Dalam akhbar The Star hari ini terdapat satu laporan
berkenaan “dingin”nya sambutan masyarakat Melayu Johor terhadap PR. Menurut
laporan berkenaan tidak dapat dinafikan bahawa sambutan terhadap PR di
kawasan-kawasan majoriti Cina di Johor begitu luarbiasa, terbaru adalah ceramah
PR di padang letak kereta Sutera Mall di Skudai yang padat dipenuhi para
pendengar.
Walaubagaimanapun menurut laporan berkenaan ceramah yang
diadakan di kawasan-kawasan Melayu agak dingin dan tidak berjaya mencatatkan
kehadiran besar sebagaimana di kawasan-kawasan majority Cina.
Lantas laporan berkenaan membuat kesimpulan:
“….the Chinese are responding to the opposition purported
ubah (change) while the majority of the Malays remain steadfast with Barisan.”
(…masyarakat Cina kelihatan memberi reapon terhadap ubah,
sedangkan majority masyarakat Melayu kekal bersama Barisan)
Sejauh mana berasas dan tepatnya laporan serta pemerhatian
di atas, tidaklah diketahui. Adakah ia sebahagian dari perang saraf BN, juga tidak
dapat dipastikan.
Walaubagaimanapun adalah wajar, samada benar atau tidak,
jentera PR di Johor memberi perhatian, begitu juga jentera PR di negeri-negeri
lain khasnya di Selangor. Kita sudah menghampiri garisan akhir, tetapi jika
pengundi Melayu belum berjaya kita pengaruhi sekurang-kurangnya sebahagian,
maka impian PR untuk ke Putrajaya mungkin tidak kesampaian.
Kerana itu undi Melayu ini suka tak suka adalah kritikal.
Tiga hari mulai hari ini hingga tengah malam Sabtu nanti,
tumpuan sewajarnya diberikan ke arah mempengaruhi dan memenangi hati masyarakat
Melayu. BN mungkin sedar kesukaran PR dalam hal ini, kerana itu banyak “senjata”
mereka di talakan ke arah PAS khasnya kerana PAS mengharapkan sokongan pengundi
Melayu.
Kita jangan leka dengan sokongan masyarakat bukan Melayu
terhadap PR, sewajarnya kita bersyukur tetapi jangan leka. Kerana hakikatnya
tiada kemenangan tanpa dokongan masyarakat Melayu, begitulah di Johor dan
begitulah di negeri-negeri lain termasuk Selangor.
Gunakanlah 59 jam terkahir ini bagi menjamin tercapainya
impian kita semua.
1 comment:
tekad sudah lama untuk ubah tak siapa dapat ubah melainkan ubah pada hari ahad ni.tukar jangan gentar yang baru pasti berbeza dangan yang lama.pilih yang baru.
Post a Comment