Tempoh membuang undi telah pun tamat kira-kira jam 5 tadi.
Kini masing-masing petugas SPR dan wakil-wakil parti sedang bersedia untuk
proses penjumlahan undi di masing-masing tempat mengundi.
Keputusan rasmi dijangka mulai masuk selepas jam 8 malam
nanti.
Secara peribadi saya melihat dan bersetuju bahawa pengundi
Cina kali ini memberikan sokongan terbesar mereka pada calon-calon Pakatan
tanpa memilih. Bermakna kesemua komponan PR samada DAP, PKR mahupun PAS akan
mendapat undi mereka. Ini juga bermakna DAP akan menang sekitar 40 ke 45 kerusi Parlimen.
Fenomena ini akan mencipta sejarah kerana adalah dijangkakan
lonjakkan kali ini tidak mustahil mencecah sehingga ke paras 90% di
kawasan-kawasan tertentu.
Cuma yang saya terus bimbangkan sehingga ke saat ini adalah kemanakah
perginya undi Melayu?
Saya berani menyatakan undi Melayu di kawasan bandar khasnya
yang melibatkan masyarakat Melayu kelas pertengahan ke atas dijangka cenderung
kepada PR.
Maslahnya kemanakah pergi sebehagian besar pengundi Melayu
yang lain? Adakah mereka akan ikut jejak rakan-rakan masyarakat Cina atau
mereka kembali kepada BN?
Artikel di Malaysiakini yang ditulis oleh Prof William Case,
dari City University of Hong Kong bertajuk “Pakatan not likely to win, Malay
support lukewarm” http://www.malaysiakini.com/news/229197
sangat menggusarkan. Jika ia benar, maka musnahlah impian kita.
(Beliau menjangkakan Kit Siang tewas nipis, begitu juga
Salahuddin Ayob dan kita juga tewas di Parlimen Putrajaya)
Ini kerana harapan kita terletak pada gabungan mantap
sokongan dari ketiga-tiga kelompok kaum terbesar dalam Negara dengan sekurang-kurangnya
30% sokongan masyarakat Melayu dan tidak kurang dari itu.
Walaubagaimanapun keputsan muktamad hanya akan diketahui
dalam 2 jam lagi.
Bagi saya keputsan muktamad nanti dijangka bercampur-campur.
Keputusan di Kelantan mungin berbeza dengan Kedah yang juga berbeza dengan
Selangor dan Johor. Ianya akan bersandarkan segmen-segmen dan kelompok
tertentu. Teruslah berdoa dan menambatkan harapan pada Allah swt.
1 comment:
Bro roslan,
undi pas 15 dan dap 15. pastikan adun pas menjadi MB dan hapuskan terus rumah2 urut di selangor ni.
tiada alasan lagi!!
Post a Comment