Baru sebentar tadi “live” di TV3 menunjukkan PM “caretaker”
Najib Tun Razak mengundi di Pekan, Pahang bersama isteri beliau.

Najib tadi dikerumuni pihak media, ini sesuatu yang boleh
diterima kerana pimpinan PR juga dijangka akan menerima suasana yang sama
semasa mengundi nanti.
Cumanya sesuatu yang dirasakan tidak kena adalah apabila
pihak RTM dan TV3 menemuramah beliau terus dalam kawasan mengundi iaitu dalam
perkarangan sekolah dicelah-celah pengundi yang sedang beratur.
Sepatutnya pihak SPR menasihatkan agar temuramah itu dibuat
di luar perkarangan sekolah iaitu 50 meter di luar, kerana kawasan berkenaan
adalah kawasan larangan sepatutnya.
Semoga insiden seumpama ini tidak diulangi pada PRU ke 14
lima tahun lagi sapa pun yang menjadi PM nya nanti.
2 comments:
Dimelaka pun mcm tu, aku tgk ali rostam dgn selamba je potong barisan,aku hairanlah,diorang ni dia ingat dia sapa...
Melayu ni merungut je bole harap. tapi tetap undi umgok laknatullah. BAHLOL!!!
Post a Comment