Berita terkini The Staronline melaporkan bahawa Pengerusi BN
dan Presiden Umno Najib Tun Razak menyatakan keyakinan beliau bahawa BN akan
kekal memerintah Putrajaya. Kenyataan ini dibuat dalam kunjungannya ke Dengkil,
Selangor, pagi tadi.
Ini menurut Najib kerana sepanjang lawatannya ke seluruh Negara
dalam tempuh berkempen ini kehadiran rakyat meyakinkan beliau bahawa rakyat
terus yakin dan menerima BN.
Najib berhak untuk membuat apa sahaja bacaan dan tafsiran.
Dalam pada itu pimpinan PR juga turut melahirkan keyakinan bahawa PR contohnya
bukan sekadar dapat mempertahankan Selangor, malah akan nanti berjaya
menjejakkan kaki sehinggalah ke Putrajaya dalam PRU ke 13 ini.
Kalau kehadiran rakyat menjadi ukuran, sudah pastilah
kehadiran rakyat dalam ceramah-ceramah besar PR jauh menenggelami kehadiran
dalam ceramah BN.
Kerana itu biarlah mereka yang minat hadir dalam
ceramah-ceramah PR sepanjang baki 32 jam ini terus hadir. Tapi kita yang
memegang panji-panji jangan sekadar tepaku dan kagum dengan jumlah kehadiran.
Yang penting adalah interaksi antara satu dan satu dengan setiap pengundi
berdaftar. Menangi hati mereka, tambatkan keyakinan mereka, biar 5 haribulan
ini nanti mereka dengan yakin melangkah kaki ke pusat-pusat mengundi dan dengan
senang hati memangkah calon-calon PR, itu yang penting.
Disaat-saat akhir bermacam taktik tak kiralah kotor atau
bersih akan digunakan untuk menjatuhkan lawan dan menaikkan nama dan imej
masing-masing.
Terbaru sehingga “Baitullah” pun menjadi bahan pancing undi,
sehingga meletakkan Islam begitu rendah martabatnya dalam kekalutan lobi-melobi
dan memancing undi ini.
Mungkin akan berbagai lagi bahan dihamburkan dalam tempuh
akhir ini.
Kuatkan jati diri kita, terus bekerja, terus merayu undi.
Yang ramai hadir ceramah kita terus kita raikan tapi yang penting adalah “pangkah”
mereka pada hari Ahad nanti. Ayuih buktikan yang keyakinan Najib itu meleset.
No comments:
Post a Comment