Friday, May 03, 2013

Roslan SMS mengundi Ahad ini (3/5/13)


Saya seperti anda semua insyallah akan memikul tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia keluar membuang undi pada hari Ahad 5 Mei ini. Semoga seluruh rakyat Malaysia begitu juga akan keluar melaksanakan tanggungjawab penting ini pada hari berkenaan.
Saya berdaftar sebagai pengundi di Parlimen P98 Gombak dan DUN N.17 Gombak Setia, Selangor. Semakan saya menurusi laman web SPR menyatakan bahawa saya dikehendaki mengundi di Sekolah Kebangsaan Gombak Setia. Juga tertera dalam carian itu adalah nombor siri 1226. Saya tidak pasti apakah maksud nombor siri ini, tetapi apa pun saya tidak akan terganggu dalam melaksanakan tugas saya pada hari Ahad ini.


Parlimen Gombak menyaksikan pertandingan 3 penjuru, iaitu antara calon-calon PKR Mohamed Azmin Ali, BN Raman Ismail dan calon Bebas Said Nazar. Manakala DUN Gombak Setia akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PAS Hasbullah Mohd Ridzwan dan calon BN Said Anuar Said Ahmad.

Oleh kerana saya berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sejak tahun 2008, dan saya bertekad jika boleh mahu lihat pula kebaikan pentadbiran ini turut berlangsung sehinggalah diperingkat Putrajaya maka saya dengan penuh yakin insyallah akan mengundi seperti berikut :

 
 
 
 
 
 
Semoga anda juga khasnya para pengunjung blog ini akan berbuat demikian juga di kawasan masing-masing! Selamat mengundi untuk perubahan.

2 comments:

Anonymous said...

pilih pemimpin melalui sistem undi.Ya Allah lindungi undi kami.

Anonymous said...

Tahniah Roslan SMS, anda telah kembali! Beberapa posting anda sejak akhir2 ini sangat bermotivasi untuk perjuangan yang benar.

grassroot41