Batu nisan buat Umno Selangor (16/5/13)

Thursday, May 16, 2013


Kehancurannya datang timpa-menimpa buat Umno Selangor. Pertama apabila keputusan muktamad PRU 13 menunjukkan mereka cuma bertahan di 12 kerusi DUN sedangkan dahulunya Umno Selangor menang 18 dan MCA 2. Itupun di 2 DUN yang mereka menang, kemenangannya dikira kemenangan “default” kerana pertarungan sesame rakan Pakatan iaitu di Semenyih dan Kota Damansara. Jika tidak mungkin mereka tinggal 10 kerusi dalam tangan.
Kemudian berita kecundangnya “Jeneral” mereka iaitu Zin Mohamad di kerusi parlimen Sepang. Kalau dalam peperangan, apabila “Jeneral” yang kecundang, pasti bala tentera akan porak-peranda dan keadaan menjadi kelam dan kacau bilau.

Ternyata begitulah nampaknya bagi Umno Selangor, apabila dalam pengumuman pembentukan Kabinet semalam, nama seorang lagi hulubalang mereka iaitu Noh Omar pula digugurkan! Tiada lagi wakil Umno Selangor dalam kabinet buat pertama kali dalam sejarah!
Ternyata Pengerusi BN dan Presiden Umno tidak boleh memaafkan kelemahan dan kedangkalan orang-orang kanannya di Selangor. Dengan merosotnya keyakinan itu bermakna terkuburlah Umno di Selangor bersekali dengan MCA dan Gerakan yang sudah pun mendiang belaka.

Di Pulau Pinang Umno berbaki 3 kerusi parlimen dan 10 DUN manakala di Kelantan 5 parlimen 12 DUN (seiras Selangor).
Ada yang meramalkan Umno dan BN tidak mungkin bangkit-bangkit lagi di Selangor sebagaimana nasib rakan seangkatan mereka di Pulau Pinang dan Kelantan. Kesimpulannya batu nisan boleh dipacakkan di pusara Umno di Selangor. Rakan-rakan yang tinggal bolehlah berkira-kira berhijarh samada menyertai PAS, PKR atau DAP.

2 comments:

Anonymous said...

musuh tak pernah duduk diam hidup ini penuh dengan cabaran jadi akal yang Allah bagi kena berfikir untuk kebaikan diri kita ahli keluarga kita agama Islam dan negara kita
dari terus di perintah oleh puak yang jadi saingan kita selama ini. muslihat dalam pru mesti di kenal pasti dan usaha mencegah di cari agar tidak berulang lagi

Anonymous said...

masih tunggu pas tutup pusat urut dan pelacuran kat puchong neh .. hmmm ... dah menang dah PAS kat seri serdang, dun dalam kawasan puchong. tapi adunnya sibuk isu blackout, padahal dia dah menang.