apabila diperintahkan oleh Khalifah (Nururddin Zanki) untuk menjadi wakilnya, ke Mesir, Salahuddin menerima amanah tersebut dengan penuh kegusaran serta tidak selesa. Kerana apa? Kerana kerajaan Mesir ketika itu di bawah pemerintah Fatimiyyah yang pro Syiah. Salahuddin gelisah namun menerima juga amanah berkenaan dan yang paling penting menurut Tuan Guru, Salahuddin BERSABAR. (banyak amalan Syiah dipraktikkan di Mesir ketika itu termasuk yang ekstrim dan bertentangan dengan amalan Ahli Sunnah).

Akhirnya (pada 567H) Al-Adid yang memimpin Kerajaan Fatimiyyah ketika itu meninggal dunia. Salahuddin al Ayubi terus dilantik menjadi pemimpin Mesir, menandakan tamatnya pemerintahan Fatimiyyah yang pro Syiah itu.
Dari situ dengan kuasa yang ada, Salahuddin telah bangkit membersihkan amalan Syiah dan membina Mesir sebagai salah sebuah kuasa Sunni sehinggalah ke hari ini.

Pengajaran dari kisah Tuan Guru ini, bahawa dalam berhadapan dengan situasi seumpama ini dalam kes Selangor, Dr Hasan selaku pemimpin harakah Islam di negeri berkenaan, sewajarnya bersabar. Gunakan waktu yang ada membina kekuatan dalaman dan menyibarkan dakwah Islamiyyah. Kata kuncinya BERSABAR!
Itulah nasihat terakhir Tuan Guru Presiden buat beliau sebagai pemimpin nombor satu PAS Selangor, saya hadir dan mengiakan nasihat itu. Malangnya barangkali dalam kamus Dr Hasan ketika itu SABAR tiada wujud sebagai satu formula penyelesaian. Dr Hasan tidak sanggup menjadi Salahuddin, kesudahnnya kita semua telah tahu akan nasib yang menimpa Dr Hasan.

Hari ini saya berani menyatakan bahawa pandangan Tuan Guru Presiden kita itu Subhanallah memang tepat. PAS semakin kuat di negeri Selangor, kiranya SABAR menjadi formula yang digarap oleh Dr Hasan ketika itu, hari ini barangkali suasananya persis Salahuddin al Ayubi di Mesir!
Kesimpulannya itulah keistimewaan Tuan Guru Presiden PAS dan sudah tentu banyak lagi pengalaman, insiden dan cerita yang boleh dikhabarkan berkenaan kredibiliti dan karisma beliau. Orang lain atau orang luar mungkin pandang rendah atau mudah menghina dan merendah-rendahkan beliau (termasuklah tidak terkecuali segelintir dari dalam). Tetapi orang yang kenali dan rapat dengan beliau sangat menyayangi dan mengkagumi tokoh ulamak ini.

PAS insyallah akan kekal relevan dan kuat selagi ia bernaung di bawah kepimpinan ulamak samada ada yang suka atau tidak kerana kekuatannya bukan semata-mata bersandar pada kekuatan fizikal dan angka, tetapi apabila menepati syarat-syaratnya maka akan turut sertalah kekuatan bantuan dari langit!

 

7 comments:

GengPAStulin said...

kah kah kah!
selepas PRU13, semua tertumpu pada post mortem yg dibuat. Bardasarkan kpd bedah siasat ini, maka seseorang itu akan mengeluarkan pendapat. ini adalah hak kebebasan individu, tiada hak kita menegah dan menghalangnya.
adakah patut seseorang itu dikritik kerana tingkah lakunya, persoalan ini adalah persoalan peribadi, bukan melibatkan parti atau organisasi.
Misalnya, adakah patut ketua AMK mengeluar kritikan tajam kepada presiden PAS?. Dimana presiden PAS secara terbuka mengkritik tajam calon PKR disaat yang amat kritikal.
Pada pandangan saya, sepatutnya presiden pas mestilah terlebih dahulu memohon maaf kpd PKR atas kesilapan tersebut, sebelum dikritik ketua AMK. Ketua AMK tidak akan mengkritik persiden PAS kalau beliau tidak terasa tajamnya kritikan yang dibuat oleh presiden PAS. Kata orang tua-tua "jika kita memiliki hati, orang lain juga memiliki hati".

roslan sms said...

GengPAStulin

Saya hormati pandangan sdr terima kasih.

Sdr memang bebas mengeluarkan pandangan dan saya juga mengeluarkan pandangan melalui posting saya ini.

Dalam politik berpilihanraya kita bersama PR dan PAS sebagai rakan kongsi memikul tanggungjawab bersama.

Kerana jentera PAS akan bekerja, tenaga PAS akan dikerah malah wang ringgit dibelenjakan. Dimana PAS bertanding begitu dimana rakan PR bertanding begitulah juga.

Kerana itu apabila calon yang dikemukakan mencetuskan keraguan, kemusykilan maka PAS bertanggungjawab memperbetulkan.

Kita serang dan kritik BN Umno bukan hanya atas dasarnya tetapi juga pada moral kepimpinannya. Kita mahukan pemimpin yang bersih dan sudah semestinya jauh lebih baik dari BN Umno.

Kalau peribadinya tidak baik, dia tidak boleh menjadi pemimpin untuk orang-orang PAS, lantaran itu pemimpin PAS tegur.

Sdr membela kritikkan terhadap Presiden PAS, itu hak sdr. Bagi saya sebagai pemimpin Presiden PAS berhak membuat teguran itu kerana maslahah umum lebih utama.

Terima kasih.

amirul said...

Tuan Guru mengkritik kerana ada asas yang kukuh; katak puru, pisang dan kodok di Perak menjadi bukti rasmi bahawa kritikan Tn Guru memang sangat berasas!!! Beliau selalu berkata; orang mukmin, tidak akan dipatuk dua kali dari lubang yang sama!!!

Anonymous said...

kita sokong TGHH krn ilmu akhlak Islam yg ada pd beliau. Marilah bersama beliau dlm menegakkan Islam.

Penjejak Graf said...

Shukur Alhamdullilah...

Semoga Tuan Guru dipanjangkn umur utk terus memimpin gerakan Islam Malaysia..

abwayman said...

Sayugia saya mahu bertanya, kalaulah Dr Hasan Ali bersabar sehinggalah selesai PRU13, maka dgn keputusan PRU13 yg PAS mendapat kerusi majoriti dlm kemenangan PR Selangor, adakah Dr Hasan Ali akan dipilih TGHH sebagai MB Selangor menggantikan TSKI?

CLR UK said...

Salam

Have not been visiting your blog for a while. This article is really well written that I might revisit your blog more frequently. :)

During Hassan Ali case, I was really against PAS, I truly didnt understand your action or your judgement. And yet, the part where you mention about Salahudin and Bersabar...that has truly given me a new perspective...

amazing sharing...keep it up...